BAIK ATAU DIAM

Alhamdulillah..
rasa macam dah lama tak mencoretkan sesuatu kat blog ni.
sedar memang ada insan disekeliling yang memerhati
jadi perlu juga pada diriku menjadi lebih berhati-hati.




baik atau diam.
Alhamdulillah.
beberapa hari yang lepas Allah dah izinkan saya untuk menerima `injection` hati.
mungkin kerana dah lama hati ini dibiarkan sakit,demam,batuk.
Oleh itu.
kerana sweetnya Allah.
Dia masih tetap menjaga diri ini ;,)

Injection yang ku terima
hasil diognasis.
aku disahkan ada penyakit ego!!!

Rasulullah SAW telahpun mengingatkan para sahabatnya agar mereka terhindar dari penyakit yang boleh mematikan iman ini. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu.” Seorang sahabat bertanya: Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang haq dan menghina orang lain.” Hadis riwayat Muslim.

Air mata aku mula berngenang.
Allah..Allah..Allah.
mujurlah nyawa ku masih belum ditarik.
masih ada cintaNya pada ku.
untuk memberikan ku peluang untuk tunduk kembali..






saya mungkin dikenali sebagai seorang yang `outspoken`
dan bukan semua orang boleh terima cara saya.
bukan kerana mereka tak berlapang dada.
mungkin dipihak saya yang kurang berhemah dalam menyampaikan teguran.

injection tersebut sangat memberi kesegaran kepada `hati` saya insyaAllah
dan moga2 ini injection sepanjang hayat.
penyakit demam hati,batuk dan segalanya tidak akan menguji lagi..






saya mula berfikir.
untuk tundak menghina ego ini.

salah satu caranya adalah diam
kerana,makin banyak kita bercakap.
kadang-kadang kita rasa macam kita ni bagus sangat..

padahal kalaulah kita ingat tafsir surah as saff ayat 2-3

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.




tak takut ke kita dengan amaran Allah ini.

lalu.

terlintas pesan kekasih Agung, Rasulullah SAW


Rasulullah SAW telah bersabda,

Maksudnya:

" Barang siapa percaya dengan Allah dan dengan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap baik atau diam."






Ramadhan Kareem,
jaga mulut
jaga hati
jaga hubungan dengan Nya ;)


terima kasih buat mereka yang nampak kekhilafan diri ini
dan 
berusaha 
untuk membetulkan balik diri ini
hakikatnya semua dari Allah

terima kasih Allah
I love you Ya Allah =,)




No comments: