pErBahaRui sEmaNgat



dah lama aku dihimpit rasa sesak... penat.. sedih.. letih.. dan sebanyak-banyak perkara negatif..
insan2 yang ku sayang masih setia seperti dahulu walaupun...ntah lah..
aku mencari rentak..aku mencari sesuatu yang baru..
lalu dalam keadaan mengejut..
aku ambil keputusan untuk bermusafir..
bermusafir untuk menghisab diri..
sudah sejauh mana aku tergelincir dari landasan..
landasan yang dahulu aku sering mendoakan aku merupakan salah 1 gerabak kereta api yang menuju ke arah cinta Ilahi..
namun..gerabak itu sungguh berat rupanya..
mujurlah ada gerabak lain dihadapan untuk menarik..
di belakang untuk menolak..
aku aku tidak berhenti di separuh jalan..
langkahku kian perlahan..
ku sibukkan diriku dengan semata-mata
sebelum tidur..
hatiku resah dengan tugasan yang belum selesai..
hatiku resah jika esok tiada lagi peluang untuk aku membaiki diri
aku resah jika esok nyawa sudah tiada pada diri..


setiap kali kepenatan.. aku seperti menanti2kan waktu solat
cepatlah azan...
aku penat ni..
aku nak rehat..
aku perlukan tenaga..
Ya Allah.....


hanim norlaila mamat..
apalah sangat kepenatan ini jika dibandingkan nikmat syurga yang kau inginkan..
apalah sangat infaq kewangan ini jika dibanding dengan nikmat syurga yang kau impikan..
apalah sangat lapar dan dahaga ini..
apalah sangat sakit kepala ini..
apalah sangat rasa mengantuk ini..
apalah sangat titik peluh ini...
apalah sangat semua yang kau berikan itu....




TERLALU SEDIKIT...

kembalilah pada Allah..

yakin lah pada Dia

tujuan kamu... hanim norlaila mamat

lahir ke dunia adalah UNTUK MENCARI BEKALAN BAGI KEHIDUPAN AKHIRAT...


bukan menikmati segala nafsu syahwat ..

kamu mungkin ada 40 tahun lagi untuk hidup..
30 tahun..
10 tahun..
1 bulan..
1 minggu..
1 hari...

wallahualam...


TERUSKAN hanim....

jangan sesekali putus asa..
jangan takut untuk mencuba
lapang dada dalam menerima kritikan kerana kau bukan Maksum!
rendahkan hatimu walaupun dengan sesiapa sahaja engkau berhadapan..
jangan berat untuk melakukan kebaikan,.
jangan takut tegakkan kebenaran..
terus belajar tentang alquran..
kerana di situ ada semua jawapan...



bawa insan2 yang kau sayang nim..
jangan sesekali lupa mendoakan mereka 


mulakan langkah baru...

Allah bagi 24jam kepada kamu..

IA PASTI CUKUP..


BERNAFASLAH... DAN RASAILAH...
NIKMAT IMAN..ISLAM..PENGORBANAN..




2 comments:

Siti Umairah Othman said...

chaiyok2 nim.. pandang ke langit.. dadanya lapang.. ambil ibrah.. (:.. pesanan buat diri kak umai jugak..

hanimnorlaila said...

kepada : kak siti umairah othman.. heheeheh.. terima kasih akak.. InsyaAllah..lepas ni nim akan selalu pandang ke langit.... dadanya lapang... ambil ibrah hebatnya langit yang sangat berlapang dada ;) pesanan untuk diri sendiri jugak ;)