Saya Bukan Awak,Awak Bukan Saya

Assalamualaikum..
pembaca yang tak tahu berapa orang
sebenarnya hari ini penat sikit
kepala.. macam berat sedikit..

sebelum tidur,
berhajat tengok fb kot-kot ada bahan boleh baca 
tiba-tiba ter`klik` pada tulisan akak itu..
yang membuatkan air mata ini tak dapat berhenti mengalir..

saya tahu..dia telah meninggalkan saya..
saya tak dapat belajar dengan dia kat 1 kampus lagi..
saya tak boleh ganggu dia kat tempat makanan abang lagi..
saya tak boleh hantar meseg yang buat dia tercari-cari saya lagi =,(
mungkin,saya dah tak dapat solat jemaah sebelah dia di BISA lagi..



petang tadi..
sedang tengok-tengok barang kat dapur
terpandang 1 piala..
yang cantik,tapi dah disaluti debu...

kat piala tu ada tertulis
anugerah kepimpinan murid 2008
hanim norlaila bt mamat
Majlis Anugerah Kecemelangan 
SMK MANIR


waktu tengok tadi
saya ambil
saya lap balik piala tu..
dan letak dalam bilik saya

lepas solat tadi

saya pegang...
saya teliti balik piala tu..

Ya Allah,aku diberi anugerah ini

waktu hari anugerah itu..

saya cuma dimaklumkan dapat anugerah cemerlang spm
walaupun dengan keputusan 7A sahaja
tapi itulah pencapaian tertinggi sekolah waktu tu
sekolah kampung..
Alhamdulillah
lepas habis zaman saya
ada adik-adik yang dapat straigth A`s
lagi bersyukur
dia sambung perubatan kat Mesir
dan juga menerima tarbiyyah
ramai sahabat-sahabat sekolah lama
yang bawa 1 perubahan baru dalam hidup,syukur

waktu dapat anugerah pelajar cemerlang
saya x ada perasaan pun..
cuma terkenang masa form 3

result tak bagus
lalu tepi dewan...
dengar orang buat rehearsal untuk hari anugerah bagi tahun sebelum tu
saya duduk kat tepi je, sambil tunggu latihan kawad kot..
kemudian saya tanam azam kat diri
`satu hari nanti,aku akan naik pentas juga,bawa makayah aku datang sekolah untuk terima anugerah`
Alhamdulillah...
bermula form 3...
keputusan peperiksaan makin meningkat-meningkat
-ada kisah disebalik semua itu,biarkan ia sepi di situ-

waktu dapat anugerah form 5 tu
saya dapat la 2 anugerah
satu spm,satu kepimpinan...

kepimpinan bagi lelaki,diberi kepada ketua pelajar,abang form 6
kepimpinan bagi perempuan diberi kepada ketua pelajar perempuan, kakak form 6
tiba-tiba, nama saya pun naik juga

mungkin kerana ada dikalangan cikgu
tahu tentang kehidupan saya..

kakak saya kerja kat kantin sekolah

cikgu-cikgu tak tahu kakak saya kerja kat situ
kakak cakap

cikgu-cikgu ada juga cakap pasal ko kat kantin

saya tanya,cakap aku buat masalah ke,buat apa?
kakak cakap-tak tahulah..

tapi lepas tu kakak x kerja kat kantin lagi...



saya juga,pernah dipanggil dibilik disiplin
sebagai seorang pengawas
memang agak mencabar kewarasan saya
bila cikgu disiplin panggil saya,warning saya,padahal bukan saya buat hal


ceritanya, ada sorang budak baru ni
bermasalah sikit
panjang ceritanya
yang sampai membuatkan
ayahnya datang serang cikgu addmath saya dalam kelas
sampai terkencing cikgu tu dalam kelas (betul tak tipu)
kerana cikgu tu backup saya dan kawan-kawan n macam-macam lah...


tapi 4 the conclusion
saya dituduh menghasut pelajar 5 intelek supaya tidak berkawan dengan si gadis tersebut (kes macam kanak-kanak)
pengetua pesan pada cikgu disiplin supaya- jangan ungkit lagi pasal ni depan budak tu supaya ayah dia tak datang serang sekolah lagi..
dan.. 
tolonglah berkawan dengan dia


dalam menangis saya cakap kat cikgu disiplin tu

saya tak pernah cari pasal dengan dia
saya x pernah burukkan dia sekalipun
saya rasa x adil kalau benda ni nampak saya yang salah
saya x pernah hasut cikgu,atau cerita buruk pasal dia
saya tak kenal dia sangat pun


Allahukhbar.. macam-macam jadi..
kisah tu.. tergantung di situ


tapi yang pelik

akhirnya

saya dapat anugerah kepimpinan

tapi SAYANG

SAYA TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR


hari ini baru saya sedar

bahawa saya ini pemimpin

dah lama saya terlupa pasal benda-benda ni =,(

beratnya menjadi pemimpin

menjadi ketua unit pun satu perkara yang sangat menyakitkan

waktu persediaan
kelas kena buat undian untuk undi calon jpp
dan waktu tu
saya ketua unit

untuk mengelakkan tekanan ataupun dicalonkan (waktu tu rasa  risau pasal ada ura-ura dorang nak buat macam tu)

saya `menipu` dengan kata
ketua unit tak boleh bertanding
jadi untuk naikkan nama calon
undi nama lain selain nama saya 
Alhamdulillah.. ada yang termakan..ada juga yang degil..




masuk degree..
ada lagi pencalonan jpp
mereka masih membuat pakatan
syukur dengan sangat..
waktu itu.. saya ada BISA
berkerja dengan BISA lebih saya rela..

pernah si kakak itu berkata kepada saya
kenapa tak bertanding kalau nak bilik sorang-sorang tu?
saya tidak sekuat itu akak....

cukuplah setakat menjadi diri ini dulu..
membawa diri dengan cara tersendiri

kadang-kadang kita lihat insan itu mampu
tapi
lihat itu tidak sama dengan apa yang di rasa

walaumacam manapun

saya takkan pernah lupakan hari akak menghalau saya balik =,(
saya tak kan pernah lupa hari saya tengok akak penuh dengan kebencian pada minggu orientasi itu...
saya tak kan lupa waktu akak ketuk bilik saya dan bagi makanan..
=,(

kawan-kawan pernah cabar saya

ketuk pintu bilik akak
dan peluk akak tampa kata apa-apa
masa tu main true or dare
mungkin dorang rasa akak paling garang kat kampus tu kot..

tapi.. saya x nak buat... takot jadi isu.. =)


saya banyak belajar dari akak..
saya melihat akak dari jauh

bila saya tengok orang sambut hari jadi akak
simbah akak dengan air sabun.saya senyum dari jauh
doakan moga akak terus gembira..

akak...

Tahun depan,saya dah tahun 2...
tahun depan saya pegang KGP

tidaklah sebesar taqlifan JPP atau YDP

tapi

itu amanah yang sangat besar bagi nim =,(

akak tak da lagi untuk pujuk nim.

nim tak boleh jadi adik lagi..

kena berwatak seorang kakak

seperti mana,akak masa nim mula-mula masuk maktab dulu...


banyak yang kita lalui bersama
walaupun batas waktu yang cukup tenat

tapi waktu yang ada itu, 
tautkan hati kita.. 

Nim.

InsyaAllah
akan terus berusaha tingkatkan diri

dan ingan pesan akak...
bahawa

Aku bukan dia,dia bukan aku..


=,( kena jadi diri sendiri

nim selalu cerita kat akak

dan kalau nim cerita
mesti akak cakap..
macam kisah akak

mungkin kita lahir pada bulan yang sama

banyak benda yang sama.

tapi nim tak lah sebaik akak..

Akak dah tinggalkan nim..

InsyaAllah..
post itu

walaupun bukan khusus untuk nim

nim ambil sebagai untuk nim..

bila rindu akak.. nim baca post tu ye..


banyak yang nim tak hafal dan tak tahu pasal akak...


tapi

akak selalu menyetuh hati nim...

kak.. sayang akak..dengan sangat.. kerana Allah


InsyaAllah..cuba memimpin diri ini

jika akak lihat nim makin teruk dari hari ke sehari

akak perlu tegur nim..

to my sis:norzarina kamarudin : hanya Allah mengetahui betapa saya menyayangi awak, dan tahu betapa romantiknya awak.. =) 
dan nim mintak maaf..

nim tak pandai urut akak.



ukhwahfillah..

3 comments:

IMANNURBALQIS said...

tahniah kerana awak telah membuatkan air mata saya mengalir tanpa henti. apa yang mempu saya katakan hanya Allah yang Maha Merancang dan kita merasai hikmah disebalik perancangannya. Allahu Rabbi, terima kasih atas hadiah ini.

Anonymous said...

as salam..
walaupun tidak mengenali kedua-dua insan ini, namun saya yg membacanya turut bersedih, kerana sya juga mengalami kondisi yg sama dengan penulis, berpisah dengan seorang senior yg sgt rapat dengan sya.. penulisan yg lahir dr hati, pasti akan masuk ke hati jua.. =) ukhuwah bukan hanya terletak pada manisnya sebuah pertemuan, tetapi ingatan yang berkekalan dalam setiap untaian doa.. moga dpt berjiran d syurga yg abadi kelak..=)

hanimnorlaila said...

to Imannurbalqis--> saya sayang akak.. saya akan rindu akak...


to anonymos---> walaupun ditinggalkan.. hidup perlu diteruskan.dan kini.. kita pula yang menjadi kakak.. doakan untuk kebahagiaan dan ketenangan kita semua ye..