tRaVeLog sEoraNg Da`i..





Alhamdulillah.. elaun kali ni, aku berkesempatan membeli sebuah lagi buku,
travelog seorang da`i.. tidak pernah ku kenal perkataan itu sebelum ini.. sehingga menjejakkan kaki ke IPG KPM ni..barulah segalanya bermula...
buku ni telah banyak kali ku lihat, tapi buat tak endah je.. tapi bila ustazah Salbiah yang mencadangkan.. aku nekad untuk tahu apa isi di dalamnya..
Syukur.. walaupun duit agak semput, Allah bagi rezeki melalui kakakku yang bagi 60% untuk beli buku ni..he3.. moga pahala yang ku dapat tu..dapat dikongsi bersama kakak... InsyaAllah...

Kedatangan aku ke ipg kpm memang membawa satu hajat yang besar iaitu tarbiyah.. hati aku yang cukup dahagakan kebenaran memaksa aku mencari,mencari dan mencari ilmu..walaupun terkadang aku rasa sesak..rendah diri.. malu.. lemah.. kerana disekeliling ku semua insan2 yang dekat dengan Dia dan memang expert sangat dah.. aku pula.. baru bertatih.. namun.. demi agamaku.. aku perlu rendahkan diriku..turunkan ego ku.. untuk mendampingi insan2 yang boleh memberi tempias ilmu kepadaku...

pernah aku ditegur sahabat, ana senior yang berkecil hati dengan ku.. kerana rapat dengan kakak bisa.. dan tak ramah dengan kakak yang jarang jumpa kat bisa walaupun satu blok.. apa yang mampu aku jawap..aku tak sangka ada insan yang memerhatikan kelakuanku.. aku tidak berat sebelah pada sesiapa..isu aku rapat dengan kakak bisa tak timbul.. tapi secara automatik..dengan orang tu kita selalu jumpa, dengan orang tu la kita senang berinteraksi..sungguh, aku tak memilih siapa kawan2 ku.. tak layak aku untuk semua tu.. aku ini bukan sesiapa.. aku sayang semua saudara seagamaku.. tak mungkin bagiku untuk tegur semua orang.. aku tak nak di cop `mencapub` he3.. cukuplah Allah tahu niatku dalam berukhwah..aku bersedia menerima sesiapa saja yang sudi menjadi sahabatku.. datang la ke bilik b231.. anda akan diraikan.. insyaAllah :)

kisah travelog seorang da`i cukup menyentuh hatiku.. jika aku rasakan .. aku sudah terlewat menerima hidayah dariNya..aku silap, kerana ustaz abdul rahman.. awal 20-an baru dia berkehendak pada agama.. di sini aku dapat lihat, kebenaran tentang hidayah itu milik Allah.. jangan sesekali cop orang tu jahat atau ape2.. pandang diri kita ni.. sejauh mana hubungan kita dengan Dia..jangan terlalu menhukum orang..tapi bantulah mereka.. percayalah.. setiap hati hajatkan kebaikan...

putus asa..... langsung aku tak nampak pada ustaz.. hidupnya.. di uji.. di ujii.. dan terus diuji.. aku jadi malu pada ustaz.. aku punya ujian punyalah kecil.tapi menangis 40 hari 40 malam... aku terlalu lemah.. namun, ku tutup kelemahan itu dengan meletakkan kebergantunganku pada Dia.. aku mohon agar dia akan terus menbantuku.. aku lemah bersendirian.. melalui kebergantungan pada Dia sahaja aku merasa kuat.. terima kasih Allah...

tak kenal erti penat.. aku hanya sebagai guru pelatih... namun merungut macam kerja 24jam sehari.. tapi ustaz.. tukang paip.. potong besi.. macam2 lagi... argh... aku makin ,malu..malu pada Allah.. malu pada ustaz..malu pada diriku... ampunkan aku ya Allah...

banyak refleksi diri yang aku telah buat melalui buku ni...
moga ada perubahan yang akan ku amalkan melalui pengajaran buku ni.. yang Allah ilhamkan kepada ustaz untuk disampaikan kepada hati2 yang hajatkan kebenaran.. wallahualam..

travel seterusnya------>(sedang cuba mendalami kisah masyarakat zmaan dulu..buku tu terlalu tebal..jadi bed time story je.. ngeh3.. mingguexam dah dekat.. jadi.. kena dahulukan mana yang patut di dahulukan la...)

No comments: