KaLau Tak BoLeh JaDi... JaDilaH.....


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
aku diuji semalam..
airmata ku tak mampu ku tahan lagi..
namun bukan berpunca kerana orang disekeliling ku
tetapi kerana kelemahan diri aku sendiri..
Tuhan.. hanya padaMu aku menyembah dan PadaMu juga aku meminta tolong
Sungguh.. aku hajat jalan yang lurus daripadaMu Allah..amin..
mengenangkan kesedihan yang agak kritikal semalam..
aku pun berfikir dan membuat sedikit refleksi atau kata lain muhasabah diri..
pagi tadi aku bangun dengan satu semangat baru... Alhamdulillah..
Allah izinkan aku berfikiran positif..
sementara menunggu guruku masuk.. aku pun menulis untuk memujuk hati ini...
kALau Tak bOleH JAdi....JAdiLAh...
macam pelik saja..tAPI aku sengaja menggunakan ayat pelik ni..
buat aku berfikir..dan mungkin juga orang yang membacanya berfikir.. InsyaAllah..
biarlah aku kongsikan apa aku dapat daripada muhasabah ku semalam.
kalau kamu tak boleh menjadi panglima,
jadilah askar..
fikirkan wahai insan, jika semua orang ingin menjadi panglima,
apa akan terjadi,
ingat.. kekuatan pasukan itu bergantung kepada askarnya,
askar itu fungsi yang penting,
tampa askar.. bisakah panglima menang?
kalau tak boleh jadi pokok, yang menghasilkan buah yang ranum,daun yang rendang untuk berteduh, jadilah rumput, tenangkan hati hati yang gusar itu apabila melihat dirimu,
biarkan dirimu dipijak, kerana itulah fitrah rumput,biarkan kamu diragut haiwan kerana itulah takdir hidupmu.Setiap yang berlaku itu telah Allah caturkan yang terbaik buatmu.Kesusahan yang engkau hadapi itu adalah amanah Allah kepadamu..
jika kamu tidak boleh menjadi bangunan yang tersergam indah,
cukuplah engkau menjadi sumur dikebun,
hanya insan2 tertentu yang mengetahui perananmu.Ingat..
walaupun kau tidak layak berada dalam keadaan yang cantik dan dikagumi..tidak mengapa..kerana sumur itu masih diperlukan.
bukan kuantiti baktimu yang dikira,
bukan nilai estatikmu yang diukur,
namun perananmu ketika insan2 lain benar - benar memerlukanmu.
jika tiada sumur,bisakah petani berehat dan menyegarkan badan ketika sudah
keletihan berkerja?
fikirkanlah.., setiap yang terjadi itu pasti ada kegunaannya...
jika kamu tak boleh jadi lebuh raya,
jadilah denai di hutan,
biar kereta, lori atau apa2 kenderaan tidak memerlukanmu.. cukuplah kau membantu pengembara yang resah mencari jalan menggunakan khidmatmu..
walau tiada siapa memandang. usahlah digusarkan, dirimu telah menjalankan perananmu..menyediakan ruang bagi pejalan kaki, haruskah kamu berebut untuk menjadi lebuhraya?tidak....
ingat.. pandangan Allah bukan pada rupa...tapi pada hati..
Allah tidak memandang hasil.. tetapi
proses yang kamu lalui untuk melaksanakannya...
Alhamdulillah..
sedikit sebanyak..
hatiku memang terpujuk..
nasihat untuk diri ni dan insan2 yang ingin mengambil pelajaran..
semua ciptaanNya pasti ada peranannya..
besar atau kecil..
sikit atau banyak..
birlah Dia yang mengukurnya..
usah difikir timbangan manusia..
kerana terkadang timbangan itu mengikut hawa nafsu...
wallahualam...

No comments: