sAtU-- fAktA & SayA

Bismillahirrohmanirrohim...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
sedang berehat2 menanti zohor... pukul 2 nanti kena ke Anjung makmur.. untuk tolong pensyarah JIP hias booth.. untuk sambutan kehadiran TPM isnin ni...

kali ini.. terasa nak kongsi fakta SATU.. yang berkait dengan saya :)
pertama yang best pasal SATU.. lagu kat blog saya nie --- SATU cinta dari five STAR---
sangat suka :)




<3 apa lagi yang menarik pasal satu?? tak kan ni je..
ni fakta lain.. seorang kakak berikan pada saya..
`adik nak tips belajar tak??? ni dia... SATU`
S- SEDIA
A-AWAL
T-TUMPUAN
U-ULANGKAJI






Seterusnya-- satu.... erm..
ha... saya ni agak istimewa la.. he3.. belajar di IPT yang hanya ada satu kat DUNIA ni..
semua pelajar perempuan.. melayu..islam... nak jadi cikgu.. siapa tak cukup ciri2 ni tak dibenaran masuk ke INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU..
terasa berkat tinggal di bumi yang terjaga ni..
InsyaAllah.. kurang maksiat di sini...





Satu--- Saya hanya ada satu mak.. dan satu ayah..
hm.. tadi kawan saya tengok gambar makayah saya.. yang saya letak dalam purse..
dia cakap `anim... awak punya muka ikut mak`
saya jawab `mungkin kot.. tapi perangai saya ikut ayah :) ayah saya garang tahu...`

ps--- lepas perhimpunan tadi bergayut dengan mak..dan kakak.. bahagianya.. tak sabar nak menantikan 15.11.2010.. pukul 9.30 malam... :)



apa lagi yang satu ye--- Saya hanya ada satu agama... ISLAM..
agama yang saya yakini...
baru2 ni saya tengok satu dokumentari.. yang memberikan beberapa ayat al-quran.. yang dibuktikan dengan sains..
saya tak hafal.. tapi.. keyakinan saya bertambah..
nak share ke...
jap rujuk tafsir :)

kalau pasal Alam.. surah Al-ANbiya ayat 30 (21:30)
`dan apakah orang2 kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi dahulunya menyatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya ; dan kami jadikan segala sesuatu berasal dari
air,mengapa mereka tidak beriman?

kalau rujuk pasal ayat ni... ikut penerangan saintis tuh..
ni teori big bang kalau saya tak lupa..
di mana.. bumi ni dulu berpunca dari satu letupan.. adalah proses dia yang saya tak pasti-- mungkin orang sains boleh jelaskan...
ke dua... jadikan segala sesuatu berasal dari air--- hohohoho
contoh terdekat dan paling dekat..
saya dan kamu.. dari manakah kita???
jawab sendiri ye :)

SAINS TAMPA AGAMA LEMAH
AGAMA TAMPA SAINS BUTA











ish... datang lagi SATU perkara berkaitan dengan satu.. ni kawan saya kongsi dengan saya dulu..
`anim... kita orang islam... matlamat kita SATU je kan... Akhirat... dan dalam al-quran pun ada cakap kan.. dunia tak da ape2 pun.. kosong... `
jadi.. meh kita buat kiraan yang dibuktikan dengan matematik..
1=akhirat
0=dunia..

kita bahagikan mereka berdua ini..
yang pertama.. dunia bahagi akhirat.. dunia/akhirat.. dunia di atas..akhirat di bawah... atau... 0/1 .. jawapannya.. KOSONG..... 00000000OOOO0000OOOO

SEKARANG...
AKHIRAT bahagi DUNIA... akhirat/dunia... akhirat di atas... dunia di bawah... atau... 1/0.... jawapannya... INFINITI.....


kalau kita letakkan dunia di atas... jawapan terakhir.. tak de apa2 yang kita akan dapat.. kosong..
tapi kalau kita letakkan akhirat diatas... INFINITI..
kita dapat nikmat yang tak terhingga..

kan ada ayat yang mengatakan-- `syurga itu terlalu nikmat sampai tiada manusia dapat bayangkannya... walaumacam mane best pun kita bayangkan.. syurga lagi best....`








hadoi... tangan dah lenguh.. nak menaip macam banyak lagi--- ye la tu.. ha3..

yang terakhir bagi post SATU hari ini...



Apa yang ku kejarkan
CINTA YANG MAHA SATU..

wahai Tuhan.. ku tak layak ke syurgaMu.. namun tak pula ku sanggup ke neraka Mu..
banyak nikmat yang Kau berikan kepadaku..

semalam seorang kakak tanya pada aku--
anim cuba tanya diri anim..
`apa yang anim dah buat untuk islam??`

haiiyyyaaa.. tak de ape2 pun... :(
hape ni anim... hohohoho...


Ya Allah.. Tunjukilah aku jalan yang lurus...
hanya padaMu aku bergantung harapan..
akan ku teruskan pengembaraan ini..
melengkapkan taqwin hidup aku..
selagi ada waktu yang Kau izinkan..
akan ku terus berusaha dan bertahan.
walau diri ini banyak kelemahan..
tapi.. hakikat ini harus ku telan..
diriku ini insan pilihan..
untuk membawakan risalah kebenaran..
namun aku memohon keizinan..
tingkatkan bagiku ilmu dan pengetahuan..
kerana hati ini cukup bimbang..
jika Al-ghuffur mendatang..
penyakit hati bagi insan yang kurang iman..
kerana diangkat pada masa yang tidak bersesuaian...
hanya padaMu aku menyembah dan memohon pertolongan..


Tuhanku.... Allah Yang Maha SATU...

No comments: