bUat Yang BerkaiTan



IPG Kampus Perempuan Melayu
mengajar aku seribu satu ilmu tentang guru
berjuang bersama temanku
menangis bersama tidak berlagu

Mulanya.. ku kurang yakin untuk hadir ke sini
risau tidak mampu mengikut gaya hidup srikandi
kerana aku hanyalah seorang hamba ilahi
yang penuh kelemahan dan kekurangan pada diri

dalam meniti hari
diriku seringkali diuji..diuji..diuji
sehingga aku tidak menemui jalan untuk lari
kerana tarbiyah yang disandarkan kepada teman dari Ilahi
akhirnya aku memilih untuk `kembali`

ku kira.. aku berjaya menemui matlamat hidupku
mulut kian rancak berbicara tentang masalah masyarakat yang berlaku
kononya aku ni prihatin pada saudaraku
rupanya Dia ingin mentarbiyahkan pula hatiku
supaya apa yang dibuat bukalah untuk pujian beribu-ribu
tapi hati yang Ikhlas kerana Yang Satu

ku fikir.. dalam proses ini aku memerlukan penunjuk jalan
pastinya pilihanku inginkan orang beriman
lalu ku terima salam perkenalan
ukhwah yang di niatkan kerana tuhan
terus meniti berjalan berkongsi pengalaman
tentang kehidupan tentang pelajaran
kerana ditakdirkan kita sama bidang
namun... sudah ternyata syaitan itu ada pelbagai jalan
sehingga kita buta hati untuk menilai yang haq dan kebatilan
terima kasih teman
kerana engkau juga menguatkan aku
terus istiqamah berjuang
moga kau juga masih dalam pimpinan kebenaran.

Kini..aku masuk ke dunia baru
adik2 berada disekelilingku
menyerikan lagi indahnya dunia ciptaanMu
padahal ini hanya 1 rahmat buat hambaMu
tersekima aku.. betapa hebatnya Penciptaku
rasa kekerdilan mengetuk pintu hati ku..
malu untuk menjawab `sama2` apabila ada yang berterima kasih kerana ku tahu itu adalah dariMu..
malu untuk melanggar syariatMu..
aku begitu malu..malu..malu.. untuk bertemu dengan Mu
kerana aku tahu siapa aku..
Engkau tidak apa2 tampa ku..
tapi aku.. hancur tampaMu.
ya Allah..aku mohon tarbiyah dariMu..

kakak2 tersayang..
kalian sering menunjukkan jalan
menunjukkan contoh teladan
mengajar erti kasih sayang
mengajar hakikat ikatan sesama islam
sehingga tiada apa yang mampu untuk kuucapkan
bagi menggambarkan betapa hebatnya kau dipandanganku..
akan ku jadikan pedoman sepanjang zaman
kebaikan ku jadikan teladan, keburukan kujadikan sempadan
kerna ku tahu manusia ada kekuatan dan kelemahan
di situ juga ku belajar erti dada dilapangkan kerana kau tahu hakikat kehidupan..

buat teman2 tersayang...ana agak penat nie..
lain kali. ana tulis untuk sahabt2 lain kali ye.. enti2 semua special.. sebab tu.. kena adap ost special yang lain..he3..

caTaTan hAti


Alhamdulillah.. saya masih berkesempatan untuk terus hidup dibumi Allah ini.. Jam menunjukkan beberapa minit lagi.. akan menjengah pukul 1 tengahari... Sedikit kepenatan kerana baru sudah basuh baju,lepas balik kuliah ganti sebentar tadi.. sambil tunggu baki baju yang saya mintak `encik washing mechine` basuhkan tadi.. he3...
tapi bukan semua, ada beberapa baju2 tertentu..saya tetap kena basuh tangan..walaupun agak pedih (tangan konon2nya sensitif dengan sabun..ngeh3)
sedang buat blogwalking tadi.. saya tersinggah kat satu blog kakak senior..
yang bertanya pada diri dia.. sepanjang aku hidup..apa yang aku telah buat untuk agamaku??
soalan dia tu..buat saya tanya diri saya.... soalan yang sama..
tidak keterlaluan jika saya katakan, kat sekeliling saya ramai srikandi2 yang hebat agamanya, akhlaknya,praktikal ilmunya.. baih solehah wujud di kampus ni walaupun tidak terkecuali dari kontroversi.. biasa ler tu..
dalam proses membina diri untuk jadi seorang guru,banyak yang saya belajar kat sini.. walaupun macam sibuk..tapi kesempatan untuk mencari ilmu agama tu tetap ada
thank untk semua pensyarah dan ajk2 yang selalu buat program :)
hari ini besday rakan kompartment saya.. dah 19 umur dia..
saya pula..
bakal menyusul...
malu nak mengaku umur dah 19 dengan akhlak dan ilmu yang macam budak2 ni.. adush...
ntah bila saya mampu betul2 kuat untuk istiqamahkan diri saya....
moga Allah memberi saya peluang..
setiap manusia ada `turning point` masing2..
moga2 tuning point saya bermula ramadhan ini..
saya terasa sangat, saya lebih menghayati ramadhan ini dari sebelum2 ni
tapi belum sepenuhnya.. cuma mungkin ok sikit dari dulu..
thanks to kak lisa..
yang sentiasa tolong `membebelkan` kat adik2 kopartment yang tak bangun sahur ni..
ya akak.. nanti kami bangun ye.. akak kejut kami boleh??
kami sahur..tapi minur air masak je..sebab tu tutup lampu :)
papepun.. sayang akak.. nim suka orang ambil tahu pasal nim..
terasa macam ada kakak kat sini :)
tapi..memang ramai kakak pun..
hurm.. kena stop nie.. baju mesti dah siap.. out..

masyaAllah.. Rindunya kaT Mak..


sedang berahat-rehat kepenatan menyiapkan tugasan yang masih belum siap.. ana membuka galeri halwa telinga dilaptopn ana nie.. terpasanglah sebuah lagu.. `setia seorang isteri`
tiba2 hati ana sayu. teringatkan mak.. mak ana.. mak...
adik rindu sangat kat mak...
hurm... kat depan mak.. malu nak bahasakan diri adik :)
mak panggil i@ela.. he3.. ana plak bahasakan diri.. orang..ataua ambe (loghat tganu)
ayah masih lagi setia menggelarkan ana adik @ i@ela ..
kakak2.. abang2.. masih ada yang kekal dengan panggilan adik.. bila gaduh.. engkau ler.. he3.. tapi semua dah besar,dah kawin.. tak da nak gadoh2.. jarang jumpa.. kakak2 abang2 semua.. ila sayang kamu semua..
kak na.. kakak sulung.. seorang wanita tabah ,walaupun hidup penuh dengan ujian.. kak na masih lagi kuat, adik mu ini sentiasa berharap akak bahagia meniti hari2 baru yang kian menampakkan mentari.. alhamdulillah...
abang cop.. seorang abang yang kuat, walaupun bangcop diuji dengan ketiadaan zuriat.. adikmu ini berdoa,moga bangcop akan terus bersabar sehingga rezeki itu akan tiba..bangcop abang yang baik.. banyak berkorban untuk adik..abang yang paling setia memanggil ila..adik.. akan adik balas segala jasa bangcop pada adik..walaupun bangcop tidak berpendidikan tinggi.. tapi adik tetap bangga dengan abang cop..abang yang cukup penyabar dengan kegiatan adik bongsu yang suka `kidnap` duit bangcop dulu.. `kidnap` motor bangcop bila bangcop tidur.. rindunya nak berbuka dengan abang.. dulu kita berdua je tinggal kat rumah.. dapat la makan sedap2 hasil duit bangcop ;p

bence.... abang yang selalu berkorban untuk keluarga. walaupun kita tidak rapat..adikmu ini faham..abang terlalu banyak tanggungjawab.. adikmu ini malu dengan setiap bulan bence kirimkan duit pada ila.. tapi terpaksa ambil juga pasal tak minta duit dengan makayah.. bence... adikmu ini akan selalu mendoakan kebahagiaanmu bersama-sama keluarga.. terima kasih kerana selalu nak pukul ila bila tak nak pergi sekolah dulu :p kalau tak kena pukul.. jadi apelah sekarang ni..tapi bence tak pernah pukul ila.. bula selalu la!!!

bang wi.. adikmu ini menyanyangimu.. abang... masa kian hampir.. kembalilah kepada yang sepatutnya.. pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita.. ila gembira tengok perubahan abang sekarang..terus duduk rumah ye?? tunggu ila balik.. hurm.. abang.. sebelum abang pergi dulu..abang paling rapat dengan ila tau.. bila abang pergi..bilik abang ila guna... tapi bila abang kembali.. dah banyak perubahan kat rumah kita.. dari ila f0rm2..sekarang ila dah 19tahun.. alhamdulillah..Allah izinkan ila jumpa abang lagi..

bangha.. abang pembuli.. banyak kenangan kita bersama.. selamat datang kerumah :) serikan rumah yer.. kerja kat tganu pun ok pe..ada juga kak mas..dengan yusra menyerikan rumah yang kian `basi` tu.. jom pakat berbuka sama2 nanti :)

kak mek.. kakak ku yang kecik tapi garang.. akak banyak tolong ambe.. masuk maktab pun.. kome yang isikan :p terima kasih... semoag berbahagia bersama suami tersayang.. nak anak tercinta.. abang min.. si amjad comel tu.. he3...
ambe tak kan lupankan jasa mek pada orang..sampai bila2..

kak ra.kakak ku yang sangat3..... kuat.. kak.. adik sayang sangat akak.. semoga akak bahagia dengan suami akak. bangli.. dan penyeri hidup akak..aniq.. adik doakan.. akak akan bahagia hingga ke syurga..amin2...jumpa raya nanti yer..selamat balik kampung jugak!!!selamat balik tganu secara permenant gak..tinggalkan perak tu.. ngeh3.. jangan gi sabah dah.. hu3..

kak mas.. kakak ku..yang selalu gadoh dulu..he3..
tapi ambe tetap sayang hang mas..
semoga akak terus bersabar..walaupun telah 2 kali kegururan
insyaAllah.. rezeki itu akan datang... amin...
jumpa raya yer???

anak2 saudara..
aiman----mak ila harap, aiman dapat berubah.. jangan jadi baik depan mak ila je.. belakang mak ila buat perangai.. syukurilah nikmat yang Allah bagi pada awak..
syahaqirien--- mak ila syang syaqirien.. mak ila harap..awak dapat tutup aurat dengan sempurna..InsyaAllah.. ayah awak imam.. awak kena sedar tu ... jadikan diri kamu wanita berharga yer..
aidid---- mak ila sayang aidid.. anak saudara paling penyabar..
iwan---- walaupun kita tiada nasab..telah ditakdirkan.. iwan jadi anak sedara mak ila.mak ila mintak maaf..mak ila garang..tapi garang mak ila bersebab..mak ila marah kalau awak tak nak pi mengaji..tak nak pi sekolah.. (sama cam mak ila dulu).. jangaj jadi cam mak ila..ok...
amsyar-----budak comel..tapi nakal..mak ila suka belanja awak makan aiskrim..
nabila-- anak sedara.. perempuan yang banyak cakap :)
iman-------- jangan kacau bilaukan rumah lagi ye iman.. he3..
amjad------- tak sabar nak tgk amjad lari depan mak ila..dulu mak ila jaga awak..seronoknya..
aniq------awak pun dah pandai lari.nanti lari dengan mak ila yer.... budak montel.
yusra----- anak saudara perempuan yang terakhir.. he3... nama awak mak ila bagi.. awak lahir..mak ila iqamahkan :)

abang ipar..kakak ipar-- banglan,kak lah, kak aya, kak mas, bang min,bang adi,bang ya.. selamat datang ke famly kami.......
the most important person in my life..
Ayah------------------------- adik sayang ayah (tapi belum terucap)
mak_-------------------------- orang yang paling adik sayang (belum terucap)

wallahualam..

Alhamdulillah..All praises to Allah

THANK YOU ALLAH

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله

\

lagu febret sekarang....

SibUknYeR sAya...



Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk melepaskan kelelahan di sini.
beberapa minggu ni dan minggu akan datang jadual tersangatlah pack..tapi saya yakin, saya bukan melalui semua ni sendirian... Setiap orang ada ujian masing2....

Semalam kalau ikut, nak berehat siapkan berpuluh assigment yang menuntut perhatian..tapi..
dari pagi.. pergi kuiz PNB.. sampai pukul 11..
kemudian bergerak ke perpustakaan negeri melaka untuk mencari bahan..
Alhamdulillah.. dapat sorang sahabiah baru.. saudari azizah dari smka sultan muhammad..
melepak menghabiskan masa kat sana..plan nak pergi pasar malam..jadi.tepat pukul 4.45.. kami solat.. dan bersedia ke pasar malam..
tunggu pak cik datang amik.. tunggu2..
berpuluh2 call.. skali pak cik cakap..pak cik lupa dah..
sabaw je le :)
pukul 6.15 baru pak cik sampai..kami nak jugak pergi pasar malam..tapi.....
pkul 7 dah kena masuk asrama ni..mesti tak sempat.. pergi pasar malam..
jalan jem plak dah,....
kami turun membeli dengan cepatnya.....
jam menunjukkan pukul 6.55... kami pun telefon warden (ikut prosuder..nanti kena sakit wooo00ooo)
akhirnya..sampai lah kami ke asrama selepas azan magrib.....
terus solat magrib.........
kemudian terus berkumpul untuk makan.. dan musyawwarah pasal :
laporan yang warden mintak pasal malam math yang penuh tragedi tu..
masalah sahabt2 yang tak de tiket nak balik kampung
dan assignment... aduh..........tak dapat lepak kat halaqah semalam......
pukul 9..pergi bilik kawan(kawan kat bilik saya ) untuk solat pasal penuh kat bilik saya..tak muat nak solat..he3......
terus bersenam.. mintok tolong mesin basuhkan baju .....
dan tangan basuh baju kurung tu.......
sampai pukul 10.45(siap dengan sidai)
kawan pun masuk bilik dia..yang memang sedia ada saya di dalam.....
borak2.. makan murtabak dengan muka mengantuk dan penat.........
tidur.........
kemudian............
tidur 12.30
pukul 4.30 tak dapat tidur.
bangun termenung jap.
tidur bangun 6.15.........
sambung tidur.rancang sampai pukul 8.15 sebelum ikut kawan pi kuliah dhuha..
tiba pukul 7.30.. ada pengumuman spotcheck....... jadi naik bilik dulu..siapkan diri...
hu3. roomate bagitahu..ada spotcheck pukul 6.30 tadi...
ada kes....hu3....(lupakan)
laksanakan spotcheck.. berkumpul.. baca yasin.. masih tak dapat menjejaki..
pukul10.30 baru selesai.
masuk bilik balik.terus tidur sampai 1.45..... kejam tak.......
lepas zohor..tidur lagi sampai 4.40...........
hebat tak??
ya Allah... hurm.........
rasa penat sangat......
keadaan ni akan berterusan.. pasal lagi 2 minggu kena pi merdeka..jadi ada 12 hari kena ganti kuliah........
beratus jugak jamnye tu.......hu3..
assgment......
Moga urusanku dipermudahkan.amin3............

pErKongSiaN uSraH


Alhamdulillah..semalam masih diizinkan Allah untuk pergi usrah walaupun kekangan masa yang teramat..alamak!!taklifan untuk esok..sirah Nabi Nuh..belum cari lagi..he.(skip jap).
Usrah semalam dimulakan dengan satu ayat oleh kak ti.
Surah An-Nur ayat 40 : yang membawa kepada macam ni la maksudnya.. orang tak bersyukur pada nikmat Allah adalah orang paling rugi..
ana hanya tunduk..diam..malu..
Lepas tu..Bada mula perbentangan.. tajuk Kufur dan jahiliyah.
mula2 Bada tanya,apa pendapat korang pasal jahiliyah?bila dia start dan sampai bila??
macam2 la jawapan yang diberi.. pastu ... Bada pun cakap..
duli Bada pun ingat macam tu..tapi.. lepas baca...rupa2nya..
JAHILIYAH BERMULA SEJAK NABI ADAM HINGGA SEKARANG.
jahiliyah ni orang macam mana??
orang yang menolak hidayah dan petunjuk Allah..
banyak yang dibincangkan..
berangkai2.. dan seronok :)
Untuk reflek diri.. ni ciri2 orang jahil:
tak beriman pada Allah
jalankan hukuman ikut hawa nafsu
menyembah taghut
tenggelam dalam nafus shawat...

kemudian,tiba2 teringat soalan kawan ana tanya ana dulu waktu kami `dating` kat bandar kuala terengganu.
`Anim.. apa pendapat anim.. beza antara orang beriman dan orang bertakwa??`
lalu saya jawab la sekadar termampu.. kemudian,kerana timbul isu semalam..saya ajukan balik soalan tu pada usrah saya..
kemudian.. diizinkan Allah dapat lagi satu maklumat baru...
manusia ni..stage dia macam ni
islam---------iman---------taqwa-------ihsan ......... oooo00000000ooooooo ye ke... baru tahu :) (tu la ucapan ana dalam usrah tu..ngeh3..)

ps: good luck untuk test esok :) dah3.... pi mandi cepat... malam ni ada program dari salah seorang sukarelawan pi Gaza naik kapal marmara tu..nak kongsi pengalaman..ape ntah nama dia..mungkin.. Dr.Ir Selamat.... kot.. out..... :)

mALam TraDiSi MatH









untuk kawan-kawan.. kak long.. kak ngah.. kak uda.. kak chik.. kak lang2 ni.. dan adik2 semua... nie ler gelagak kita malam tu :)

geDebUk..bUah nAngkA jaTuh..


Alhamdulillah.. menerima sedikit kifarah dosa hari ni..ngeh3..
on da way balik sadari toilet tadi.. dengan perut lapar.. berkejar nak buat air dan nak makan pasal tak makan dari malam semalam.. tiba2.. gedebuk!!!
selipar jepun yang licin itu.. mengorat dengan air..alu tergelincirlah saya.. kakak senior pula,yang nampak dari bawah.. tersenyum sinis.. saya pula menanggu sedikit malu dan sakit..roomate saya berlari keluar..mencari punca bunyi yang dia dengar tadi..rupanya roomate dia yang jatuh..
dan dengan tiba2.. saya jadi senyap...
tak nak bercakap sangat...
p/s.. masih terkejut dan sakit disebelah tangan kanan...
he3...