JANGAN SAYANG SANGAT!

Aku: akak... nim nak bagitahu ni.. nim merasai nikmat ukhwah sekarang kak.. best sangat kak
my sis: ukhwah macam mana tu dik? manis macam mana?
aku: nim rasa macam sayang gila kat dorang kak.. yela.. makan sama2.. tidur sama2.. paling nim suka.. dorang jaga solat jemaah anim..seronok kak hidup suasana Islam kak..seronok sangat..

my sis: dik... sayang macam mana pun.. bersederhana dik.. supaya adik tak kecewa..

aku : o0o0o..yeke.. (diam)









ini berlaku tidak berapa lama dahulu


 dan sekarang


saya tak pernah menyesal mengenali kalian..
hanya Allah tahu betapa saya terlalu menyanyangi kalian..
airmata meluncur laju waktu bait2 ini ditaip..

kerana terlalu sayang
pernah hati ini berkata
kalau kalian perlukan nyawa saya pun
saya sanggup korbankan supaya orang2 sehebat kalian dapat terus berkerja menyebarkan Islam

namun

Allah mengizinkan hari ukhwah kita
disimbahi gerimis ujian..
sehingga lopak mata
tidak segan silu lagi mengeluarkan air mata
dan air mata

saya tak pernah menyalahkan kalian

kerana kesilapan itu berpunca daripada diri sendiri

saya tak tahu...

bagaimana saya boleh mulakan hari esok tampa kalian


hanya pada Allah saya berharap

Moga peganti saya pada kalian..
dapat menggembirakan kalian 

;,(

saya akan terus memohon kepada Allah
supaya sentiasa menjaga kalian..


saya sayang kalian dengan sangat....


sangat2...


saya tak pernah menyesal mengenali kalian


saya angankan kita dapat menikmati bulan Ramadhan bersama2...

saya kakak

kalian adik2



namun..

mungkin kerana kelemahan saya yang tak mampu menjadi seorang kakak yang baik


sehingga niat untuk mengembirakan kalianpun

 menjadi 


satu isu untuk mungkin kalian berkecil hati dengan saya....



saya sedang diuji dengan sangat...



sakit menanggung sendiri
tiada lagi katil untuk menumpang ketika saya menangis
sunyi tampa laporan2 dari setiap kalian...



ya Allah..............


ya Allah.............


Ya Allah............


AKU MENYAYANGI MEREKA YA ALLAH


DENGAN SEGENAP JIWAKU YA ALLAH


MAKA SATUKANLAH HATI2 INI JIKA ITU YANG TERBAIK..

DAN JIKA MENGGANTIKAN AKU DENGAN ORANG LAIN LEBIH BAIK BUAT MEREKA



GANTIKANLAH JUGA MEREKA DENGAN INSAN YANG MAMPU MENDIDIKKU SEPERTI MANA MEREKA MENDIDIK KU YA ALLAH...











bUkTi ciNta

Alhamdulillah..tiba2 timbul kerajinan nak menulis..
tentang cinta pulak tu..
bukan senang den nak tulis pasal cinta ni..
maklum la..
pengalaman tak ada lagi..




Jauh disudut hati..timbul kesedihan
bila melihat muslimat yang ku sayangi parah kerana hanyut dengan nikmat cinta lelaki
tak kira la.. tudung biasa,free hair atau tudung labuh..
pasti diuji dengan cinta..
tapi amat parah dan amat sedih jika itu menimpa seorang muslimat yang faham hidup bersyariat..
bertuhankan rasa keseronokan dunia.. semuanya diketepikan 
demi 
SEPATAH DUA KATA2 ROMANTIK LELAKI!
SEDANGKAN KITA MUNGKIN TELAH MENGORBANKAN SEPARUH MARUAH KITA KEPADA ORANG YANG BELUM TENTU LAGI JADI SUAMI KITA!!!

SABAR NIM..
SABAR...

dan kepada muslimin yang dihormati..

jika kamu bukan orang yang faham...

mungkin aku boleh berkira...

namun..

bermodalkan bait2 kata2 IslaMi..
kau Khianat kepercayaan muslimat beri padamu!!!

niat muslimat menerimamu sebagai seorang sahabat..
menjadikan mu orang yang boleh berkongsi pandangan.,,

namun.. kau ambil kesempatan atas dasar 
URUSAN GERAK KERJA DAN AGAMA
untuk bercerita sesuatu yang kadang2 membuatkan muslimat itu jatuh hati padamu..

aku tidak menyalahkan jika kamu kaum lelaki...
mampu membuatkan kaum2 wanita ini jatuh hati padamu..

kerana itu fitrah!

tetapi ramai wanita2 ini lupa..

lupa bahawa sesiapa yang jatuh cinta.. kemudian merahsiakannya.. lalu.. ditimpa ajal padanya.. ganjaran SYAHID!!!! menantinya..

namun..

ramai yang lupa..
ramai yang tidak tahu...





JIKA KAU BENAR MENCINTAI AKU...

TOLONGLAH JAGA HATIKU INI...
SUPAYA..
JIKA AKU MENDIDIK ANAK2 KU KELAK..
BUKAN ATAS DASAR PERKATAAN DI LIDAH SAHAJA..
TAPI DARI HATI KE HATI...

JIKA KAU BENAR MENCINTAIKU..

KAU PASTI MENGIZINKANKU MENCARI DAHULU CINTANYA
KERANA AKU PASTI KAU TAHU
SEMAKIN AKU CINTA PADANYA..
PASTI DIA MAKIN CINTA PADAKU..

KAU JUGA AKAN LEBIH MENCINTAI KU..
KERANA KAU JUGA MENCINTAI DIA

DAN KITA BAKAL BERCINTA
KERANA YAKIN NIKMAT CINTA KERANANYA PASTI INDAH


JIKA BENAR KAU MENCINTAIKU DUNIA AKHIRATKU..
KAU PASTI MENJAGA DIRIMU
TAMPA AKU PERLU MENYIASAT TENTANG MU..

KERANA AKU YAKIN KAU TAHU
LELAKI BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK..

JIKA KAU TIDAK MAMPU MENJAGA DIRIMU 
SEPERTI MANA AKU BERUSAHA UNTUK MENJAGA DIRIKU..
AKU YAKIN..
ALLAH PASTI MENYEDIAKAN YANG TERBAIK UNTUK KU..






~sedih apabila~

muslimat mudah menyerahkan hati kerana seorang muslimin yang kononnya baik..
~jika dia baik.. dia pasti menjaga agama kita

sedih apabila gugurnya duri pertahanan seorang muslimat kerana kata2 seorang muslimin
~ sejauh mana kau mampu yakin dengan janji2 muslimin itu sedangkan kau tahu YANG BERKUASA ITU ALLAH? keyakinan itu kau letakkan pada SIAPA?

sedih apabila kebenaran tidak dapat ditegakkan apabila yang faham mengenai kebenaran cuba menyembunyikan kebenaran kerana mereka berada disituasi yang sama.
~gunakan jalan yang telah disyorkan...  bertunang.. kemudian.. bawa haluan.. bila tiba hari dijanjikan... semuanya akan menjadi kenyataan..






BUKTIKAN CINTAMU
JIKA KAU BENAR-BENAR CINTA


orang yang merasai nikmat tarbiyyah..
setelah ia berusaha membina fardhi muslim di dalam dirinya...

pasti dia ingin meneruskan dengan misinya 
membina baitul muslim

dan pastilah pasangan yang diharapkan pernah menghadapi proses tarbiyyah
atau tidak pun..
menginginkan tarbiyyah..
agar matlamat hidup
menjadi rantai2 perjuangan membina 
khilafah Islamiyyah terbukti dihadapan Allah kelak..
amin..


PS:ini semua hanya pendapat penulis.. maaf.. tidak ada kena mengena sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

KoRekSi DiRi







dah lama tak masuk..
lama x menaip..
ni kira warm uo sebelum dapat assigment.

taqlifan yang kian bertambah..
nikmat ukhwah semakin indah,
ujian yang kian buat ku tabah,
rezeki yang kadang2 membuatkan ku goyah,
cemburu kadang2 menjadikan hatiku resah,
sesalan yang kadang2 membuatkanku rebah mencari sejadah,
itu lumrah kehidupan..
saat hati punyai iman..
atau
dikuasai syaitan..


banyak yang bermain kat fikiran aku sekarang..
tentang amanah..
sebagai
anak, guru pelatih, sahabat,kakak,adik, HAMBA, ahli masyarakat, dan macam2 lagi..


ada kakak..adik..sahabat.. cakap kat aku..

`kak hanim ni..selalu berfikiran merumitkan sesuatu`

dalam hati aku tanya..

yeke???

waktu taaruf dengan lecturer baru.
dia suruh describe sal diri gak
aku cakap..

`saya suka tanya kalau benda tu saya nak tahu`

tiba2 ada suara di belakang..

`dia cerewet cikgu.. buat kerja rigid cikgu.. bla3... serius.. bla3...`


ada pula yang compare aku dengan seorang sahabat aku yang memang hebat
x layak pun aku dicompare dengan dia sebenarnya..pasal aku sendiri hormat gila2 kat dia..


`hanim ni garang.. x macam dia tu..lembut.. kelakar...`

SEMUA YANG BERLAKU BUAT AKU BERFIKIR.. DAN BERMUHASABAH
MUNGKIN ITU TEGURAN ALLAH BUAT AKU
UNTUK BAIKI NIAT DAN AKHLAK KU..






dekat dunia ni.. ada semacam jenis manusia...
saidina umar al khatab dengan keseriusan nya..
saidina Ali pula.. lebih lembut.. kalau x.. xkan dia boleh letak senjata dengan orang kafir waktu trang tang tang dah dia nak menang...


keseriusan itu bukanlah kelemahan..
kelembutan itu pula boleh jadi 1 kelebihan..

baynagkan kalau dalam 1 organisasi Islam..
semua orang dalam tu lembut..

kalau ada yang datang lambat..
xpe... mungkin dia ada sebab... (walaupun kadang2 xde sebab pun--xpe..husnulzhon..)

kalau berlembut tidak bertempat..jugak bahaya..
takut2 ni..
yang haq itu tidak ditegakkan kerana kelembutan yang terlampau(tengah perlu diri sendiri)


tegasnya Abu Bakar As siddiq dalam menyelesaikan masalah murtad!

Arwah Ustaz Fadzil Nor jugak..
dikatakan tegas (cuba tengok video dia berucap kat u tube dalam parlimen.. ucapkan saja yang benar!)


inilah variasi dalam kehidupan..


kisah profesional dan agamawan..

ketika berhadapan dengan orang kristian...


diajak berdebat..
kemudian..
agamawan dan profesional ni..sama2 takut nak lawan..

pasal kena berdebat dalam BAHASA ISYARAT

siapa kalah.. kena convert agama..

SEMUA TAK BERANI..



tiba2..

PENGEMBALA KAMBING VOLUNTEER NAK BERDEBAT..


waktu hari perdebatan..

si paderi tunjuk jari 1 ke atas
kemudian si pengembala kambing tunjuk jari 2...

2 dengan 1...
mestilah 2 menang...



yang kali kedua..

paderi tunjuk jari 2 ke atas
pengembala kambing tunjuk 4 ke bawah

4 dengan 2...
mestilah 4 yang menang..



kemudian...

PENGEMBALA TU KIRA MENANG LA..
sebenarnya..

1 yang ditunjuk keatas oleh Paderi tu bermaksud.. Allah..1..
jadi.. apabila si pengembala tunjuk 2..
pengembala tu tambah lagi..
Allah pemilik langit dan Bumi....
(itu yang di fahami paderi)

tapi pada pemahaman  pengembala kambing
1 ekor kambing paderi.
dia tunjuk 2..maknanya dia ada 2 kambing..lalalalalal


dekat ke 2..

paderi tunjuk 2.. (ana dah lupa sebab paderi tunjuk 2)
pengembala tunjuk 4... (ada maksudnya ikut pemahaman paderi)



cendikiawan dan agamawan tanya pengembala..
kenapa kau tunjuk 4 kebawah waktu paderi tu tunjuk 2 keatas??

pengembala jawab..
dia tunjuk 2 keatas.. aku rasa dia cakap tanduk klambing ada 2..
aku tambah la 4 ke bawah..
pasal kaki kambing ada 4...








ps:bukan semua yang kita nak kita akan dapat..
tapi Allah akan bagi apa yang kita
setiap orang berperanan di dunia....




IsTiMeWa bUatmU

Alhamdulillah..dah lama rasa nak menulis.. sekarang berada di perpustakkan.. terpaksa ponteng kelas untuk uruskan hadiah penceramah malam ni.. sementara tunggu sahabat datang.. muhasabah sekejap.. rasa nak bercakap dengan diri sendiri....

cErMiN

Menerima pandangan orang lain sebagai satu cermin untuk diri kita...
pada cermin, kita lihat apa yang tak kena... 
untuk kita baiki..

begitu juga pandangan2 yang diberikan...

terima kasih kepada yang sudi menegur diri ini

ana tahu...

ana banyak lagi yang perlu dibaiki..


InsyaAllah..

segala teguran itu ana terima.

dan 

tak kan mengamuk2...

kalau cermin itu pecah

takut2 nanti..

ana dah tak mampu nak lihat kelemahan yang ada pada diri ana...



PS:SEJAUH MANA KITA MENYAYANGI SESEORANG, KITA TAK BOLEH PAKSA DIA UNTUK MENYAYANGI DIRI KITA..SERAHKAN TUGAS INI KEPADA ALLAH UNTUK MENTAKDIRKAN YANG TERBAIK BUAT DIRI KITA..JIKA DIA TERLIHAT SEPERTI LARI... KEJAR..KEJAR..KEJAR... ANTARA 2 SAHAJA TAKDIRNYA..ALLAH LETIHKAN DIA.. DAN KITA MAMPU MEMELUKNYA KEMBALI.. ATAU ALLAH KUATKAN LARIANNYA... SEHINGGA KITA TAK MAMPU LAGI MENGEJAR..MUNGKIN KERANA ADA INSAN YANG LEBIH SESUAI UNTUK MEMELUKNYA..KEARAH MENDEKATI ALLAH.... TERIMA DENGAN REDHA.. DAN ALLAH.. AKU TELAH BERUSAHA MENGEJARNYA.. NAMUN AKU YAKIN ENGKAU TAHU APA YANG TERBAIK BUAT AKU....