Saya Bukan Awak,Awak Bukan Saya

Assalamualaikum..
pembaca yang tak tahu berapa orang
sebenarnya hari ini penat sikit
kepala.. macam berat sedikit..

sebelum tidur,
berhajat tengok fb kot-kot ada bahan boleh baca 
tiba-tiba ter`klik` pada tulisan akak itu..
yang membuatkan air mata ini tak dapat berhenti mengalir..

saya tahu..dia telah meninggalkan saya..
saya tak dapat belajar dengan dia kat 1 kampus lagi..
saya tak boleh ganggu dia kat tempat makanan abang lagi..
saya tak boleh hantar meseg yang buat dia tercari-cari saya lagi =,(
mungkin,saya dah tak dapat solat jemaah sebelah dia di BISA lagi..



petang tadi..
sedang tengok-tengok barang kat dapur
terpandang 1 piala..
yang cantik,tapi dah disaluti debu...

kat piala tu ada tertulis
anugerah kepimpinan murid 2008
hanim norlaila bt mamat
Majlis Anugerah Kecemelangan 
SMK MANIR


waktu tengok tadi
saya ambil
saya lap balik piala tu..
dan letak dalam bilik saya

lepas solat tadi

saya pegang...
saya teliti balik piala tu..

Ya Allah,aku diberi anugerah ini

waktu hari anugerah itu..

saya cuma dimaklumkan dapat anugerah cemerlang spm
walaupun dengan keputusan 7A sahaja
tapi itulah pencapaian tertinggi sekolah waktu tu
sekolah kampung..
Alhamdulillah
lepas habis zaman saya
ada adik-adik yang dapat straigth A`s
lagi bersyukur
dia sambung perubatan kat Mesir
dan juga menerima tarbiyyah
ramai sahabat-sahabat sekolah lama
yang bawa 1 perubahan baru dalam hidup,syukur

waktu dapat anugerah pelajar cemerlang
saya x ada perasaan pun..
cuma terkenang masa form 3

result tak bagus
lalu tepi dewan...
dengar orang buat rehearsal untuk hari anugerah bagi tahun sebelum tu
saya duduk kat tepi je, sambil tunggu latihan kawad kot..
kemudian saya tanam azam kat diri
`satu hari nanti,aku akan naik pentas juga,bawa makayah aku datang sekolah untuk terima anugerah`
Alhamdulillah...
bermula form 3...
keputusan peperiksaan makin meningkat-meningkat
-ada kisah disebalik semua itu,biarkan ia sepi di situ-

waktu dapat anugerah form 5 tu
saya dapat la 2 anugerah
satu spm,satu kepimpinan...

kepimpinan bagi lelaki,diberi kepada ketua pelajar,abang form 6
kepimpinan bagi perempuan diberi kepada ketua pelajar perempuan, kakak form 6
tiba-tiba, nama saya pun naik juga

mungkin kerana ada dikalangan cikgu
tahu tentang kehidupan saya..

kakak saya kerja kat kantin sekolah

cikgu-cikgu tak tahu kakak saya kerja kat situ
kakak cakap

cikgu-cikgu ada juga cakap pasal ko kat kantin

saya tanya,cakap aku buat masalah ke,buat apa?
kakak cakap-tak tahulah..

tapi lepas tu kakak x kerja kat kantin lagi...



saya juga,pernah dipanggil dibilik disiplin
sebagai seorang pengawas
memang agak mencabar kewarasan saya
bila cikgu disiplin panggil saya,warning saya,padahal bukan saya buat hal


ceritanya, ada sorang budak baru ni
bermasalah sikit
panjang ceritanya
yang sampai membuatkan
ayahnya datang serang cikgu addmath saya dalam kelas
sampai terkencing cikgu tu dalam kelas (betul tak tipu)
kerana cikgu tu backup saya dan kawan-kawan n macam-macam lah...


tapi 4 the conclusion
saya dituduh menghasut pelajar 5 intelek supaya tidak berkawan dengan si gadis tersebut (kes macam kanak-kanak)
pengetua pesan pada cikgu disiplin supaya- jangan ungkit lagi pasal ni depan budak tu supaya ayah dia tak datang serang sekolah lagi..
dan.. 
tolonglah berkawan dengan dia


dalam menangis saya cakap kat cikgu disiplin tu

saya tak pernah cari pasal dengan dia
saya x pernah burukkan dia sekalipun
saya rasa x adil kalau benda ni nampak saya yang salah
saya x pernah hasut cikgu,atau cerita buruk pasal dia
saya tak kenal dia sangat pun


Allahukhbar.. macam-macam jadi..
kisah tu.. tergantung di situ


tapi yang pelik

akhirnya

saya dapat anugerah kepimpinan

tapi SAYANG

SAYA TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR


hari ini baru saya sedar

bahawa saya ini pemimpin

dah lama saya terlupa pasal benda-benda ni =,(

beratnya menjadi pemimpin

menjadi ketua unit pun satu perkara yang sangat menyakitkan

waktu persediaan
kelas kena buat undian untuk undi calon jpp
dan waktu tu
saya ketua unit

untuk mengelakkan tekanan ataupun dicalonkan (waktu tu rasa  risau pasal ada ura-ura dorang nak buat macam tu)

saya `menipu` dengan kata
ketua unit tak boleh bertanding
jadi untuk naikkan nama calon
undi nama lain selain nama saya 
Alhamdulillah.. ada yang termakan..ada juga yang degil..




masuk degree..
ada lagi pencalonan jpp
mereka masih membuat pakatan
syukur dengan sangat..
waktu itu.. saya ada BISA
berkerja dengan BISA lebih saya rela..

pernah si kakak itu berkata kepada saya
kenapa tak bertanding kalau nak bilik sorang-sorang tu?
saya tidak sekuat itu akak....

cukuplah setakat menjadi diri ini dulu..
membawa diri dengan cara tersendiri

kadang-kadang kita lihat insan itu mampu
tapi
lihat itu tidak sama dengan apa yang di rasa

walaumacam manapun

saya takkan pernah lupakan hari akak menghalau saya balik =,(
saya tak kan pernah lupa hari saya tengok akak penuh dengan kebencian pada minggu orientasi itu...
saya tak kan lupa waktu akak ketuk bilik saya dan bagi makanan..
=,(

kawan-kawan pernah cabar saya

ketuk pintu bilik akak
dan peluk akak tampa kata apa-apa
masa tu main true or dare
mungkin dorang rasa akak paling garang kat kampus tu kot..

tapi.. saya x nak buat... takot jadi isu.. =)


saya banyak belajar dari akak..
saya melihat akak dari jauh

bila saya tengok orang sambut hari jadi akak
simbah akak dengan air sabun.saya senyum dari jauh
doakan moga akak terus gembira..

akak...

Tahun depan,saya dah tahun 2...
tahun depan saya pegang KGP

tidaklah sebesar taqlifan JPP atau YDP

tapi

itu amanah yang sangat besar bagi nim =,(

akak tak da lagi untuk pujuk nim.

nim tak boleh jadi adik lagi..

kena berwatak seorang kakak

seperti mana,akak masa nim mula-mula masuk maktab dulu...


banyak yang kita lalui bersama
walaupun batas waktu yang cukup tenat

tapi waktu yang ada itu, 
tautkan hati kita.. 

Nim.

InsyaAllah
akan terus berusaha tingkatkan diri

dan ingan pesan akak...
bahawa

Aku bukan dia,dia bukan aku..


=,( kena jadi diri sendiri

nim selalu cerita kat akak

dan kalau nim cerita
mesti akak cakap..
macam kisah akak

mungkin kita lahir pada bulan yang sama

banyak benda yang sama.

tapi nim tak lah sebaik akak..

Akak dah tinggalkan nim..

InsyaAllah..
post itu

walaupun bukan khusus untuk nim

nim ambil sebagai untuk nim..

bila rindu akak.. nim baca post tu ye..


banyak yang nim tak hafal dan tak tahu pasal akak...


tapi

akak selalu menyetuh hati nim...

kak.. sayang akak..dengan sangat.. kerana Allah


InsyaAllah..cuba memimpin diri ini

jika akak lihat nim makin teruk dari hari ke sehari

akak perlu tegur nim..

to my sis:norzarina kamarudin : hanya Allah mengetahui betapa saya menyayangi awak, dan tahu betapa romantiknya awak.. =) 
dan nim mintak maaf..

nim tak pandai urut akak.



ukhwahfillah..

pErseTanKan MerEKa

Assalamualaikum wbt
amboi..amboi..amboi.. tajuk macam kejam sangat je kan ;p

tapi..
harap faham makna pesetankan dengan betul

kalau zaman sekolah dulu..

saya selalu membayangkan
persetankan tu maknanya
mensyaitankan manusia..
Astarghfirullah..

padahal maksudnya.
mengabaikan kan??


lagi 1 perkara.
saya baca macam kajian perwatakan ikut tarikh lahir tu
kemudian

saya sangat tak puas hati
dia kata..
nombor 1 pula tu

seorang yang pelawak..

sangat marah

pasal
kat terengganu
pelawok= penipu

masa tu berbendaharaan kata saya tak tinggi lagi

tak pernah jumpa perkataan lawak
nawok pernah la

jadi???
macam mana saya nak terima orang kata saya menipu??

hahahaha


ok
lari tajuk


bukan apa..
di pagi yang indah ini...

saya agak `graham gigi`=geram la..
dengan 

insan-insan yang sangat banyak `membantu masyarakat ` ni
perlu ke post segala kebaikan yang anda lakukan kat fb??

tidak mengapa kalau dengan niat mengajar orang
menunjukkan contoh yang baik

tapi kalau segenap gerak perbuatan anda tunjuk..





TAK KE IBARAT ANDA SEDANG MEMBAKAR SEGALA KEBAIKAN YANG ANDA LAKUKAN 



PENAT-PENAT TOLONG ORANG


DAH TU..


TAyang-TAyang


SANGAT RUGI???


MULA-MULA SAYA NAK KATA


biar la awak.. bukan ada kena mengena dengan saya...



tapi saya rasa kesian..


kot-kot awak baca

awak sentap

awak musabah balik...



ORANG BAIK,TAK PERLU TAYANG BAHAWA DIA TU BAIK
ORANG BAIK
MASYARAKAT YANG AKAN MERASAI AKAN KEBAIKAN ITU


TAK PERLU CERITA-CERITA


rugilah..

rugi sangat-sangat..




eden banyak add orang baik kat fb

bukan nak jadi penilai pada kalian

siapa saya nak wat macam tu

kerja menilai tu kerja Allah


tapi perlu menegur mana 

akhir zaman ni


orang yang jauh dari Allah tu.. 
tugas kita kembalikan pada Allah


tapi orang yang menjalankan tugas itu pun

ada bahagian ujiannya juga



Masakan kamu mengaku kamu beriman padahal kamu belum diuji?




JANGAN PERNAH MERASAKAN DIRI KITA BAIK

tingkatkan komunikasi dengan Allah: nasihat untuk diri sendiri juga


kalau boleh nak persetankan je anda


tapi

saya sayang awak

saya tak nak kita jadi peniaga yang rugi dengan Allah


takut jadi orang paling rugi di akhirat
nauzubillah...


TAPI!!!

bukan semua benda kita boleh persetankan !

banyak benda kita kena ambil tahu
kalau anda tidak minat sekalipun
jangan mencemuh tampa ilmu

cheq tampaq hang saja je.. oley!!!


orang yang ikhlas itu..
ketiadaannya tidak dicari
kehadirannya tidak dikenali


tapi,
jangan sedap-sedap nak lantik diri awak jadi penilai pula untuk keikhlasan orang

ok???




sekian

Cikgu cUkup Rasa =)

Bismillahirohmanirohim..
hari ni, terdetik  menyelongkar blog bekas pensyarah saya
ingat lagi masa akhir tahun 2010
saya selongkar blog dia..
saya jeling-jeling facebook dia
lepas mulalah jadi kipas susah mati dia..

dalam hati
bestnya kalau dapat jadi pelajar dia..

masuk 2011
untuk subjek tet......... 

DIA YANG MENGAJAR!!!

masa tu rasa gembira jangan nak cakap la..
sokmo tunggu waktu untuk dia masuk
walaupun dia agak skema, saya tahu keskemaan itu untuk kebaikan kami..
kalau ikut je perangai kami,baik tak payah masuk kelas.. hehehe


selama beberapa minggu bersama-sama dia..
rasa sangat termotivasi..
dan saya selalu bagi komen kat fb dengan nickname fasha aidid (ala..facebook lama tu)
kemudian..
tiba satu hari
`saya rasa lepas ni ada perubahan jadual, jadi saya tak dapat mengajar kelas kamu lagi`

masa tu dah mula suuldzhon dengan cikgu
dalam hati
`cikgu tak suka mengajar kelas aku ke ye..`


tibalah saat yang paling tak nak ditempuhi..
hari terakhir
hari tu dari awal pagi saya dah tak ada mood
cikgu masuk..saya buat muka keras je..
dia buat lawak..saya macam buat tak ada perasaan je..
dia nak keluar! saya nak menangis... saya tak pandang muka dia..tak ucap terima kasih pada dia..
dan..  airmata saya jatuh.. tapi .. kan ganaz.. lap la cepat-cepat..
kalau tengok cerita hindustan.
kalau yang nak pergi tu pandang belakang balik.
berkemungkinan dia akan datang balik..
tapi cikgu pergi je.. tak toleh belakang pun..

seminggu..dua minggu..
saya tak berapa nak adapt dengan pensyarah baru..
motivasi down terus..
laklok..laklok...
alhamdulillah...
mujur dapat A untuk subjek tu..

first time saya kenal dia..
waktu tu masih tahun persediaan.
dia bagi profesional talk kat bisa
cerita pasal srikandi Islam.
sampai dia menangis
dan..she also makes me cry..
masa tu ingat dia pensyarah JAPIM
saya JAPIM segan sikit,, hehehehe


dah lama saya tak baca blog dia..
saya terjumpa 1 post..
Tajuknya: Benarkah aku dalam ingatan mu?

dan tak tahu..
kalau saya perasan..
perasanlah...
tapi kalau post itu untuk saya pun...
mungkin juga..mungkin tidak.. wallahualam..
tapi bukan saya yang mengirim meseg tersebut..

ada tergerak dihati nak meseg..
tapi saya tak ada nombor cikgu..
lagipun,saya risau..
risau kalau-kalau saya ada bersikap bias dengan pensyarah baru,
takut saya membanding kan cikgu dengan dia
dan terus berharap cikgu kembali ajar saya..
saya putuskan...
tak perlu berharap apa-apa..
kalau meseg-meseg
cikgu layan ke..
macam saya ni tak boleh terima kenyataan ja..
hidup kena jadi fleksible.. ye dak ;p
tapi.. kalau ikutkan,,
saya NAKKKKKKKKKKKK SANGAT....
HANTAR MESEG MACAM TU KAT CIKGU..



"Salam, cikgu, sihat tak? I'm missing u already, cikgu..I miss your jokes, laugh n everything abt u..take care cikgu..."



selama ni..saya tengok cikgu dari jauh je ;)
saya bukan pelajar yang bagus.. tak mahu bila cam kamceng je..
meletakkan harapan ..
pada saya yang ntah apa-apa ni..


Masa masuk sem 2..
saya masih berharap cikgu boleh masuk kelas EDU saya
tapi EDU sem 2 ada satu subjek je.
kebetulan... cikgu tu pun pernah ajar saya
dan saya boleh adapt dengan dia..
walaupun saya cemburu dengan ustazah-ustazah yang cikgu ajar itu!
ngeh3...

kehidupan normal..
cuma bila lalu nak pergi kafe..
dengar cikgu mengajar kat ustazah-ustazah
kadang-kadang teringin nak berada di dalam
saya kurang memandang..
takut hati meletakkan harapan
tak bersyukur dengan apa Allah dan berikan..


lepas tu..
datang seorang pensyarah baru..
ada pattern macam cikgu.
tapi biasa-biasa je la..
tak nak kecewa lagi! hahaha
cikgu tu pun selalu sebut nama cikgu dalam kelas..
saya pun kadang-kadang senyum ja teringat cikgu yang kelakar,keibuan,baik,tegas, dan macam iklan megi
CUKUP RASA


hehehe..comel juga
cikgu cukup rasa ;p



kelas terakhir sebelum exam

Allah bagi peluang saya pergi tumpang kelas cikgu

saya ingat lagi sapaan pertama cikgu
`hai kawan lama`

;p


cikgu selalu buat saya tersenyum..
bila saya rindu mak saya..
saya nampak cikgu..
terubat sikit kerinduan..

i always miss u cikgu..

so??
untuk kesimpulan post ni apa?

saya pun tak tahu nak buat pengakhiran macam mana



jom try


waktu yang berjalan
mungkin hampir sebulan
ku tadah setiap bait perkataan 
yang engkau tuturkan penuh perasaan

bait-bait itu menyentuh hati
buatkan aku sedar sendiri
bahawa hanya hati yang hidup dapat menghidupkan hati yang mati
engkau miliki hati itu..
hati seorang guru
hati seorang ibu
hati pencinta ilmu

aku sedar, perjalanan ku masih panjang
dan aku memerlukan insan-insan seperti mu untuk teruskan perjuangan
kadang-kadang aku terjatuh dijalanan
air mata menitis sendirian
syukur,Allah sentiasa mengingatkan
masih ada yang setia memberikan sokongan
walaupun itu tidak nampak di medan penglihatan


masa yang sekejap itu
telah terlukis indah
dalam kanvas kehidupan ku

Alhamdulillah

terima kasih cikgu.

dan saya masih berharap untuk terus berpeluang mendengar bait-bait dari cikgu.


ps: kenapa akhir-akhir ni blog saya bercerita tentang orang lain ye???
hurm... mungkin kerana 
mereka insan-insan dewasa yang memaknakan hidup saya..


nak tengok siapa cikgu tu??



dalam ramai-ramai ni..ada dia.. ce teka sapa ;p


mungkin insan-insan yang dekat dengan saya je kot..
cam siapa insan yang saya maksudkan ni


senyum sampai ke telinga

jom kira duit syiling
nak beli tiket balik melaka!

heheheheheh ;p



out

LiLin

untuk dia





MAAF.. INI SAHAJA YANG RASA OK KUALIIIIIIIIIIII T NYA....

DIA CAKAP

Saya yakin,dia tidak akan baca post ni pasal saya tak publish benda ni kat Fb..
pagi tadi saya jumpa dia..
teman dia pergi buat kajian untuk master dia..
dia tu kuat sangat..
dulu masa tingkatan 2..
dia cikgu kelas saya..
tapi dia tak mengajar saya pasal kH lain-lain..
dia ajar budak lelaki je..
dulu saya pelik dengan dia.. kenapa dia suka denda budak kelas depan otai-otai juga
tapi budak kelas belakang dia lembut sikit..

tadi dia kata
`dulu cikgu sekolah tok jiring.. cikgu selalu tak faham apa cikgu cikgu ajar,jadi cikgu sedih sangat..kira cikgu ni bukan golongan pandai la.. cikgu rasa apa yang pelajar kelas belakang rasa.. dan cikg tahu apa yang seorang cikgu perlu buat.. `
budak kelas depan selalu dimanjakan,kelas belakang diabaikan..
cikgu x nak bagi pelajar cikgu rasa macam tu..


saya pun..
o0o0o0o..ok..


saya bukan ambil kH untuk aliran dia ajar..
tapi saya jumpa  nota-nota yang dia tulis..
lepas tu fotostat dan edarkan pada pelajar-pelajar dia..
`cikgu tolong belajar untuk pelajar`


dia cakap...
`tidak semua yang menjadi guru itu,menjadi seorang guru..lama-lama nanti anim dan ana akan faham`



dia cakap...
`anim..anim kena rasa seronok dengan apa je yang anim lakukan.. ambil setiap perkara itu sebagai sesuatu yang seronok untuk dilaksanakan tetapi bukan sebagai tekanan`



dia cakap juga...
`dulu cikgu sangat positif pada semua orang`

dalam hati saya
patutlah henset hilang pun.. dia buat muka baik lagi dulu...



mungkin sebab tu saidina Umar ada menyebut
untuk mengenali seseorang..
kita perlu melalu beberapa fasa ni

makan sekali,tidur sekali, musafir sekali..


tapi

x pernah lagi musafir dengan dia


dia ada cakap..
`nanti kita jumpa lagi ye`




bila dia bercakap..
saya suka diam dan dengar je..


saya tahu saya tidak boleh mengangkatnya terlalu tinggi..
kerana dia juga manusia..


but i love her so much!


zaman sekolah dulu..

saya tidaklah rapat dengan dia..
~walaupun kadang2 ada perasaan nak rapat tu ;p   tapi sedar... batasan antara pelajar dan guru~


Tapi....

kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang..

cuma yang nim harapkan...


kita temui sinar kebahagiaan itu ;)

kini.. kita sama-sama mengejar dan merasainya..

namun..moga pada masa akan datang.. Kita masih mampu menikmati kebahagiaan ini..

juga untuk teman-teman yang masih mencari diri mereka...



ps:cikgu.. nim sayang cikgu.. kalau cikgu baca blog nim..cikgu kan suka stalker tampa pengetahuan...cikgu tak payah bagi apa-apa feedback... 



inilah dia yang saya sayangi itu.. ngeh3 ;p



dia yang ada:
call saya setiap bulan (kooottttt)
stalker saya (kan3??)
bagi nasihat kat saya..
dengar cerita-cerita merepek saya
kenakan saya
membumikan benda-benda yang tak logik untuk saya
BELANJA SAYA MAKAN
tanya saya bila tak ada kat fb
meseg saya dan buat saya tersenyum





DIa cakap..
jangan jadi hipokrit..jadi diri sendiri...

baik cikgu ;)



jaga hubungan dengan Allah sokmo..
everyday jangan tinggal quran..
jangan ambil peduli semua cakap orang..
dan macam-macam lagi nasihat dia...














THE END





nota kaki: tiba-tiba saya rindu puan zahrul.


Moga dia bahagia selalu..dunia akhirat..amin..

Air tAsNim..apakah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang..
tak sangka tergerak hati datang lagi ke alam ini..
tengok kakak2.. sahabat2..
panas update post ;)
kalau orang berebut2 untuk sebarkan kebaikan..
kenapa tidak kita..
kan???


Alhamdulillah.. memandangkan dah lama x update blog..
banyak juga benda yang dah x macam dulu lagi.
ape2pun...
segalanya pasti ada hikmah..


sepanjang cuti ni..
banyak perkara yang berlaku pada diri sendiri..
suka,duka,terkejut,menyesal dan macam2..
Namun.. berharap sangat.. moga segalanya akan menjadikan diri ini lebih dekat pada Allah.


baru2 ni..tengok terjemahan Al-Quran..
saya baru tahu..
mungkin ramai dah yang tahu..
tapi mungkin ada lagi yang tak tahu..
jadi..
meh nak cerita ;)

lagi excited nak cerita pasal ni dekat2 dengan nama diri sendiri gak..
heheheh..
hanim..tasnim.. boleh lah tu... ;p



ce tengok gambar ni

 pernah tengok???


 hehehe.


lagi2..

 hehehe.. mesti pernah kan??



rasa macam promoter lak...

tapi tak..

cuma tertarik dengan nama dia...


dalam surah 
Al Mutaffifin ayat 27 dan 28.
`dan campurannya dari tasnim,(yaitu) air yang diminum oleh mereka yang dekat (kepada Allah).



bila baca terjemahan ni saya tersenyum...

orang yang bagi nama ni.. mesti bukan calang2 orang..

bagi saya.. as muslim..
cantik kan penggunaan ni =)

x perlu cerlup2..

sambil tu.. nak minum..boleh la doa2..
Moga2 kita boleh jadi orang yang layak minum tasnim kat akhirat kelak =) amin3..


so... macam mana nak jadi pemburu syurga ni? (serius.. rasa macam x layak je cakap nak jadi pemburu syurga)

tapi kalau x bercita2 cenggitu..
tak kan nak jadi pemburu neraka?? nauzubillahiminzalik....


dah tu nak duduk saje???


cikgu saya kata dulu..
hidup ni.. every second.
antara 2 je... dosa atau pahala..



suka sangat cikgu tu... 

cikgu bahasa Melayu..
yang sangat kurang bercakap..
cikgu bM..tapi duduk kat makmal sn..
tapi kalau kat kelas dia banyak bercakap
setiap kali masuk kelas..
dia akan bacakan kami buku agama ...
5-10 minit dan ada soal jawab


WAJIB!!!


saya kagum..
pasal kedegilan kami tunduk dengan bacaan buku dia..
sampai waktu dia x ngajar kelas dah..

bila dia ganti..
kami yang sibuk nak prepare spm.
boleh buat request

cikgu.. dah lama x dengan tazkirah cikgu..
cikgu bacakan buku je lah untuk kami.


alhamdulillah ;)


walaupun di dinding2.. budak kelas belakang kutuk dia teruk2
tulis 
cikgu zul= L***U
kejam kan??


tapi dia sabar je..
dia cakap x pe..cikgu maafkan.. kesian mereka2 kat akhirat nanti..


fuhhhh
berpeluhhhhh....



rindunya kawan2 ^^V

sahabat2...

hmmm..

out


BerCaKap SeNdiRi

sejak kebelakangan ni..saya selalu bercakap pasal hati..dan selalu bersedih..lalalala
mungkin kerana tekanan kerja yang terlalu banyak...buat saya jadi laklok..
saya x kisah saya di uji..dah saya doa saya mohon setinggi2 kesabaran..
mana ada kesabaran lahir tampa ujian ;,(
kalau zaman sekolah dulu.
sukar untuk saya rapat dengan sesiapa..
dan
saya selalu bertukar pasangan rapat..
tapi saya sayang 2 2 je..
masa form 1 sampai form 3.citer x best sangat
masuk form 4..saya rapat dengan sorang sahabat ni..nama dia amnah..pandai sangat..
kami rapat..
sampai cikgu kata
awak ni kembar x seiras..
belajar sama2..buat jahat sama2..lalalala
tapi..ukhwah mana tidak di uji..
tiba2... nan pula hadir dalam hidup
krisis dengan amnah memuncak..
memandang saya orang gila kerja..

saya lupakan amnah.. amik tahu dalam diam je

dan teruskan hidup saya sebagai seorang pelajar
dan 
meniti hidup bahagia dengan nan
rapat..........macam adik beradik..
famly nan..famly saya..famly sya..famly nan...
memang jenis saya..kalau rapat..mesti nak kenal mak  ayah dia...


tet. tu kisah budak sekolah menengah...


sekarang saya seorang guru pelatih..
menghadapi situasi yang sama lagi...


saya masih buntu untuk memulakan langkah pertama yang baru..

atau,,
saya nak biarkan saja..

dan mencari insan2 lain.

yang boleh bahagia hidup saya..dan saya bahagiakan hidup dia..



semua ni menjadi persoalan..


macam mana saya nak hadapi hari2 di hadapan...



fenim...fenim...fenim...



out

nOta HaTi 1:

nota hati:
Ya Allah..
seperti tiada apa lagi yang indah di sini padaku ya Allah..
aku mahu pergi..
pergi dari segala yang bermain dihati ini..
keluarkan aku dari set yang cukup menyakitkan ini ya Allah..
jangan kau biarkan aku dalam putus asa ;,(
aku nak pergi......

aku nak pergi......

aku nak pergi......


 19/8/2011
aku tidak akan berada di sini...

aku tak mampu lagi menanggung apa yang ada di dalam hati..

apa dah terjadi pada diri ini???

AKU PERU BERPALING ARAH
BERPALING TAMPA MENOLEH KEBELAKANG LAGI...


SAHABAT..
SAHABAT..
SAHABAT..


 SAYA AKAN CUBA MEMBINA HIDUP BARU 



MELUPAKAN DAN MEMBINA

JIKA INI YANG TERBAIK...



TEKANAN TAHAP TINGGI SEKARANG NIEH...


LUPAKAN..
LUPAKAN..
LUPAKAN..



ps: sedang cuba membuka hati untuk insan yang benar-benar ku perlu sayangi..
insyaAllah.

Jika iNi jALan yanG kAu piLih

manisnya ukhwah tidak berpanjangan..
puncanya daripada diriku sendiri yang sarat dengan kelemahan
tapi amat mengecewakan
ukhwah kita renggang
waktu kita ditarbiyyah bulan penuh keberkatan..

kau..kau..kau..kau..kau..kau..kau..kau..

hariku..
hanya mampu melihatmu dari jauh
jika dulu.. aku boleh menerima sentuhanmu waktu aku dalam kesakitan
mendengar kata semangat dari mu waktu aku kelemahan
mencapai kegembiraan waktu aku keresahan..
setiap hari..
aku tak pernah sepi daripada menyambut salam darimu
menerima senyum mu..
melihat matamu dengan penuh rasa kasih seorang sahabat..

namun..
kini....
jangankan mendengar kau menyebut namaku
pesanan ringkas dari ku pun belum tentu kau balas..
jangankan berbual..
melihat diriku pun kau sudah tidak mahu..

aku menangis di dalam hati bila terlihat kau kegembiraan..
sewaktu..
Allah mempertemukan mu dengan seorang insan lain..
Allah izinkan mu berjemaah di sebelah dia..
aku melihat kegembiraan itu..
senyum mu penuh ikhlas...

betapa kau menyanjungi dan menyayangi dia....

DIA...


dan aku tidaklah seperti dia..

jaUH...

terLaLu jauh...

aku lemparkan sejauh2 perasaan cemburuku..
kerana aku juga menyanyangi dia..

BEZANYA..

AKU MENYAYANGI DIA SEPERTI MANA AKU MENYAYANGI KAMU..

NAMUN

KAMU MENYANYANGI DIA.. TETAPI TIDAK MENYAYANGI AKU..

aku sedar...


aku sedang dibenci..

aku sedang dijauhi..

aku tidak diperlukan lagi..


dan aku...


PUTUS ASA


cukup aku menyayangimu..

dan menjagamu dari jauh..


aku tak mampu mengganggu hidupmu lagi.. 


pErBahaRui sEmaNgat



dah lama aku dihimpit rasa sesak... penat.. sedih.. letih.. dan sebanyak-banyak perkara negatif..
insan2 yang ku sayang masih setia seperti dahulu walaupun...ntah lah..
aku mencari rentak..aku mencari sesuatu yang baru..
lalu dalam keadaan mengejut..
aku ambil keputusan untuk bermusafir..
bermusafir untuk menghisab diri..
sudah sejauh mana aku tergelincir dari landasan..
landasan yang dahulu aku sering mendoakan aku merupakan salah 1 gerabak kereta api yang menuju ke arah cinta Ilahi..
namun..gerabak itu sungguh berat rupanya..
mujurlah ada gerabak lain dihadapan untuk menarik..
di belakang untuk menolak..
aku aku tidak berhenti di separuh jalan..
langkahku kian perlahan..
ku sibukkan diriku dengan semata-mata
sebelum tidur..
hatiku resah dengan tugasan yang belum selesai..
hatiku resah jika esok tiada lagi peluang untuk aku membaiki diri
aku resah jika esok nyawa sudah tiada pada diri..


setiap kali kepenatan.. aku seperti menanti2kan waktu solat
cepatlah azan...
aku penat ni..
aku nak rehat..
aku perlukan tenaga..
Ya Allah.....


hanim norlaila mamat..
apalah sangat kepenatan ini jika dibandingkan nikmat syurga yang kau inginkan..
apalah sangat infaq kewangan ini jika dibanding dengan nikmat syurga yang kau impikan..
apalah sangat lapar dan dahaga ini..
apalah sangat sakit kepala ini..
apalah sangat rasa mengantuk ini..
apalah sangat titik peluh ini...
apalah sangat semua yang kau berikan itu....




TERLALU SEDIKIT...

kembalilah pada Allah..

yakin lah pada Dia

tujuan kamu... hanim norlaila mamat

lahir ke dunia adalah UNTUK MENCARI BEKALAN BAGI KEHIDUPAN AKHIRAT...


bukan menikmati segala nafsu syahwat ..

kamu mungkin ada 40 tahun lagi untuk hidup..
30 tahun..
10 tahun..
1 bulan..
1 minggu..
1 hari...

wallahualam...


TERUSKAN hanim....

jangan sesekali putus asa..
jangan takut untuk mencuba
lapang dada dalam menerima kritikan kerana kau bukan Maksum!
rendahkan hatimu walaupun dengan sesiapa sahaja engkau berhadapan..
jangan berat untuk melakukan kebaikan,.
jangan takut tegakkan kebenaran..
terus belajar tentang alquran..
kerana di situ ada semua jawapan...



bawa insan2 yang kau sayang nim..
jangan sesekali lupa mendoakan mereka 


mulakan langkah baru...

Allah bagi 24jam kepada kamu..

IA PASTI CUKUP..


BERNAFASLAH... DAN RASAILAH...
NIKMAT IMAN..ISLAM..PENGORBANAN..