Cikgu cUkup Rasa =)

Bismillahirohmanirohim..
hari ni, terdetik  menyelongkar blog bekas pensyarah saya
ingat lagi masa akhir tahun 2010
saya selongkar blog dia..
saya jeling-jeling facebook dia
lepas mulalah jadi kipas susah mati dia..

dalam hati
bestnya kalau dapat jadi pelajar dia..

masuk 2011
untuk subjek tet......... 

DIA YANG MENGAJAR!!!

masa tu rasa gembira jangan nak cakap la..
sokmo tunggu waktu untuk dia masuk
walaupun dia agak skema, saya tahu keskemaan itu untuk kebaikan kami..
kalau ikut je perangai kami,baik tak payah masuk kelas.. hehehe


selama beberapa minggu bersama-sama dia..
rasa sangat termotivasi..
dan saya selalu bagi komen kat fb dengan nickname fasha aidid (ala..facebook lama tu)
kemudian..
tiba satu hari
`saya rasa lepas ni ada perubahan jadual, jadi saya tak dapat mengajar kelas kamu lagi`

masa tu dah mula suuldzhon dengan cikgu
dalam hati
`cikgu tak suka mengajar kelas aku ke ye..`


tibalah saat yang paling tak nak ditempuhi..
hari terakhir
hari tu dari awal pagi saya dah tak ada mood
cikgu masuk..saya buat muka keras je..
dia buat lawak..saya macam buat tak ada perasaan je..
dia nak keluar! saya nak menangis... saya tak pandang muka dia..tak ucap terima kasih pada dia..
dan..  airmata saya jatuh.. tapi .. kan ganaz.. lap la cepat-cepat..
kalau tengok cerita hindustan.
kalau yang nak pergi tu pandang belakang balik.
berkemungkinan dia akan datang balik..
tapi cikgu pergi je.. tak toleh belakang pun..

seminggu..dua minggu..
saya tak berapa nak adapt dengan pensyarah baru..
motivasi down terus..
laklok..laklok...
alhamdulillah...
mujur dapat A untuk subjek tu..

first time saya kenal dia..
waktu tu masih tahun persediaan.
dia bagi profesional talk kat bisa
cerita pasal srikandi Islam.
sampai dia menangis
dan..she also makes me cry..
masa tu ingat dia pensyarah JAPIM
saya JAPIM segan sikit,, hehehehe


dah lama saya tak baca blog dia..
saya terjumpa 1 post..
Tajuknya: Benarkah aku dalam ingatan mu?

dan tak tahu..
kalau saya perasan..
perasanlah...
tapi kalau post itu untuk saya pun...
mungkin juga..mungkin tidak.. wallahualam..
tapi bukan saya yang mengirim meseg tersebut..

ada tergerak dihati nak meseg..
tapi saya tak ada nombor cikgu..
lagipun,saya risau..
risau kalau-kalau saya ada bersikap bias dengan pensyarah baru,
takut saya membanding kan cikgu dengan dia
dan terus berharap cikgu kembali ajar saya..
saya putuskan...
tak perlu berharap apa-apa..
kalau meseg-meseg
cikgu layan ke..
macam saya ni tak boleh terima kenyataan ja..
hidup kena jadi fleksible.. ye dak ;p
tapi.. kalau ikutkan,,
saya NAKKKKKKKKKKKK SANGAT....
HANTAR MESEG MACAM TU KAT CIKGU..



"Salam, cikgu, sihat tak? I'm missing u already, cikgu..I miss your jokes, laugh n everything abt u..take care cikgu..."



selama ni..saya tengok cikgu dari jauh je ;)
saya bukan pelajar yang bagus.. tak mahu bila cam kamceng je..
meletakkan harapan ..
pada saya yang ntah apa-apa ni..


Masa masuk sem 2..
saya masih berharap cikgu boleh masuk kelas EDU saya
tapi EDU sem 2 ada satu subjek je.
kebetulan... cikgu tu pun pernah ajar saya
dan saya boleh adapt dengan dia..
walaupun saya cemburu dengan ustazah-ustazah yang cikgu ajar itu!
ngeh3...

kehidupan normal..
cuma bila lalu nak pergi kafe..
dengar cikgu mengajar kat ustazah-ustazah
kadang-kadang teringin nak berada di dalam
saya kurang memandang..
takut hati meletakkan harapan
tak bersyukur dengan apa Allah dan berikan..


lepas tu..
datang seorang pensyarah baru..
ada pattern macam cikgu.
tapi biasa-biasa je la..
tak nak kecewa lagi! hahaha
cikgu tu pun selalu sebut nama cikgu dalam kelas..
saya pun kadang-kadang senyum ja teringat cikgu yang kelakar,keibuan,baik,tegas, dan macam iklan megi
CUKUP RASA


hehehe..comel juga
cikgu cukup rasa ;p



kelas terakhir sebelum exam

Allah bagi peluang saya pergi tumpang kelas cikgu

saya ingat lagi sapaan pertama cikgu
`hai kawan lama`

;p


cikgu selalu buat saya tersenyum..
bila saya rindu mak saya..
saya nampak cikgu..
terubat sikit kerinduan..

i always miss u cikgu..

so??
untuk kesimpulan post ni apa?

saya pun tak tahu nak buat pengakhiran macam mana



jom try


waktu yang berjalan
mungkin hampir sebulan
ku tadah setiap bait perkataan 
yang engkau tuturkan penuh perasaan

bait-bait itu menyentuh hati
buatkan aku sedar sendiri
bahawa hanya hati yang hidup dapat menghidupkan hati yang mati
engkau miliki hati itu..
hati seorang guru
hati seorang ibu
hati pencinta ilmu

aku sedar, perjalanan ku masih panjang
dan aku memerlukan insan-insan seperti mu untuk teruskan perjuangan
kadang-kadang aku terjatuh dijalanan
air mata menitis sendirian
syukur,Allah sentiasa mengingatkan
masih ada yang setia memberikan sokongan
walaupun itu tidak nampak di medan penglihatan


masa yang sekejap itu
telah terlukis indah
dalam kanvas kehidupan ku

Alhamdulillah

terima kasih cikgu.

dan saya masih berharap untuk terus berpeluang mendengar bait-bait dari cikgu.


ps: kenapa akhir-akhir ni blog saya bercerita tentang orang lain ye???
hurm... mungkin kerana 
mereka insan-insan dewasa yang memaknakan hidup saya..


nak tengok siapa cikgu tu??



dalam ramai-ramai ni..ada dia.. ce teka sapa ;p


mungkin insan-insan yang dekat dengan saya je kot..
cam siapa insan yang saya maksudkan ni


senyum sampai ke telinga

jom kira duit syiling
nak beli tiket balik melaka!

heheheheheh ;p



out

4 comments:

Izzah Ibtisam said...

sape agak2nya pnsyarah tu ye =)

hanimnorlaila said...

hehehehehehe..ce teka ;p

Ukhti Ibtisam said...

dah taw! :D

hanimnorlaila said...

saya memang rasa awak akan tahu pun kan ;)