`madam`

Alhamdulillah,

Setelah sekian lama blog ini sepi tanpa `update` dan memang kuhilangkan semuanya. Waktu terakhir saya bertemu madam hari tu, saya katakan pada madam 

"madam, saya tak pasti, saya ada kekuatan pada bercakap atau menulis"

spontan madam menjawab 

"menulis"

maka, saya cuba asah balik penulisan saya untuk cuti ini, supaya andai kata saya perlu berkhidmat di pedalaman nanti saya akan berbahagia dengan membaca dengan seronok dan menulis dengan lebih kritikal. Bagi permulaan penulisan ini, saya cuba menulis secara ringan-ringan sahaja. 


kenapa tajuk entri kali ini "Madam"?

kerana, saya dah mulakan rindukan kampus saya, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu. 
Saya dah mula rindukan madam, rindukan pensyarah Jabatan Matematik, rindukan kawan-kawan, rindukan warden macam Ustazah Sofiah dan Puan Zaima dan semuanya yang berkaitan. 

Madam,
entri ini memang saya nak spesifikkan pada Madam sebab saya tak dapat jumpa madam balik tadi. 
Siapa madam?

Puan Norhaiza Hamdan, pensyarah di kampus saya yang ramai gila peminat dan saya pun kena beratur kalau nak jumpa dia. alahai! 



Sejak melalui pelajar praktikum, masa tu madam ajar semester 5 dan semester 6. Kemudian, madam jadi pensyarah praktikum untuk semester 7, dan peneman tidak rasmi di Pusat Sumber Puteri bagi semester 8. 








ni madam


ini lepas kena `bakar` dengan madam pasal abstract english yang madam umpamakan
"telur mata mak masak lagi sedap dari masakan kat kedai"


Banyak yang saya lalui dengan madam, kadang-kadang kami habiskan masa sehari suntuk sama-sama. 
Kalau saya tertidur, kadang-kadang madam kejutkan, sungguh dan memang sungguh banyak cerita kalau saya nak tulis pasal saya dan madam. 

Satu yang paling mengharukan saya, madam sentiasa menerima kelemahan saya. 


Pada pertemuan terakhir hari tu, kami naik kereta sama-sama. Dia pujuk saya buat sesuatu, 
sesuatu yang saya pernah bagitahu dia, saya tak mampu buat. 


dia cakap 


" tolong ******* "


"ala.. tak pandai"


"please.."


"Baik,saya cuba"


keadaan itu sangatlah mengharukan bagi saya, madam menerima seorang pelajar yang lemah ini seadanya. 
ralat tak bertemu hari ini,
tapi saya sentiasa berdoa,
moga saya dan madam dapat bergembira dan berkasih sayang lagi di syurga.


Wahai Allah, dengarkan dariku,
sungguh aku akui,
guruku ini banyak mengajarkan tentang kehidupan,
maka ya Allah,
bantu guruku ini,
jadikan dia hamba Mu yang berbahagia di dunia dan diakhirat.


serius saya malu kalau orang yang kenal saya baca ni.
jadi, kalau dah baca.
diam sudah.

cukuplah saya menulis sendiri.
Andai ada terbaca.
Saya anggap itu kebetulan. 



love you madam!





Kembali Tulis.

Fuhhhhh
Fuhhhhh
Fuhhhhh

Selepas beberapa tahun, ingatan blog ni dah di `delete`, rupanya kita boleh repost apa yang telah kita delete.

Alhamdulillah, hari ini macam semangat nak menulis balik,
ececece ;p

InsyaAllah,
dari sehari ke sehari,
saya akan mula menulis balik.


Ok. stop dulu untuk malam ni ;)