hArusKah aKu TeRus LemaH??




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Aku manusia.. sering merungut.. sering mengeluh.. sering menangis.. sering merasa lemah..
namun sampai bila harus ku teruskan kelemahan ini??
dulu sebelum aku menjadi aku..
aku mencari sebuah jawapan..apa gunanya aku dilahirkan didunia ni??untuk apa?
aku diterangkan dengan Tuhan, Nabi.malaikat.. rukun iman.. islam..
tapi aku tak faham tujuan semua tu diterangkan...
aku bingung3....
aku mencari sebuah jawapan pasti..
KENAPA AKU DILAHIRKAN DI DUNIA NI??
MAha Suci Allah..
aku memperoleh sebuah jawapan..
jika dahulu sebelum aku tahu siapa aku..
tiada kekesalan pada setiap kesalahan..
namun.. hari yang aku lalaui terus diterangi cahaya Nya...
aku mendapat satu jawapan..
dan aku dengan rela hati menerima tanggungjawab tersebut...
sebagai Khalifah dibumi.. Hamba kepada pencipta..
aku.. aku memikirkan tindakan yang aku perlu buat selepas jawapan yang ku peroleh..
kian ku cuba mendekatiNya..
kurasakan hidup ini kian mencabar..
bertimpa timpa berita yang aku terima....
aku lemah..makin lemah..kian lemah..dan sangat lemah..
aku rasa aku tak mampu lalui semua ujianNya..
aku lupa padaNya..
aku lupa!!! masalah itu datang daripadaNya.. jadi pada siapa lagi aku perlu serahkan kalau bukan Dia???
namun.. ilmu tampa amal.. itu yang aku lakukan.
hanya sesekali.. datang rasa hati.. untuk bercakap denganNya.. mengadu padaNya.. menangis padaNya.. tika aku dah tak berdaya untuk berdiri...
keadaan ku kian baik.. hidupku kian tenang dengan satu semangat baru.. semangat..
KEBERGANTUNGAN HANYA KEPADANYA...
sungguh.. aku hampir tergelincir lagi..
dengan ujian yang Dia berikan..
aku tidak mampu tidur.
malamku ditemani tangisan...
namun.. mungkin kerana Doa sahabat2 ku.. insan2 ku sayang..
kekuatan Allah pinjamkan kembali kepada ku...
aku bernekad... sebesar mana ujian yang datang.
akan ku tempuh dengan senyuman...
aku tidak ingin lagi merungut..
cukuplah kelemahan yang sengaja ku ciptakan itu...
jika difikirkan masalah.. sampai bila pun aku tak mampu nak selesaikan kecuali dengan izinNya..
aku.... aku malu pada mujahid agamaku..
Zainab al ghazali..
wanita yang terlalu hebat...
hidupnya hanya untuk agamaNya. menangis aku mengenangkan seksa yang diterimanya kerana kekuatan beliau dalam menjaga agama..
diseksa seperti haiwan malah lebih teruk pada haiwan.. aku terlalu malu... malu..
aku mula mengakui..
Masakan kamu mengaku kamu beriman padahal kamu belum diuji...
teringat kata2 kak syarha kepada ku.. 2 tahun lepas...
`adik... makin berat ujianNya pada kita.. itu tanda yang Dia makin sayangkan kita...`
rantaian ayat dari buku yang belum habis ku khatam .. La Tahzan juga bermain di minda..
`dia akhirat kelak.. ada manusia yang menangis kerana ingin kembali di dunia.. dia ingin kembali didunia untuk diseksa.. seteruk2nya.. kerana terlalu bertuah orang yang diseksa di dunia.. apabila diakhirat.. dia akan mendapat pelbagai balasan baik..`
aku.. aku masih membina kekuatan itu..
akan ku terus kuat menhadapi ujian hidupku..
cukuplah padaNya aku bergantung..
aku.. aku akan terus bertahan InsyaAllah..
biarlah hidupku ini selebungi ujian setiap hari.. tugas yang banyak.. amanah.. dan segala kepayahan.. biarlah.. biarlah..
aku ingin melihat.. sejauh mana aku boleh lalui semua ini..
tidak layak untuk aku berkata2..
merungut...'
kerana ada insan yang lebih teruk teruji daripada ku..
tuhan.. Ampunkan aku.. ibubapaku..sahabat2ku.. guru2ku..
Allah.. tunjuki kami jalan yang lurus.
kuatkan imanku Ya Allah..
istiqamahkan aku dijalanMu.
tetapkan hatiku pada agamaMu..
izinkan aku merasai manisnya nikmat bercinta denganMu..
aku serahkan diriku hanya padaMu..
kerana aku tahu.. SegalaNya dariMu...
wallahualam...