tAmRiN kEpImPinaN NuQaba`



Bismillahhirohmanirrohim..
he3.. Alhmadulillah.. aku dah lalui tarbiyah diri secara khusus selama tiga hari..
mula2 malam usrah itu aku dipanggil bersama rakan2 bertuah yang lain..
kak aisyah.. kakak senior cakap..
adik2 semua ni terpilih untuk program
tamrin kepimpinan nuqaba`..
reaksi pertama..
apa maksud tamrin kepimpinan nuqaba` tu??
aku memang tak pandai bahasa arab..
dengan hati yang berbelah bagi.. aku bukan tak nak pergi..
tapi aku cemburu kat kawan2 aku yang tak perlu pergi..
boleh la dorang study 3 hari tu..aku??
tapi pasal aku nak ilmu je. aku buat keputusan pergi sana.. aku tak tahu la.. kenapa aku pergi.. biar aku aje yang tahu.. sampai di HOTEL BISA.. aku awal2 dah takut.. mane tak nye.. ramai sangat orang kat situ pakai tudung labuh.. ngeh3.. dah la aku turun lambat. kenapa aku turun lambat?
aku buat kerja lagho.. pengalaman yang BEST.. bila makan setalam. aku punye la geli tengok kuku orang sebelum ni.. apa lagi nak makan sekali.. tapi ku bukakan hati kerana perutku lapar.. tapi.. aku dapat perkara yang best sangat. seronok sangat makan setalam.. tak dapek den nak khoba nyo.. (kata kak ydp aku..ngeh3..orang nogori..) .. kemudian.. ada diorang suruh buat tasmiq.. dalam hidup aku aku tak da perancangan rapi pun nak menhafal.
tapi.. bilo dok sana..sikit sebanyak aku dapat belajar..

apa aku perlu buat sebagai seorang penganut agama Allah..
banyak sangat program yang best yang bantu aku buat refleksi diri..
aku belajar macam mana nak mengalah.
macam mana nak berjuang dengan kebenaran.. contohnya penceramah tut...
nama dirahsiakan.. tapi aku cukup kagumi dia..
kemudian.. boleh kata semua program mendetikkan hati aku untuk bermuhasabah..
paling aku tak dapat lupa..
time koreksi....
argh..mula2 aku geram.. kenapa la kejut pagi2 ni..dah la bangun2 kena marah.. bengang malam tadi kena marah pun masih dalam ingatan.. ha3 tapi.. dengan IzinNya... aku mendapat nikmat.. yang tak dapat aku gambarkan.. terlalu payah untuk aku ceritakan.. hanya yang dapat merasainya je la..yang dapat bayangkan.. yang pasti..aku dah ada maklamat hidup aku..tak banyak sikit.. aku dapat rasakan perubahan.. aku dah dapat merasai apa yang aku mintak.. cuma bila fikir balik.. kesian kat kakak ku cayang (kak tik) yang terpaksa bertahan sakit pasal aku pegang tangan dia aku buat cam kayu je..
aku terlalu sayangkan kakak senior2 aku.. mereka contoh teladan di depan aku.. aku cukup2 bersyukur dihantar ke IPG KPM ni.. aku bahagia.. bahagia sangat.. sungguh aku bersyukur dengan pa yang berlaku pada diriku ..aku bukan insan sempurna.. namun ,aku akan terus lakukan yang termampu buat diriku ini.. hamba hina yang hajat cinta agung.. nak hajat cinta agung.. tinggalkan cinta palsu tu,.. ngeh3... cakap aje sedap.. tindakan?? :) no komen.. aku teringat ayat 1-5 surah as-saf.. ada cakap pasal ni..
dulu aku tak suka orang bercakap tapi tak buat.. aku tak suka pasal memang aku tak suka..tapi rupanya dalam quran pun ada cerita.. ntah ape2 la aku ni..

adush.. terlalu banyak yang aku telah tersesat.. ampunkan aku tuhan..
akan ku terus bersabar dengan ujiaN Mu.. akan ku terus bersyukur dengan nikmat Mu..segalanya dariMu..
Tuhan yang Maha Satu...
Izinkan hambaMu ni merasa nikmat cintaMu tuhan...amin3...

hArusKah aKu TeRus LemaH??




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Aku manusia.. sering merungut.. sering mengeluh.. sering menangis.. sering merasa lemah..
namun sampai bila harus ku teruskan kelemahan ini??
dulu sebelum aku menjadi aku..
aku mencari sebuah jawapan..apa gunanya aku dilahirkan didunia ni??untuk apa?
aku diterangkan dengan Tuhan, Nabi.malaikat.. rukun iman.. islam..
tapi aku tak faham tujuan semua tu diterangkan...
aku bingung3....
aku mencari sebuah jawapan pasti..
KENAPA AKU DILAHIRKAN DI DUNIA NI??
MAha Suci Allah..
aku memperoleh sebuah jawapan..
jika dahulu sebelum aku tahu siapa aku..
tiada kekesalan pada setiap kesalahan..
namun.. hari yang aku lalaui terus diterangi cahaya Nya...
aku mendapat satu jawapan..
dan aku dengan rela hati menerima tanggungjawab tersebut...
sebagai Khalifah dibumi.. Hamba kepada pencipta..
aku.. aku memikirkan tindakan yang aku perlu buat selepas jawapan yang ku peroleh..
kian ku cuba mendekatiNya..
kurasakan hidup ini kian mencabar..
bertimpa timpa berita yang aku terima....
aku lemah..makin lemah..kian lemah..dan sangat lemah..
aku rasa aku tak mampu lalui semua ujianNya..
aku lupa padaNya..
aku lupa!!! masalah itu datang daripadaNya.. jadi pada siapa lagi aku perlu serahkan kalau bukan Dia???
namun.. ilmu tampa amal.. itu yang aku lakukan.
hanya sesekali.. datang rasa hati.. untuk bercakap denganNya.. mengadu padaNya.. menangis padaNya.. tika aku dah tak berdaya untuk berdiri...
keadaan ku kian baik.. hidupku kian tenang dengan satu semangat baru.. semangat..
KEBERGANTUNGAN HANYA KEPADANYA...
sungguh.. aku hampir tergelincir lagi..
dengan ujian yang Dia berikan..
aku tidak mampu tidur.
malamku ditemani tangisan...
namun.. mungkin kerana Doa sahabat2 ku.. insan2 ku sayang..
kekuatan Allah pinjamkan kembali kepada ku...
aku bernekad... sebesar mana ujian yang datang.
akan ku tempuh dengan senyuman...
aku tidak ingin lagi merungut..
cukuplah kelemahan yang sengaja ku ciptakan itu...
jika difikirkan masalah.. sampai bila pun aku tak mampu nak selesaikan kecuali dengan izinNya..
aku.... aku malu pada mujahid agamaku..
Zainab al ghazali..
wanita yang terlalu hebat...
hidupnya hanya untuk agamaNya. menangis aku mengenangkan seksa yang diterimanya kerana kekuatan beliau dalam menjaga agama..
diseksa seperti haiwan malah lebih teruk pada haiwan.. aku terlalu malu... malu..
aku mula mengakui..
Masakan kamu mengaku kamu beriman padahal kamu belum diuji...
teringat kata2 kak syarha kepada ku.. 2 tahun lepas...
`adik... makin berat ujianNya pada kita.. itu tanda yang Dia makin sayangkan kita...`
rantaian ayat dari buku yang belum habis ku khatam .. La Tahzan juga bermain di minda..
`dia akhirat kelak.. ada manusia yang menangis kerana ingin kembali di dunia.. dia ingin kembali didunia untuk diseksa.. seteruk2nya.. kerana terlalu bertuah orang yang diseksa di dunia.. apabila diakhirat.. dia akan mendapat pelbagai balasan baik..`
aku.. aku masih membina kekuatan itu..
akan ku terus kuat menhadapi ujian hidupku..
cukuplah padaNya aku bergantung..
aku.. aku akan terus bertahan InsyaAllah..
biarlah hidupku ini selebungi ujian setiap hari.. tugas yang banyak.. amanah.. dan segala kepayahan.. biarlah.. biarlah..
aku ingin melihat.. sejauh mana aku boleh lalui semua ini..
tidak layak untuk aku berkata2..
merungut...'
kerana ada insan yang lebih teruk teruji daripada ku..
tuhan.. Ampunkan aku.. ibubapaku..sahabat2ku.. guru2ku..
Allah.. tunjuki kami jalan yang lurus.
kuatkan imanku Ya Allah..
istiqamahkan aku dijalanMu.
tetapkan hatiku pada agamaMu..
izinkan aku merasai manisnya nikmat bercinta denganMu..
aku serahkan diriku hanya padaMu..
kerana aku tahu.. SegalaNya dariMu...
wallahualam...

Cuti At JeraNtut....

Bismillahirrohmanirrohim..
hidup2 sehari di Jerantut.. agak menyeronokkan..
aku balik ke rumah kakak sulung ku.. memerhatikan anak2 saudara ku yang kian membesar
dan mendapat pelbagai berita baru...
aku rasa lemah..
dan sangat lemah.. namun bila difikirkan balik..
cukup lah aku menjadi seorang yang lemah..aku tak mahu selamnya hidup begini..
hm.. tak pe la..tinggalkan yang tak best..aku nak kongsi gambar bersama kolam ikan yang cantik.. he3..
tenang aku tengok ikan tu.. MAha Suci Allah..
sungguh indah segala ciptaanNya...
gamabr anak2 sedara tersayang juga...

KaLau Tak BoLeh JaDi... JaDilaH.....


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
aku diuji semalam..
airmata ku tak mampu ku tahan lagi..
namun bukan berpunca kerana orang disekeliling ku
tetapi kerana kelemahan diri aku sendiri..
Tuhan.. hanya padaMu aku menyembah dan PadaMu juga aku meminta tolong
Sungguh.. aku hajat jalan yang lurus daripadaMu Allah..amin..
mengenangkan kesedihan yang agak kritikal semalam..
aku pun berfikir dan membuat sedikit refleksi atau kata lain muhasabah diri..
pagi tadi aku bangun dengan satu semangat baru... Alhamdulillah..
Allah izinkan aku berfikiran positif..
sementara menunggu guruku masuk.. aku pun menulis untuk memujuk hati ini...
kALau Tak bOleH JAdi....JAdiLAh...
macam pelik saja..tAPI aku sengaja menggunakan ayat pelik ni..
buat aku berfikir..dan mungkin juga orang yang membacanya berfikir.. InsyaAllah..
biarlah aku kongsikan apa aku dapat daripada muhasabah ku semalam.
kalau kamu tak boleh menjadi panglima,
jadilah askar..
fikirkan wahai insan, jika semua orang ingin menjadi panglima,
apa akan terjadi,
ingat.. kekuatan pasukan itu bergantung kepada askarnya,
askar itu fungsi yang penting,
tampa askar.. bisakah panglima menang?
kalau tak boleh jadi pokok, yang menghasilkan buah yang ranum,daun yang rendang untuk berteduh, jadilah rumput, tenangkan hati hati yang gusar itu apabila melihat dirimu,
biarkan dirimu dipijak, kerana itulah fitrah rumput,biarkan kamu diragut haiwan kerana itulah takdir hidupmu.Setiap yang berlaku itu telah Allah caturkan yang terbaik buatmu.Kesusahan yang engkau hadapi itu adalah amanah Allah kepadamu..
jika kamu tidak boleh menjadi bangunan yang tersergam indah,
cukuplah engkau menjadi sumur dikebun,
hanya insan2 tertentu yang mengetahui perananmu.Ingat..
walaupun kau tidak layak berada dalam keadaan yang cantik dan dikagumi..tidak mengapa..kerana sumur itu masih diperlukan.
bukan kuantiti baktimu yang dikira,
bukan nilai estatikmu yang diukur,
namun perananmu ketika insan2 lain benar - benar memerlukanmu.
jika tiada sumur,bisakah petani berehat dan menyegarkan badan ketika sudah
keletihan berkerja?
fikirkanlah.., setiap yang terjadi itu pasti ada kegunaannya...
jika kamu tak boleh jadi lebuh raya,
jadilah denai di hutan,
biar kereta, lori atau apa2 kenderaan tidak memerlukanmu.. cukuplah kau membantu pengembara yang resah mencari jalan menggunakan khidmatmu..
walau tiada siapa memandang. usahlah digusarkan, dirimu telah menjalankan perananmu..menyediakan ruang bagi pejalan kaki, haruskah kamu berebut untuk menjadi lebuhraya?tidak....
ingat.. pandangan Allah bukan pada rupa...tapi pada hati..
Allah tidak memandang hasil.. tetapi
proses yang kamu lalui untuk melaksanakannya...
Alhamdulillah..
sedikit sebanyak..
hatiku memang terpujuk..
nasihat untuk diri ni dan insan2 yang ingin mengambil pelajaran..
semua ciptaanNya pasti ada peranannya..
besar atau kecil..
sikit atau banyak..
birlah Dia yang mengukurnya..
usah difikir timbangan manusia..
kerana terkadang timbangan itu mengikut hawa nafsu...
wallahualam...