mAkNa SeKepInG MeseG...




sekiranya kamu gelisah kerana dendam, maafkanlah.. kerana dengan memaafkan, kamu akan bebas... kiranya kamu gelisah kerana pekerjaan yang sedang kamu lakukan, buatlah setakat mana yang kamu mampu, serahkan selebihnya pada Allah.. kerana Dia yang menentukan segalanya. Sekiranya kamu gelisah kerana orang yang kamu sayangi, ingatlah Allah lebih menyayangi mereka berbanding dirimu, dan sekiranya kamu gelisah kerana ditimpa musibah, itu tandanya Dia menyayangimu dan masih mengingatimu... ingatlah, Allahsentiasa bersamamu...
cukup indah meseg yang ku terima semalam.. hatiku kegersangan..lalu ku melangkah ke BIsa.. mencari sedikit ilmu.. Alhamdulillah.. aku jumpa sahabat fillah ku.. ramai sangat insan2 yang ku sayang berkumpul di sana. Kami sama2 berkongsi ilmu.. MasyaaLlah... aku belajar cara praktik tayammun.. Alhamdulillah.. aku lebih faham.. pulang ke bilik.. ku lihat meseg yang ku dapat daripada seorang hamba Allah yang turut ku sayang keranaNya..
SubhanaLlah.. SubhanaLlah.. SubhanaLlah..
aku terdiam.. aku terasa bagai meseg ini.. teguran dariNya.. melalui hamba itu..
ingin aku menangis.. malu pada Dia...
setiap rangkap ayat tu.. bagai menerangkan apa yang tersirat dihatiku..
sekiranya kamu gelisah kerana dendam.. maafkanlah..kerana dengan memaafkan.kamu akan bebas.. kerana kelemahan iman ini.. terkadang aku melakukan perkara ini.. aku merasa ingin membalas apa keburukan yang orang buat kepadaku.. namun cepat2 ku istighfar..aku.. aku.. terkadang bila aku marah..aku sedih.. aku menharapkan agar orang yang melakukan perkara itu kepada ku akan mendapatkan balasan yang sama.. aku gembira dengan kata. manusia akan terima balik apa yang dia buat kat orang.. aku pun cakap dalam hati.. pada muka kamu.. ooo buat aku macam ni.. nanti kau akan rasa apa aku rasa.masa tu baru kau sedar... ha3... astagrfirullahalazim... dendam namanya tu nim...
biarkan orang melakukan apa saja padamu.. teruskan..niatkan kerana Allah. la tahzan nim.. setiap kebaikan kau buat..pasti dalam hisabNya.. nim.. jangan berdendam.. mereka dengan cara mereka.. namun jangan biarkan kamu terjerumus dengan cara mereka..
kata ustad fuad.. seoranh Dai` tak boleh merungut kalau orang yang sukakan kebaikan tu sikit.. itu hakikat.. yang penting.. usaha!! kerana setiap hati hajatkan kebaikan...
kiranya kamu gelisah kerana pekerjaan yang sedang kamu lakukan, buatlah setakat mana yang kamu mampu, serahkan selebihnya pada Allah..
aku terpandang pula ayat ini.. waktu ini..aku dalam kesibukan.. 2 hari aku hanya dapat tidur 3 jam..aku pula bukan dari spesisi tidur lambat.. mujur aku tak pengsan..tak sempat nak makan sampai tangan menggigil.. tadi guruku menasihatiki.. nim.. buat kerja.. ikut kemampuan.. jangan siksa diri awak..jangan buat kerja orang lain.. baik berpada2.. jangan biarkan orang kuda2 kan awak.. aku angguk.. dan termenung.. aku sibuk.. hm.. tak pe.. aku srahkan segala hisabNya kepada Allah.. buat rakan2 ku sayang.. kamu semua terlalu banyak mengajarku tentang erti kehidupan..terima kasih.. untuk segala bantuan.. segala kerjasama..semangat.. MasyaaLlah..
Sekiranya kamu gelisah kerana orang yang kamu sayangi, ingatlah Allah lebih menyayangi mereka berbanding dirimu,
aku juga bersyukur.. kerana kesibukan ini.. aku `lari`..
aku `bebas`..
alhamdulillah..
dan sekiranya kamu gelisah kerana ditimpa musibah, itu tandanya Dia menyayangimu dan masih mengingatimu... ingatlah, Allah sentiasa bersamamu...
Allah.. aku hajat cintaMu selamanya..





No comments: