sUraT daRi SaHabaT





Ya Allah, Aku begitu bersyukur kerana Kau telah cantumkan Hati Kami untuk Kembali ke Jalan Mu...

Ya RAbbi...


Kiranya telah begitu lama aku doakan sahabatku ini...
aku begitu mengharapkan agar dia dalam pemeliharaanMu...
Aku begitu tiada daya yang menandingi hebatnya KekuatanMu ya Allah...


Sahabatku ini merindukan aku, Rindukan sesuatu dariku..
Namun senadainya aku tidak mapu menafsirkannya.. aku begitu memohon agar Kau sudi untuk mengabulkan permintaanku...




.......Tenangkanlah hatinya.......
Ya Rabbul Izzati...

Kiranya manusia takkkan lepas daripada kesalahan, aku begitu Yakin dengan UjianMu, kerana Engkau begitu memerhatikan kami...

Sahabat, Aku Begitu Menyayangimu... Apa yang aku begitu Takutkan... Akhirat menjadi pemisah yamg Hebat antara kita... aku takkan membiarkanmu... kau tetap sahabatku
dedikasi khas:buat sahabat dunya akhirahku..'merpati terbang'
sumber:sahabatku wahida amalin~


*"Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi,nescaya ia benci sesuatu yang remeh.Ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia benci kehinaan.Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung,nescaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara.” jdlah seperti merpati utk terbang tinggi demi meraih jannah yg dijanjikan~~~

daripada sahabatku di iptho-siti aisyah meor kamarulzaman..

EgOnya SaYa..




Alhamdulillah,aku diizinkan lagi menarikan jari di pentas keyboard ni.. tergerak hati untuk membuat reflkesi... kerana selang beberapa minit tadi.. Ego ku berada di kemuncak.. Betapa kurang bijaknya aku membuat keputusan..
Dari semester satu aku menunggu panggilan itu.
. dari 13 julai 2009 aku menunggu.. agar aku mendapat panggilan itu.. aku menangis kerana tak dapat panggilan itu waktu aku benar2 memerlukannya..
pagi tadi, dalam perjalanan turun tangga, untuk pergi ke baitul qurra`.. aku rindukan dia.. aku menelefon dia.. panggilan ku diangkat, tapi insan yang ku rindu itu tiada.. namun, mendengar suara si penjawab itu pun cukup untuk membuatkan air mataku menitis kerinduan..
sedang aku berehat.. teelfon ku berbunyi.
. panggilan daripada insan yang ku sayang.. namun....
hurm.. panggilan yang aku nanti2kan.. namun.. egoku.. aku membiarkan panggilan itu..

kejamkah aku?? ya!! aku kejam.. maafkan aku..
aku tak mampu...

moga pintu hatiku terbuka, untuk menyayangimu sepenuh hatiku.. amin.. aku ingin mencintaimu sepenuh jiwaku.. namun terkadang, pengalaman membuatkan ku ego..
maafkan aku.. satu hari nanti.. hati ini akan jadi milikmu.
. kerana itulah yang wajib ku lakukan padamu.. maafkan aku...

tRaVeLog sEoraNg Da`i..





Alhamdulillah.. elaun kali ni, aku berkesempatan membeli sebuah lagi buku,
travelog seorang da`i.. tidak pernah ku kenal perkataan itu sebelum ini.. sehingga menjejakkan kaki ke IPG KPM ni..barulah segalanya bermula...
buku ni telah banyak kali ku lihat, tapi buat tak endah je.. tapi bila ustazah Salbiah yang mencadangkan.. aku nekad untuk tahu apa isi di dalamnya..
Syukur.. walaupun duit agak semput, Allah bagi rezeki melalui kakakku yang bagi 60% untuk beli buku ni..he3.. moga pahala yang ku dapat tu..dapat dikongsi bersama kakak... InsyaAllah...

Kedatangan aku ke ipg kpm memang membawa satu hajat yang besar iaitu tarbiyah.. hati aku yang cukup dahagakan kebenaran memaksa aku mencari,mencari dan mencari ilmu..walaupun terkadang aku rasa sesak..rendah diri.. malu.. lemah.. kerana disekeliling ku semua insan2 yang dekat dengan Dia dan memang expert sangat dah.. aku pula.. baru bertatih.. namun.. demi agamaku.. aku perlu rendahkan diriku..turunkan ego ku.. untuk mendampingi insan2 yang boleh memberi tempias ilmu kepadaku...

pernah aku ditegur sahabat, ana senior yang berkecil hati dengan ku.. kerana rapat dengan kakak bisa.. dan tak ramah dengan kakak yang jarang jumpa kat bisa walaupun satu blok.. apa yang mampu aku jawap..aku tak sangka ada insan yang memerhatikan kelakuanku.. aku tidak berat sebelah pada sesiapa..isu aku rapat dengan kakak bisa tak timbul.. tapi secara automatik..dengan orang tu kita selalu jumpa, dengan orang tu la kita senang berinteraksi..sungguh, aku tak memilih siapa kawan2 ku.. tak layak aku untuk semua tu.. aku ini bukan sesiapa.. aku sayang semua saudara seagamaku.. tak mungkin bagiku untuk tegur semua orang.. aku tak nak di cop `mencapub` he3.. cukuplah Allah tahu niatku dalam berukhwah..aku bersedia menerima sesiapa saja yang sudi menjadi sahabatku.. datang la ke bilik b231.. anda akan diraikan.. insyaAllah :)

kisah travelog seorang da`i cukup menyentuh hatiku.. jika aku rasakan .. aku sudah terlewat menerima hidayah dariNya..aku silap, kerana ustaz abdul rahman.. awal 20-an baru dia berkehendak pada agama.. di sini aku dapat lihat, kebenaran tentang hidayah itu milik Allah.. jangan sesekali cop orang tu jahat atau ape2.. pandang diri kita ni.. sejauh mana hubungan kita dengan Dia..jangan terlalu menhukum orang..tapi bantulah mereka.. percayalah.. setiap hati hajatkan kebaikan...

putus asa..... langsung aku tak nampak pada ustaz.. hidupnya.. di uji.. di ujii.. dan terus diuji.. aku jadi malu pada ustaz.. aku punya ujian punyalah kecil.tapi menangis 40 hari 40 malam... aku terlalu lemah.. namun, ku tutup kelemahan itu dengan meletakkan kebergantunganku pada Dia.. aku mohon agar dia akan terus menbantuku.. aku lemah bersendirian.. melalui kebergantungan pada Dia sahaja aku merasa kuat.. terima kasih Allah...

tak kenal erti penat.. aku hanya sebagai guru pelatih... namun merungut macam kerja 24jam sehari.. tapi ustaz.. tukang paip.. potong besi.. macam2 lagi... argh... aku makin ,malu..malu pada Allah.. malu pada ustaz..malu pada diriku... ampunkan aku ya Allah...

banyak refleksi diri yang aku telah buat melalui buku ni...
moga ada perubahan yang akan ku amalkan melalui pengajaran buku ni.. yang Allah ilhamkan kepada ustaz untuk disampaikan kepada hati2 yang hajatkan kebenaran.. wallahualam..

travel seterusnya------>(sedang cuba mendalami kisah masyarakat zmaan dulu..buku tu terlalu tebal..jadi bed time story je.. ngeh3.. mingguexam dah dekat.. jadi.. kena dahulukan mana yang patut di dahulukan la...)

aKu MohOn

Ya Allah..
aku ini hamba yang lemah..
masih awal diriku dalam proses tarbiyah..
dan terlalu awal kurasakan diriku ini diuji..
namun, bukan takdir yang ku salahkan..
jika ujian ini satu tanda untuk ku buktikan kesungguhanku..

saLam mUjahaDah..




Bismillahhirrohmannirrohim.. sudah lama blog ni tak diupdate.. malas nak turun rehat.. layan blog sat.. mujahadah.. proses mengawal dan melawan nafsu...
mungkin itu antara proses tersukar bagi manusia yang ingin berubah.. semalam, seorang sahabat memberitahu ana.. betapa berat dia rasakan..
tidak lama lagi akan menjadi imam ditempatnya.. oleh itu, ilmu..akhlak.. dan segalanya perlulah dipertingkatkan..bukanlah kerana pandangan manusia..mungkin itu kerana kesedaran dia.. Alhamdulillah.. kepada teman.. bersabarlah menhadapi ujian ini... percayalah bahawa ujian itu pasti akan kita dapat tempuhi..dengan sabar..
dalam proses nak baiki diri..memang agak sukar.. pak tan lagilah kuat godaan dia pada kita...
alfatihah ayat 5... hayatilah.. moga disitu timbul kekuatan... Allah telah tunjukkan kita jalan.. pada teman.. pada ana.. InsyaAllah... hanya menuggu tindakan kita untuk meneruskan peluang itu atau membiarkan sahaja.. yakinlah dengan janji Dia... serahkan segalanya kepada Dia..
ingatlah bahawa Dia lebih tahu apa yang kita perlukan..
Dia beri apa yang kita perlu.. bukan apa yang kita nak...
teman... ALbaqarah.. ayat 216...
Moga kita dapat pengajaran daripada ayat itu.. Moga Allah sediakan yang terbaik untuk kita... Berdoalah jika kamu menginginkan sesuatu.. namun jika kamu tidak dapat..
Yakinlah apa yang diberikan kepadamu adalah yang terbaik buat mu...
Salam mujahadah teman.. laksanakanlah amanah yang diberi semampunya.. mohonlah padaNya... selamat berjuang... salam kuat kerana Allah... teman......
jagalah hatimu..
dan izinkan aku menjaga hatiku...

afwan....