mErinDukan diA


Dia..sahabat pertama yang sangat ku kasihi kerana akhlaknya..
yang aku mula menyayangi kerana Allah
perkenalan kami tidak lama..
mungkin tarafnya sebagai senior membuatkan aku tidak berani untuk mendekatinya..
namun..setelah dia berhijrah..dan kembali
dia tunjukkan aku satu perubahan..
perubahan yang kini membentukku..
Setiap kali cuti..
dia pasti akan maklum..
mustahil untuk aku tidak menziarahi dia
jika tidak dapat bertemu dia..
melepaskan rindu dengan melihat ibunya pun sudah cukup...
dirinya penuh dengan kesabaran..
mengajar aku supaya tidak merungut..
apabila ditimpa kesusahan..
bersama2 berpenat lelah menyelesaikan urusan..
saling menyokong dan menguatkan..
membuatkan aku kian mengasihi dia..

pernah ketika sama2 baring kat katil..
aku kata padanya
`farati.. persahabatan kita tak pernah diuji.. saya takut la.. kalau 1 hari nanti..kita gaduh.. persahabatan kita diuji`
farati-- `diam`





dan buat pertama kalinya...
diri ini diuji.
apabila sahabatku merasakan aku tidak memahami dirinya..
Allahuakhbar..

ukhti..saya sangat faham keadaan awak..
meseg malam tu..saya cuba untuk memahami awak..
bukan untuk perli awak..
akhirnya..... DIAM

dan kini..
dah 2 hari..
tampa call..
tampa tanya khabar..
hanya meseg saling mengingatkan...


ketahuilah sahabat..
diri ini sangat merinduimu
sangat menyayangimu kerana Allah..


rindu saya kita sama-sama bermusahabah ketika mengembara ke bandar k.t
sama2 berpenat lelah berjalan kaki..
sama2 mengutuk masakan ;p
berjemaah bersama..
saya rindu nasihat dari awak...
saya rindu kekuatan yang sering awak berikan pada saya..
walaupun kita tak pernah dapat pergi program sama2
kita tetap dijalan yang sama
hati kita mencari cintaNya...





awak...
saya tahu..
saya bukan sahabat terbaik buat awak..
tak mampu bagi nasihat pada awak
tak mampu berkongsi apa2 pada awak..
tak mampu gembirakan awak..
saya tak mampu melakukan apa2 pada awak..
selain mendoakan yang terbaik buatmu sahabat..


apa yang pasti


DIRI INI SANGAT MERINDUI SAAT MENGHAYATI KEHIDUPAN BERSAMAMU..


di sini..aku punya teman..punya kakak..punya adik..
yang tekad,cekal,sabar membimbingku..
Allah jugak bersamaku..
aku gembira  bersama-sama mereka..
sepertimana kau gembira bersama teman2 mu di sana
kau berhak memperoleh semua itu teman...

ku cuma berharap..
kau tidak melupakanku
tidak lupa untuk mendoakan ku..
teman..
doakan aku agar aku terus istiqamah dijalan ini

jalan yang kau tunjukkan padaku...
hasil dari kehendak Allah


kini..aku mengembara bersama teman lain..
walau jalan kita berbeza
kita menuju destinasi yang sama..

perbezaan itu merupakan satu keindahan..
agar kita dapat kongsi bersama diperhentian nanti..


teman...
AKU MERINDUIMU KERANANYA...






No comments: