bUat Yang BerkaiTan



IPG Kampus Perempuan Melayu
mengajar aku seribu satu ilmu tentang guru
berjuang bersama temanku
menangis bersama tidak berlagu

Mulanya.. ku kurang yakin untuk hadir ke sini
risau tidak mampu mengikut gaya hidup srikandi
kerana aku hanyalah seorang hamba ilahi
yang penuh kelemahan dan kekurangan pada diri

dalam meniti hari
diriku seringkali diuji..diuji..diuji
sehingga aku tidak menemui jalan untuk lari
kerana tarbiyah yang disandarkan kepada teman dari Ilahi
akhirnya aku memilih untuk `kembali`

ku kira.. aku berjaya menemui matlamat hidupku
mulut kian rancak berbicara tentang masalah masyarakat yang berlaku
kononya aku ni prihatin pada saudaraku
rupanya Dia ingin mentarbiyahkan pula hatiku
supaya apa yang dibuat bukalah untuk pujian beribu-ribu
tapi hati yang Ikhlas kerana Yang Satu

ku fikir.. dalam proses ini aku memerlukan penunjuk jalan
pastinya pilihanku inginkan orang beriman
lalu ku terima salam perkenalan
ukhwah yang di niatkan kerana tuhan
terus meniti berjalan berkongsi pengalaman
tentang kehidupan tentang pelajaran
kerana ditakdirkan kita sama bidang
namun... sudah ternyata syaitan itu ada pelbagai jalan
sehingga kita buta hati untuk menilai yang haq dan kebatilan
terima kasih teman
kerana engkau juga menguatkan aku
terus istiqamah berjuang
moga kau juga masih dalam pimpinan kebenaran.

Kini..aku masuk ke dunia baru
adik2 berada disekelilingku
menyerikan lagi indahnya dunia ciptaanMu
padahal ini hanya 1 rahmat buat hambaMu
tersekima aku.. betapa hebatnya Penciptaku
rasa kekerdilan mengetuk pintu hati ku..
malu untuk menjawab `sama2` apabila ada yang berterima kasih kerana ku tahu itu adalah dariMu..
malu untuk melanggar syariatMu..
aku begitu malu..malu..malu.. untuk bertemu dengan Mu
kerana aku tahu siapa aku..
Engkau tidak apa2 tampa ku..
tapi aku.. hancur tampaMu.
ya Allah..aku mohon tarbiyah dariMu..

kakak2 tersayang..
kalian sering menunjukkan jalan
menunjukkan contoh teladan
mengajar erti kasih sayang
mengajar hakikat ikatan sesama islam
sehingga tiada apa yang mampu untuk kuucapkan
bagi menggambarkan betapa hebatnya kau dipandanganku..
akan ku jadikan pedoman sepanjang zaman
kebaikan ku jadikan teladan, keburukan kujadikan sempadan
kerna ku tahu manusia ada kekuatan dan kelemahan
di situ juga ku belajar erti dada dilapangkan kerana kau tahu hakikat kehidupan..

buat teman2 tersayang...ana agak penat nie..
lain kali. ana tulis untuk sahabt2 lain kali ye.. enti2 semua special.. sebab tu.. kena adap ost special yang lain..he3..

No comments: