tELah aKu tEmUi

Pernah aku futur dalam mencari teman
padaku.. ku tidak akan temui teman sejati
setiap kali ku temui
setiap kali juga aku merasa kecewa
teman sejati pasti bertukar ganti
itulah yang difahami





namun..
dari hari ke hari..
aku tidak mampu lagi menipu diriku
bahawa aku kian mencintaimu teman
terharunya bila mendapat sekeping meseg

ukhti.. jaga kesihatan.. pergi jumpa doktor
dari-teman mu yang memandang dari jauh
tersentuh hatiku..
kerana masih ada teman yang memikirkan tentang ku..

aku kecewa dengan teman
bagiku tiada teman yang akan gembira dengan kelebihan temannya

tapi.. itu dulu




aku telah temui teman yang sama-sama membina diri
aku telah temui teman yang tidak merungut dalam  dalam membantu teman
aku telah temui teman yang berani menegur kesilapan ku
aku temui teman yang tidak jemu kuatkan aku ketika aku kelemahan
aku temui teman yang sangat solehah
aku temui teman yang aku rasa dia menyayangiku
aku temui...
aku telah temui..

TAPI
aku tidak pernah membalas ketulusan kasih itu
aku tidak pernah mengambil tahu tentang kesihatannya
tentang dirinya
tidak pernah melaksanakan seperti mana dia melaksanakan semua itu kepadaku


gembiranya hati..
waktu dia pulang dari BIG
namaku dipanggil dari tingkap
padahal aku tahu
dia masih kelelahan....

terharunya bila aku pulang lambat
ku lalu bersebelahan biliknya
dia mendengar suaraku..
dia keluar..
dan menyambutku
menyatakan rindu kerana Allah kepada ku..


aku kian mengasihi sahabat2 ku....
tidak perlu untuk aku menyatakan siapa MEREKA itu
aku tidak pasti adakah mereka tahu
yang aku juga mencintai mereka
seperti mana aku mencintai diriku


ukhti ku sayang....

AKU INGIN TERUS BERSAMAMU DIJALAN INI
SELAMANYA..
AMIN....


ps:telah aku temui insan2 yang pernah ku kata,mustahil wujud lagi spesisi ni kat dunia.. tapi percaturan Allah itu Maha  Hebat.. 

2 comments:

Mohamadazhan hjDesa said...

kasih mereka seperti kamu mengasihi diri sendiri :)

MerPati tErbAng MenCarI ...... said...

insyaAllah encik azhan..terima kasih atas peringatan dan lawatan ke sini ;)