iJaZah uNtuK Mak

Aisyah, seorang gadis kampung yang kini menuntut di Institut Perguruan tertua di Malaysia. Gadis yang sentiasa dahagakan ilmu dan cuba sedaya upaya untuk terus mendidik dirinya menjadi insane solehah, taat pada agama, membahagiakan ibu bapa, baik pergaulannya dengan para masyarakat. Gadis pendiam ini, penuh dengan cita-cita walaupun agak pendiam dikalangan rakan-rakan. Walaupun berada dibidang pendidikan khas,itu tidak menghalang untuk dia bersama-sama sahabat yang cintakan kebenaran terus mencari ilmu agama bersama-sama. Keluarga usrahnya yang diketuai Kak Farhana,bersama-sama terus berkongsi ilmu dan pengalaman kehidupan dengan ahli usrah yang lain. Siti,Naimah, Husna, Nadia,Hidayah, Atikah ialah insan-insan yang sangat disayangi Aisyah ditempat dia menuntut ilmu itu.
Aisyah merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Abangnya tidak menyambung pelajaran ke mana-mana. Bagi Aisyah, abangnya itu ujian buatnya kerana abangnya adalah seorang penagih. Melihat ibunya yang sering bersedih dengan perangai abangnya, Aisyah bercita-cita untuk menebus semua kedukaan itu dengan kejayaannya. Kakaknya pula,seorang doctor. Walaubagaimanapun, kerana makan hati dengan perangai abang. Sejak berkerja,kakaknya iaitu Aini jarang pulang ke rumah.Ibu tetap bersedih dan makan hati meskipun kakaknya itu telah berjaya. Ayah Aisyah sudah lama meninggal kerana kemalangan. Ayahnya hanya bekerja sebagai tukang kayu,jadi tiada apa-apa yang ditinggalkan kepada anak-anak kecuali sebuah rumah buruk itu.

`Mak.. Syah nak jadi cikgu nanti boleh?` tanya Aisyah ketika sedang berbual dengan ibunya selepas habis peperiksaan sijil Malaysia.
`cikgu?bukan Syah nak jadi Doktor macam kak Ita ke? Dulu Syah cakap nak jadi doctor?` duga ibunya kembali.
`Syah dah tukar cita-cita..Syah rasa Syah nak jadi cikgu.. Nanti, malam-malam Syah boleh jaga mak.. kalau jadi doctor.. Syar takut sibuk sangat,tak sempat nak lawat mak` kata Aisyah sambil menundukkan kepala, hatinya sebenarnya rindu pada kakaknya.
`Syah jadi la ape yang Syah nak jadi, Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mak`ibunya bangun dan berlalu ke dapur.

Ketika pengambilan pelajar perguruan dikeluarkan,Aisyah telah mendapat tempat untuk belajar di Kampus.
`Mak!!! Alhamdulillah mak.. Syah dapat masuk maktab.dekat je la dengan mak nanti.. Syah kat Melaka, Mak kat Johor.. senang Syah nak balik tengok mak.` luah hati Aisyah gembira.
`Alhamdulillah.. baguslah Syah.. Syah.. berlajar betul-betul ye.. sambil Syah belajar ilmu dunia, jangan lupa cari ilmu akhirat.. ye.. jangan lupa diri bila dah berjaya nanti` pesan ibu Aisyah pada anak bongsunya itu.
`Ye mak..Syah akan jaga diri baik-baik.. Syah akan dapatkan ijazah untuk mak!! Syah nak mak gembira.Syah nak jaga mak.. Mak kalau Syah kena pergi jauh nanti pun.Syah nak bawa mak.. mak nak ikut??`
`amboi.. jauhnya awak berangan, daftar pun belum.. dah.. jangan berangan lagi.. pergi belakang, ambik buku bank mak dalam bilik, boleh?`
Aisyah berlalu dan terus menuju ke bilik ibunya, dicari-cari buku bank ibunya.
`Ha!!!!!!!!jumpa pun... Mak.. kejap ye..` jerit Aisyah dari dalam.. Aisyah berlari menuju kembali pada ibunya,tak sabar apa tujuan ibunya menyuruhnya mengambil buku bank tersebut.
`Syah.. duit ni.. memang mak simpan untuk Syah.. ada 3000 ringgit je. Ini je yang mak mampu Syah,agak-agak cukup tak untuk buat Syah beli laptop dan daftar nanti?`
Aisyah terkejut dengan penjelasan ibunya.. Dia melihat buku bank tersebut dan menyerahkan kembali pada ibunya.
`Mak.. duduk maktab nanti ada elaun,Syah boleh kumpul duit sikit-sikit untuk beli laptop.. Mak simpan la duit ni.Syah tahu,duit ni mak kumpul nak pergi Mekah kan? Lagipun Syah ada simpanan. Biasiswa yang Syah dapat dari tingkatan satu tu,Syah dapat simpan dalam 1500. Cukup la tu untuk Syah sementara ni.`
`tu duit Syah, Syah simpan untuk kepentingan lain nanti. Ambil duit ni ye, beli laptop dan barang-barang masuk asrama nanti` desak ibunya.
`hm.. ok.. Syah pegang buku ni ye ibu..ibu.. terima kasih.. tapi..kalau ibu tak de duit,ibu kena bagitahu Syah...` mereka berpelukan diruang tamu sambil menitiskan air mata.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang Aisyah lalui sepanjang menuntut di IPG. Kini dia berada di tahun 2. Bersama rakan-rakan sefiqrah dia cuba mendidik diri dengan ilmu Allah.
`Syah, petang ni ada usrah.. Syah pergi tak?` tanya Atikah,rakan sebiliknya merangkap usrati nya.
`mestilah pergi.. jumpa ka kana kat mana?kat Bisa ep?` tanya Aisyah kembali.
`tak.. hari ni kita jumpa kat stadium. Kak Ana suruh sampaikan pada Syah,dia cakap nak kita bersenam-senam sikit petang ni. `
`hm.. ok jugak tu.. Tikah,dah masuk Asar ni.. kita solat dulu ep, lepas baca mathurat, kita pergi sama-sama kat stadium. Ok?`
`bisa aja buk.. Syah imam.. cop!!`
`Syah imam??ok.. harini la...esok tikah ep`
`yela2.. he3.. jom.. asyik borak je kita ni`.
Mereka bersama-sama menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk, Aisyah sangat rapat dengan Atikah kerana mereka rakan sebilik. Atikah orang yang paling mengenali Aisyah berbanding sahabat-sahabat yang lain.
Kumpulan usrah tersebut begitu gembira menghabiskan masa bersama-sama, namun Aisyah sedikit pemalu berbanding dengan rakan-rakan lain. Dia lebih suka mengurus daripada menyertai. Jika bersuka, dia lebih suka jadi pengadil,buat air. Atau apa-apa.. Jika dipaksa, barulah dia akan menerima.

Cuti semester pertama bermula, Aisyah pulang ke kampung untuk menghabiskan masa bersama ibunya, segala pengurusan rumah dilaksanakan olehnya. Dari mengemas,memasak, dan segalanya dia lakukan dengan rela hati. Dia lebih gembira jika dapat melihat ibunya tenang dan berehat. Kak Zita, hingga kini, masih belum muncul. Sudah 3 tahun Aisyah tidak bertemu dengan kakaknya. Mungkin kakaknya juga tidak tahu di mana dia belajar kini,dia sendiri pun tidak tahu di mana kakaknya berkhidmat.Abangnya pula, kini makin parah. Ketagihnya pada dadah menjadi-jadi. Pulang ke rumah, hanya untuk meminta wang.
`aduh!!!!sakitnya..la.. tu la aku ni..banyak sangat khayal.. dah tangan kena pisau` omel Aisyah di dapur.
`Mak Ngah!!! Mak Ngah!! Ni.. Ahmad kemalangan ni.. dia merempit tadi.. kaki dia luka.. tak de orang nak angkat dia.. Ni kami je yang tolong angkat` tiba-tiba kedengaran dari luar rumah...
Aisyah terkejut dan berlari ke depan..
`Abang!!!!kenapa ni abang!! Tak pe, Abang buat naik boleh?? Mak tunggu je kat atas.. nanti syah tolong cucikan luka ni`
Aisyah memeluk abangnya dengan erat.. Bajunya berlumuran darah. Kaki abangnya parah.. Tangan Aisyah penuh dengan darah abangnya .Namun semua orang pelik kerana Ahmad menjerit-jerit meminta orang untuk tidak mendekatinya. Ketika Aisyah memeluknya pun dia cuba mengelak. Namun tidak berdaya.
`Bodoh!!!!!!pergi!!!!!! biarkan aku mati!!! Jangan dekat dengan aku.. jangan dekat!!!!!`
`Abang,Syah nak lap luka abang tu.. kenapa abang tak nak pergi hospital??`
`aku dah nak mati bodoh!!! Biarkan aku macam ni!!`
`Aisyah tidak mempedulikan herdikan abangnya itu.. dia terus mengelap hingga selesai.. membalut semampunya dan menalifon pak ciknya untuk membawa abang ke hospital..`

Ketika bersiap untuk pergi hospital bersama.. Aisyah bermonolog sendirian
`kenapa abang marah aku dekat dengan dia ep... ouuuhhhhcchh.. Allahuakhbar.. luka aku sendiri pun aku tak sempat balut.. dalam jugak ni..`

Sampai di hospital, Aisyah terkejut dengan penjelasan doktor.Namun dia hanya mendiamkan diri. Berita yang dimaklumkan hanyalah abangnya telah menghidapi HIV. Sedih amat membanhang dirinya. Namun,dia lebih selesa diam dan mengadu pada cintanya yang Satu.
Apabila buka semester baru, Aisyah kian berubah. Amalnya bertambah-tambah. Membuatkan naqibahnya pelik apabila Aisyah tidak ingin lagi makan bersuap dengan sahabat usrah yang lain. Di bilik, Atikah memberitahu bahawa Aisyah ada mengambil ubat, namun kata Aisyah ubat itu hanya supplement untuk menguatkan badan.
Satu malam,kak farhana dan Atikah merancang untuk bersemuka dengan Aisyah. Mereka mengambil ikhtiar ini kerana melihat Aisyah yang kian berubah dan bersendiri.

`Syah,,Syah adik akak. Syah ada masalah..kongsilah dengan akak.` pujuk kak farhana. Atikah hanya memerhati.
`dah hampir 4 tahun kita duduk sama-sama, lalui kehidupan kat sini.. kenapa Syah.. cuba terus terang..mana tahu akak boleh bantu.. Syah jarang sangat cerita pasal Syah.. Syah anggap akak kakak Syah kak?` pujuk kak farhana.

Aisyah bangun dan menuju ke alamarinya, diambil sekeping sampul. Dan diberikan kepada Kak farhana, Atikah duduk bersama memerhatikan surat tersebut.
`Astagrfirullahalazim!!! Syah... macam mana boleh jadi macam ni??? Mana Syah dapat ni???` soal kak farhana terkejut sambil menitiskan airmata. Atikah terpinga-pinga,merampas surat tersebut dan membacanya.
`Mungkin Syah kena dari abang. Tapi Syah bukan buat jahat kak.Allah tahu segala-galanya. Kak, tolong rahsiakan benda ni.. tolong sangat. Atikah..tolong jugak ye..tolong faham keadaan Syah..Syah nak dapatkan ijzah untuk mak` rayu Aisyah pada dua sahabatnya itu.
Atikah pula sudah menangis teresak-esak.. mereka bertiga berpelukan. Cuba menelan kepahitan yang dihadapi..
Aisyah kembali ceria,namun banyak batas yang di jaga. Tidak ingin berkongsi apa-apa bersifat peribadi termasuk cawan.pinggan, ataupun makan bersuap. Tidak dapat dipaksa kerana dia merupakan wanita yang tegas.
Hari-hari yang di lalui Aisyah berlalu dengan baik,hanya mereka bertiga yang tahu rahsia tersebut.
Kini, Aisyah telah menamatkan peperiksaan akhir sebagai seorang pelajar di kampus. Kini dia bersiap untuk pulang ke Johor, namun sebelum pulang, dia ingin membelikan hadiah buat ibunya. Sebagai cenderehati terakhir dari Melaka.
Malang tidak berbau, Aisyah dilanggar ketika motornya tiba-tiba rosak di tengah jalan,belum sempat turun dari motor dan mengalihnya ke tepi jalan, dia dirempuh lori yang dipandu laju.
Aisyah dikerjarkan ke hospital Melaka,
Dalam keadaan separuh sedar, Aisyah melihat kelibat seorang wanita seperti kakaknya,, dia menjerit.. `kak Ita`.. Doktor yang merawatnya ialah Rozita binti Harun. Doktor tersebut hanya diam, walaupun hatinya tersentak. Dia tahu siapa gadis yang kemalangan itu,tetapi apabila diberitahu pesakit itu menghadapi HIV. Dia terus menjalankan tugas tampa apa-apa perasaan.
Umur Aisyah tidak panjang, dia meninggal kerana kehilangan banyak darah.Darah yang sudah rosak itu memang patut hilang dari tubuhnya,namun ketika hilang darah itu,maka hilanglah nyawa Aisyah.
Mayat Aisyah diuruskan pihak kampus, ibunya menangis teresak-esak, mengenangkan pemergian anaknya.
Farhana selaku kakak Aisyah di kampus, menyerahkan sepucuk surat kepada ibu Aisyah. Ibu Aisyah membacanya bersama linangan air mata.

`Assalamualaikum ibu, Syah rasa nak tulis surat kat mak.Tapi, saya rasa Syah tak bagi pun surat ni kat mak.he3.. jap lagi Syah nak keluar beli hadiah kat mak.. erm..mak.. terima kasih sebab jaga Syah selama ni..Syah sayang sangat mak... Syah nak bahagiakan mak.. mak berhak hidup bahagia.. Mak, mak ingat tak duit 3000 mak bagi kat Syah dulu?syah tak guna duit tu.. dan ni... ada lagi 8000.. duit yang Syah simpan setiap kali dapat elaun masa belajar dulu.. Syah nak bagi kat mak.. Mak pergi Mekah ye..mungkin duit ni tak cukup..tapi.. simpan dulu..Syah dah kerja nanti,,Syah tambah lagi ye..Mak.. maafkan segala salah silap Syah..Syah gembira sangat,,Syah dah tamatkan pelajaran untuk dapatkan ijazah untuk mak.. Ijazah ni..mak punya... tampa doa mak, Syah takkna jadi ape2.. Syah bersyukur dapat mak macam mak............Syah sayang mak.........`
Ibu Aisyah menangis teresak-esak... dilihat dalam buku bank tabung hajinya wang berjumlah 11000 ringgit. Begitu dia menyanyangi anaknya itu.
`abang Ahmad..ni surat Aisyah untuk abang` serah farhana kepada Ahmad yang kelihatan makin berubah itu sejak kemalangan.
`Abang..alhamdulillah..sejak kemalangan haritu,,abang makin berubah.. Syah sayang abang.. Abang jaga mak betul-betul.. pilih kawan yang betul-betul..abang sakit..jangan lupa makan ubat.. Syah tak pernah marah abang.. ni ujian untuk Syah.. Syah terima.. abang.. dekatkan diri abang pada dia ye... tolong jaga mak juga..kalau Syah dah tak de..mana tahu kot2 mak tak nak ikut Syah ke bila Syah posting jauh nanti.Syah mintak diri.. Abang.. Syah sayang abang`. Ahmad menangis,tidak menyangka bahawa adiknya itu masih mengingati dirinya.

Tiba-tiba sebuah kerata Gen 2 muncul didepan rumah, Rozita keluar dengan muka yang agak cuak.
`Assalamualaikum mak... dah tanam ke mayat Aisyah tu?? Seekor lagi manusia yang buat masalah.bagus gak mati cepat-cepat..Ahmad..ko duduk sorang-sorang kat rumah, mak biar aku hantar rumah orang tua.Senang sikit dia kat sana` tiba-tiba Zita menjerit di dalam rumah.
Farhana hanya memerhatikan.. mendekati dan menghulurkan salam.
`kau, tudug je labuh, kau sama macam Aisyah jugak ke?? Kononya insaf la ni? Penyakit dah kena baru insaf..nasib mati kemalangan, tak mati menderita sakit.`
`apa yang kamu cakap ni Zita?kamu balik,kemudian menjerit jerit macam ni`
`mak!!!!Aisyah tu ada HIV.. ntah dari mana dia dapat.. lag bagus dia mampos sekarang`
`apa,Aisyah ada HIV?` jerit Ahmad.. `dik..maafkan abang..pasti abang puncanya`
Farhana cuba mengurangkan ketegangan..
Diceritakan kepada ibu Aisyah, Ahmad dan Rozita. Mereka menangis kerana tidak menyangkan banyak yang Aisyah tanggung selaman ini. Rozita dan Ahmad memohon ampun kepada ibunya. Ibunya tidak dapat melakukan apa-apa selain menangis.
Malam itu,farhana,Atikah dan Rozita tidur sebilik, Farhana menghulurkan sekeping surat kepada Rozita.
`Akak..ni tulisan Aisyah`
`Assalamualaikum kak Ita,adik tak tahu kenapa rasa nak menulias gak pada akak.Dah lama adik tak jumpa akak.. Akak mesti dah jadi doktor hebat kan. Adik lak..nak jadi cikgu.Alhamdulillah.cita-cita kita nak dapatkan ijazah untuk mak dah berjaya. Adik harap sangat akak akan kembali pada keluarga, kita sama-sama jaga mak.. Adik tak pernah berdendam dengan akak.. Akak,bila la adik akan jumpa akak,adik tak tahu pun akak kat mana.. Akak, adik rindu sangat akak..kak... Sabar ye.,.semua kesusahan ni,tanda Allah sayangkan kita..akak.. balik lah... hm.. `

Kini sekali lagi Rozita mengalirkan air mata,sedar dia ada banyak kesilapan, dia berazam untuk mengabil segala tanggungjawab yang selama ini ditinggalkan itu.

2 comments:

farisha_ipin said...

salam.
sgt berguna cerita ini~
thanks share~

MerPati tErbAng MenCarI ...... said...

welcome cayam
bila kita diuji..
ingatlah orang yang lebih teruk teruji dari kita
banyak nikmat Allah bagi
pesanan ni untuk akak sebenarnya =)