baRu SayA sEdaR..SaYa daH BeRTuNang =(

Alhamdulillah..
hm... tadi saya sembang dengan adik junior saya.. budak pengajian agama
saya tanya dia adik dah bertunang ke??
dia cakap dah..
puas la berhujah..
last sekali..
dia cakap...sebenarnya akak pun dah bertunang...
----------------------------------------------------
ini bukan tunang automatik bila kita kata setuju kat pak we kita ok??
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya  pun.. diam sejenak... dan berfikir.....

MAKSUD ADIK

BERTUNANG DENGAN KEMATIAN?

adik tu cakap
pandai anak ummi
saya cakap
akak tak panggil ummi.. akak panggil mak ;)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ustazah salbiah Omar 
pernah pesan...
beli kain kapan siap2.. simpan dalam almari...


TAPI SAYA TAK TERBELI LAGI!!!

KAWAN-KAWAN
NANTI..DAPAT ELAUN PERTAMA DEGREE KITA BELI SAMA2 EP??
KALAU ADA PELUANG WAKTU ITU..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya rasa saya pernah baca 1 pesanan
kalau tak silap dari Imam Al Ghazali
kalau salah.. betulkan saya...

ORANG YANG PALING BIJAK IALAH ORANG YANG SENTIASA MENGINGATI KEMATIAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------bila kita ingat mati apa kita rasa??
  • takut
  • sedih
  • berdebar2
  • insaf
  • nak menangis
  • tak nak buat jahat dah
  • dan macam2 lagi
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------tapi>>> adalah mengingati kematian itu  kita perlu sedih?
bagi saya-- ini pendapat saya ok???

KITA PATUT SEDIH MENGENANGKAN DOSA KITA DAN TAUBAT!

ingat mati itu buat kita

SEMANGAT UNTUK BERAMAL SEBANYAK MUNGKIN DAN MERAIH REDHA ALLAH 
TAK LAGI BERAMAL KERANA MANUSIA!!

ingat mati itu buat kita

CUBA BERSEDIA UNTUK HADAPI KEMATIAN!!

ps: saya belum ;(

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEMATIAN TU JODOH KITA

kita tak tahu bila kita akan mati
mungkin SAYA yang sihat mati terlebih dahulu dari ANDA yang sakit

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

itu rahsia Allah.. kita takkan tahu
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

so what we need to do bebeh???

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu

ruangan kosong di bawah ini saya izinkan anda untuk tulis sendiri apa2 yang anda nak tulis secara maya dari hati anda 





















-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dah siap dah??
Alhamdulillah


sekarang..
saya dah ada tunang.
saya sedar saya ni dah bertunang..



saya perlu siapakn diri untuk menhadapi hari perkahwinan saya 





anda??saya??
kita sama2 eh ;)


moga Allah Redha
out





ps: jangan marah kalau ada member wat relationship dia engaged kat fb dia..mesti ada hujah dia =)

SetaHun sEtenGah kiTa cOupLe.. Ok.sEkaRang.. puTus!!

Allahuakhbar..sedihnya...
saya menaip dengan iringan lagu kembali daripada kumpulan far east
`ingin aku kembali  kepada fitnah insani... tak sanggupku... jelajahi rimba duniawi.... bebaskanlah... diriku dari dibelenggu.. dosa noda... nafsu durjana... terimalah taubatku ku Ya Allah..pimpinlah daku kedalam redha Mu..moga sinarMu terangi hidupku didalam kegelapan.
aku kan kembali kepadaMu Ya Rabbi. menghadapMu Ya Rabbul Izzati... erk.. yang lain sambung sendiri ye...`
hanya Allah yang tahu betapa sedihnya bila saya dengar lagu ni...


dan saya memang agak sedih sekarang..
setahun setengah saya couple dengan awak
mula2 saya masuk maktab...
awak la antara yang terawal jadi kawan saya

eishh...felling betul-- sekarang lagu tak bisa memilihmu lak bermain dilaptop ku ;p

sedih..sendiri..tapi..saya gayat la..

saya rasa hidup saya tak lengkap tampa awak
banyak kerja2 saya.. saya perlukan awak
ye..saya tahu..
kita pernah putus sebelum ni..
beberapa kali..
awak hilangkan diri..tapi saya tak pernah salahkan awak..
saya setia..
bila awak hilang.. saya cari awak
kalau x jumpa.. saya nangis..
saya tak boleh buat kerja kalau awak tak ada
hilang semangat..
kawan2 saya pun kadang2 mintak tolong awak
awak baik sangat...
serius saya sayang awak sangat2....
kita hidup sama2 selema tiga sem!
tahun depan nak masuk sem baru..
saya semangat nak mulakan sem baru dengan awak!!
saya tahu kalau awak ada
awak sedaya upaya akan tolong saya..
banyak bahan2 yang saya suka.. awak tolong simpan untuk saya
betapa awak setia pada saya..
kalau saya marah awak.. awak diam je..
sebab tu saya sayang awak.
awak sangat faham perangai saya..


tapi....
cuti ni..
saya tahu..
saya jarang hubungi awak..
mesti awak rasa saya gunakan awak je kan??
cari awak waktu ada kerja je
tapi!!
saya hargai awak lah..
saya tahu .
saya sedar kepentingan awak pada saya..
saya ingat awak merajuk kat cc aritu.. saya tak pujuk.. buat tak tahu je..
hari ni..
saya rindu kat awak.
tiba2...
awak  dah mati
awak dah tak berfungsi lagi untuk saya!!
awak nak putuskan hubungan dengan saya!!
awak nekad!
puas saya pujuk awak..
tapi tak berjaya gak ...
awak dah tinggalkan saya..
hurm.. saya redha...
saya akan cuba cari teman lain..
thanks kerana frustkan saya
WAHAI ENCIK PENDRIVE PUTIH...

saya akan sentiasa merindui awak..


ini pak we saya selama setahun setengah.. saya sayang sangat dia,tapi dia dah rosak.




Erkk..ada sapa2 nak dermakan pendrive dia sebelum saya dapat pak we yang baru?? kondisi kewangan tak memungkinkan untuk saya mendapatkan sebiji pendrive ;p

rEsULt oH rEsULt




Alhamdulillah.
semalam..tengah2 dok kemaskan blog yang berterabur dengan link
saya terpandang..tiba2 upp punyer link naik
rupanya result untuk ppismp sem3,pismp sem8,kpli 2010 dah keluar
erm... im the lowest in my class..
tapi betoi.. saya tak de la sedih sangat..
pasal bersedih untuk sesuatu yang da lepas tu macam... ntah...
ok..
sesiapa nak check result tu klik mana result saya!!
he3..
saya punyer pointer sem ni 3.30...
dan keseluruhan 3.32
member2 dalam kelas semua hebat2...
3.7 ada..
3.6 ,3.5, 3.4
hm.. tapi kami semua gembira!!!
pasal tak ada yang kena repeat
repeat itu satu ujian yang berat
Allah akan pilih insan2 yang benar2 hebat je untuk di uji
kepada sahabatku yang diuji sebegitu...
cuma fikirkan..
Allah bersama2 kamu
kamu mesti boleh buat punya!!!
tahniah untuk cikgu yang ajar saya--walaupun mungkin cg kecewa kot ngan saya =(
tahniah kt keluarga saya--x henti2 tolong saya
tahniah kat sahabat2 saya-ajar saya.. support saya
tahniah kat akak2
tahniah kat kawan2 yang x sekuliah
tahniah kat semua
kecuali diri saya ;)
ps:kepada yang diucapkan tahniah.. anda perlu mendoakan kejayaan saya dunia akhirat
kepada diri saya
keputusan kali ini tak mengejutkan...
cuma... saya bertanggungjawab untuk menjadikannya lebih baik pada masa depan
semua terletak pada usaha dan tindakan saya
tapi ingat
KITA MANUSIA MENTADBIR
ALLAH YANG MENENTUKAN DENGAN TAKDIR
DAN PASTINYA TAKDIR LEBIH HEBAT DARI TADBIR

la tahzan, Innallaha ma`ana...
ni sahabat saya selalu cakap kat saya

akak naqibah saya selalu cakap kat saya
dalam hidup ni
1 je kita perlu buat

sabar dan jangan putus asa


ye!!!!!

dengan ini..
saya berjanji untuk terus berusaha
supaya saya tidak jadi
PENDAKWAH ISLAM,  PENJENAYAH AKADEMIK

saya x nak orang cakap
orang yang sibuk dengan urusan2 islam,
slow in academik
saya x nak jadi punca fitnah itu!!!

hanim norlaila mamat
anda perlu usaha kearah itu...


jangan pernah terfikir untuk behenti dari berusaha

target pismp- 3.75 and above
tinggi sangat ke??
tak.. my lect cakap
kalau kita nak berjaya.. kita kena target 100.. jadi usaha kita mungkin hanya 80
kalau kita dah target 80..kita punya usaha hanya 60
--madam roslina mohd rasdi--

kalau saya target 3.75
usaha saya paling kurang 3.5
ye dak??
hahahah
kadang2 impian itu menjadi turning point untuk terus mengejar kejayaan ;)






tapi dengan Allah
I need 4 flat!!
A untuk Akidah
A untuk Akhlak
A untuk Amalan
A untuk Agen perubahan masyarakat (bakal guru)

dan A untuk semua yang menjadi kewajipan ku as muslim



YA ALLAH..AKU PERLUKAN KEKUATAN DARI MU, TIADA DAYA UPAYA KU UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU KECUALI DENGAN KEIZINANMU
JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG BERJAYA DIDUNIA DAN AKHIRAT

JAUHILAH DIRIKU,KAUM KELUARGAKU,SAHABAT2 KU,GURU2 KU,SEMUA ORANG ISLAM JAUH DARI AZAB API NERAKA MU,AZAB KUBUR MU,FITNAH HIDUP DAN MATI,DAN FITNAH AL MASIKH DAJJAL



31 hb 12 2011. saya akan menaiki bas pada pukul 9.30 pm di MBKT untuk menuju ke Melaka dengan satu cita2 baru.. Saya ke sana untuk mendapatkan kuliah dan tarbiyah
dua2 saya perlukan...
supaya saya boleh menjadi insan yang benar2 insan...

aish..
rindu pulak kat maktab perempuan melayu melaka tu... hahaha


erk..saya belajar kat melaka je..bukan mesir.. he3

nEnEk dAn mAk cik..jUga paK Cik..


Allahmdulillah...
tadi..dalam meniti waktu2 terakhir di bumi Allah--erkk terengganu maksud saya ;p
saya pi hantar anak sedara gi klinik
sebelum tu..akak dah pi check untuk kandungan dia
alhamdulillah..
rezeki murah
InsyAllah
tahun depan... akan lahir 3 lagi anak sedara
jadilah 13....
erm... rasanya menunggu saya graduate
ada tak anak saudara saya sampai 20??? ha3



nenek ni pernah lahirkan anak pada umur 65 tahun-- erk..pic dari encik google, citer pun dari encik google




ok.. back to our topic..
teringat tulisan Yusuf Al qardhawi
katanya
kalau kita nak belajar nikmat kebebasan
kunjungilah penjara kerna di situ, kamu akan mula belajar mengenai kebebasan yang kau miliki--bersyukurlah
kalau kita nak belajar nikmat kesihatan
kunjungilah hospital kerna di situ, kamu akan mula belajar mengenai kesihatan yang kau miliki--bersyukurlah


usah kau mengeluh dengan ujian.. pandanglah orang yang berada lebih bawah daripada kamu supaya kamu bersyukur......

tadi... dok tunggu giliran kakak
keluar seorang nenek
dia diam je.. kemudian dia tanya sorang kakak tu
nak balik mana?
akak tu cakap manir..
dia cakap--- tok nak tumpang sorang boleh?
akak tu cakap--maaf tok.. saya lepas ni nak gi batu 6 ..ziarah orang meninggal

nenek tu diam ja

kemudian saya pun bangun.. tanya.. tok duduk mana?
manir nak.. durian mas...

o0o0o.jap ye

erm..kak ra lambat lagikan?
ela pi hantar tok tu jap ep.. kesian tok tu
akak pun cakap.. pi la.....

vroom...vroommm..vroomm..
hati2 ye nak.. tok nak naik dah ni... sambil pegang bahu saya untuk naik motor

shetttttttttt..sebuah kereta muncul
rupa2nya cucu nenek tu


=) alhamdulillah.. walaupun x de peluang nak tolong nenek tu...
nenek tu dapat balik dengan selesa.....


ku perhatikan lagi seorang nenek...
termenung jauh dia...
jalan...sorang
terdetik saya
mungkin suami dia dah tak da..
moga anak dia ada lagi
tapi..
waktu saya x de kat kampung
kalau mak sakit.. mesti mak tak bagitahu
siapa la hantar mak pi klinik..
ayah??????hmm..

tiba2 rasa macam nak balik mengajar kat kampung je
senang nak jaga mak nanti
nasiblah ada abang kat rumah
atleast kalau ada pape
ada orang lagi tengok mak walaupun sekarang nampak macam mak je dok tengok dorang.. hu3



saya ke kedai nasi ayam jap
sekali nampak kereta teacher mala
puas jerit.. melompat... bye bye
tapi teacher tak nampak


masuk balik klinik..
akak bagitahu.
ada orang datang tadi..
kepala berdarah
kalau tak jatuh bangunan
ada benda berat jatuh atas kepala dia....

Moga dia selamat.. amin...




saya masuk dalam klinik..
ada seorang mak cik...
mak cik sakit apa? diabetis ep-- erk..nampak kat kad dia
dia cakap ye nak..
kencing manis la kan?
a.ah...
ni yang tak leh kudis2 tu kan? kena pantang makan? kan?

ye nak..
dia marah sangat.. kalau makan nasi..
tak boleh minum manis2
nasi kena kurangkan

saya diam jap
teringat rooomate selalu membebel saya buat air manis sangat


hmmmmmmmm


dan bermacam2 penyakit lagi.

anak sedara saya?
muhammad aniq irfan bin adli
cirit birit.. pagi ni saja 3 kali saya kena basuh ;p
ngan saya2 nak muntah..ha3.. mushuk3 ;p

tak pe.. ready untuk anak sendiri nanti =)




termenung sekejap..
alhamdulillah.. nikmat kesihatan masih milikku.. dipinjamkan dariNya..
berikanlah kesihatan yang baik kepada ibubapaku, diriku,guru2ku, sahabt2ku, umat islam Ya Allah...
agar kami dapat beribadah dengan baik kepadaMu..
amin......


tamat



cuci2 mata..cam tak apa ni???

iNi bUkAn mAsaLaH mEreKa jE!!!


susah senang.. bersama2...kerana kita seakidah.. kalau kita tak tolong..sapa lagi???

Assalamualaikum wbt semua. hahaha.. ntah ada orang ke tidak
tapi kalau ada.. moh la kita pakat fikir2 sejenak..
tadi... sebelum asar.. saya duduk atas kerusi sorang2..
fikir pasal duit.. hahaha
ye la tahun depan.. macam2 ujian akan datang --terima dengan bijak --
okies... tengah dop fikir2 pengurusan kewangan tiba2...
zuuuppppppppppp....
saya teringat masa pendaftaran kakak KPLI dan adik JUnior bulan 6 hari tu

ucapan Dr Mihat : kita sepatutnya mewujudkan satu tabung kebajikan pelajar..
apa kisahnye pula??
kan doktor mihat bagitahu...
ada kakak KPLI yang tak datang,or tak dapat nak datang
bila call tanya kenapa
kakak tu cakap : saya tak de duit untuk daftar.. jangankan daftar..duit tambang bas untuk ke Melaka pun dari Johor pun saya tak de =,(
kenapa hari saya baru ingat dia

tiba2 hati saya terdetik
datang ke tak kakak tu daftar ep
ada ke tak orang tolong dia

tiba2 hati saya terdetik: kenapa aku tak tolong dia hari tu??
kalau lah.. semua budak ipgkpm yang ada kat dalam BISA tu keluarkan duit singgit seorang
confirm kakak tu boleh datang
boleh daftar
DI MANAKAH KAKAK TU SEKARANG??
ADAKAH DIA DATANG DAFTAR???
ADA SIAPA2 BOLEH TOLONG JAWAB TAK?

hati saya harap sangat akak tu datang...
itu peluang keemasan untuk dia ubah nasib family dia
kalau saya tahu dia tak datang....
sayalah antara orang paling kecewa
akak.. maafkan saya kak..
saya x dapat tolong akak hari tu...
arghhhh... maafkan saya kak...........

Ini bukan masalah akak tu je,
tapi masalah umat islam..
kalau kita tak tolong..
siapa lagi??
anim..anim..anim.. berubahlah...



part kedua....
dah saya dok fikir lagi
zassssssssss
datang pula
setiap petang (x lah hari2 tapi selalu)
saya nampak mak cik dalam 40 an
bawak anak dia yang OKU
saya pernah tanya AYAH pasal mak cik tu
mak cik tu balu atau janda
memang tinggal dengan anak-anak dia yang kecik2 tu je...
ayah cakap ayah selalu bagi baju untuk dia
mak cik tu ambil
saya pulak----saya tak pernah bagi apa2... sekalipun tak pernah!!!
Ya Allah.. murahkan rezeki ku...
untuk aku berkongsi nikma yang Kau beri dengan orang lain
ahli keluargaku, sahabatku, masyarakat di sekelilingku....
amin....


erk.... teringat lagi
adik... ape ntah nama dia..erm.. abdul rahman shahabudin kot--silap kot--huhuhu
budak sekolah Bukit China yang saya baca kat paper...
setahu saya.. sekolah bukit China tu dekat dengan maktab saya
adik tu darjah 5 kot..
dapat basikal dari pihak sekolah
pasal dapat keputusan cemerlang..
Alhamdulillah
cikgu dan PIBG alert kat pelajar =)
moga akan terus ramai pelajar2 terbela
adik tu.. jalan kaki 10 kilometer kot-- erkkkk kalau tak silap--
untuk datang ke sekolah
Makayah dia tak mampu beli basikal untuk dia
Moga adik tu dapat jadi manusia yang berguna
berjaya dunia akhirat.. amin3

teringat juga
waktu duduk kat kedai mak cik Habsah
datang seorang makcik
tengah cari kerja
dia bagitahu dia pernah kerja kat kantin sekolah perempaun
dengan gaji rm10 ringgit sehari
makan berbayar
Ya Allah..kesiannya...

padahal kita guru pelatih
duduk saja2pun
rasanya dapat dalam 13 ringgit sehari atau lebih lagi

hmmmmm..fikir....


Ya Allah.. berikanlah kami rezeki yang berkat, untuk dikongsi bersama2 insan2 lain... Izinkanlah kami menjadi pembantu kepada insan2 lain terutamanya saudara seagama kami..



Ya Allah... titipkanlah kejayaan dalam hidup kami.
dunia dan akhirat..amin...
jangan kerana kemiskinan.. mereka tak dapat jadi orang yang hebat..
Moga2 adik tu... dapat jadi salah seorang pembawa agama Islam satu hari nanti.. amin..

akak..makcik.. adik.. maafkan akak..
akak tak mampu tolong semuanya..
Moga Allah menhantar insan lain membantu kalian sewaktu Allah tidak memilih saya untuk membantu kalian =,(


ps: jangan mudah merungut.. bersyukur dengan apa Allah beri kepadamu..
kamu jauh lebih senang dari mereka

eWah-eWah... aPa aWak nAk bUat???





Assalamualaikum wbt..
hurm..cheq mai ni nak tanya dan nak khabaq...
semalam cheq tengok jadual kuliah cheq sem depan
masyaAllah...
4 jam sehari--ada 3 hari
3 jam sehari--ada 2 hari
TAK DA SATU PUN KELAS WAKTU PETANG!!
SEMUA HABIS PUKUL 1--rasanya la.
Alhamdulillah
sebenaqnya bukan cheq ja..
semua sem 1 pismp la
dan cheq pasti bukan maktab cheq ja
tapi...
seluruh maktab di serata Malaysia la

ok..
ow..kita tengok
kita free waktu zohor-- ok2..bakal2 guru lelaki-- sila berjemaah disurau untuk zohor dan asar ye.. kita punye waktu ;p


sibuk la konon..tapi saya perlu sibukkan diri untuk perkara yang baik..say perlu bersedia!!


erm.. bakal guru perempuan??
pakat usaha la--apalagi kalau IPGKPM--
hm... InsyaAllah..kena usaha ni..
moga ada kawan2 lain yang pikiaq benda sama gak..
tapi--erk.. perempuan tak wajib kan? jemaah dengan rumate boleh? untuk zohor dan asar (kalau rumate sama batch..kalau rumate junior x merasa la kot..depa sangat pack jadualnya)


waktu tengok jadual yang happening macam tu...

hati den ingat BISA je
memandangkan ada tanggungjawab kat situ
ehem2,, x besaq mana--tapi bagi cheq besaq
kalau cheq tahu buat
haru cheq nak menjawab nanti


nanti boleh la petang2-- dalam pukul 6
kita gi tanam pokok bunga--- ye x cik sakinah?? sahabatku fillah ;p
sambil tu..
kena jaga kebersihan bisa.....

karpet tak mo debu2...
cermin kena lap
telekung sembahyang kena basuh-- dulu lau gi musafir...guna telekung orang..
aish.bau..........dah den banyak komplen..sekarang amanah tu jatuh kaat den.. InsyaAllah..saya akan bertanggungjawab atas apa yang saya cakap
Allah...mudahkan segala urusan kami di dunia da akhirat..


bisa sebelum jalan diturap..tapi ada lagi rupa bisa sebelum pada ni..tapi x de dalam simpanan




bisa oh bisa..rindu..



petang2...
pukul2--- until asar-- rasanya lepak kat library kot
solat zohor kat anjung hikmah--pasal asrama da jauh sikit..
kemudian,,
habiskan masa di library (tolonglah jangan tidur petang lagi!!!!!!!!!!!!)
--siapkan segala kerja--
balik..
asar--
buat kerja kalau ada
kemas bilik-ehek3..
pukul 5.30 or pukul 6--
cari makan dan pi tengok BISA

then
magrib isya mesti di BISa ok!!!
lepas isya,
erm..
malam2 kalau free
habiskan baca buku yang anda ada...
tapi-tu sebelum tidur---

buat kerja dulu
ulangkaji kaji
lepas ulangkaji
baru baca buku

tak de study2 last minit okies!!!
awak nak jadi cikgu
disiplinkan diri awak dulu

awak mesti study sampai pukul 12.30 or 1..---chewwahhhhhhhh
erm....
tidur..
minimakan 5 jam sehari --Allah pasti membantumu..amin
4jam malam--
10 minit tengahari= 1 jam malam


jadual rasanya dah ok
tapi....
MOGA PRAKTIKALNYA LEBIH OK
AMIN!!!!!!!!!
SEMANGAT MENUJU PERMULAAN YANG BARU

4 tahun lagi..InsyaAllah...


JADIKA DIRIMU LEBIH MATANG
BERLAPANG DADA
RASIONAL
LEBIH MENYAYANGI ORANG LAIN
TOLERANSI
HORMAT ORANG LAIN
JAGA ADAB
GOOD LUCK BAKAL CIKGU!!!!

DI THE BEST UNTUK ISLAM

JANGAN BENARKA DIRIMU MENJADI FITNAH KEPADA AGAMAMU
NAUZUBILLAHIMINZALIK

erk..hampir pukul 10 pagi;member suruh tolong dia buat cimbclicks
percubaab pertama---kena out dulu


opssss..jap3
jangan pernah takut mencuba ye cik hanim norlaila mamat

pengalaman amat bernilai
teruskan mencuba untuk kamu lebih tahu




wallahualam =)

Saya TaK mInaT.. tApi..SaYa cUba..

apa yang saya nak tulis pagi ni??
saya ingat nak buat penulisan ilmiah sikit.
tapi masalahnye.. saya tak minat..tapi..saya cuba.. okies ;p

he3... saya ni mungkin dicop budak skema
aish... tak kisah...
saya bukan lah orang yang dihantar untuk menenangkan orang lain
memihak pihak pentadbiran atau apa2...
cuma... saya nak ajak kita sama-sama muhasabah balik...

awaiq kalau sebut pasai maktab semua macam negatif??
padahal kalau kita kira.. kat sana..
kita banyak suka ke kita banyak menangis??
dah tu??tak pandai nak bersyukur lagi???

ok..
saya akui.. kita dihimpit peraturan yang terlalu ketat...
tapi... tak ke tu semua `menjaga ` kita??
rasanya kalau kita dibiarkan bebas
tak ada beza la kita dengan orang lain..

cuba berfikiran terbuka.. berlapang dada.. jangan marah kerana emosi yang tak terkawal.
KITA... x dijemput ke situ.. tapi.. kita yang memohon untuk ke situ ;p -kata2 lect-

cikgu..tak mo sumpah seranah na.. malu kat Allah..malu kat diri sendiri.malu kat pelajar.
kawal kemarahanmu sayang..

bila balik maktab-
tension dengan kerja
tension member
tak de air
blackout
tak boleh kuar outing lama2
duit tak ada
makanan mahal
perut selalu lapar
lect nak bukan2
tak boleh nak berlawa
aish...........macam2 la...

cuba list apa yang best kat maktab?
jawab la sendiri...

ok..
sekarang cuba bayangkan untuk 4 tahun akan datang
kita akan dipostingkan..
ke mana2 saja! malahan mungkin lebih teruk dari keadaan maktab kita tu!!

sebelum berangan nak lahirkan pelajar yang mantop..mantopkan diri kita semampu yang boleh terlebih dahulu..


dah kena pi pedalaman..
nak menangis hari2 kah?
nak post aku benci duduk kat sini di fb hari2 kah??

tet----------adakah ini hasil guru pelatih yang dilahirkan dimaktab dengan peruntukan yang sangat besar untuk setiap dari mereka???

atlast--- cepat2 isi borang nak balik semenanjung tampa ada sebab munasabah

kalau kita x motivasikan diri kita dari sekarang
berlapang dada
takut2-pada masa akan datang--kita adalah salah sorang penghuni tanjung rambutan yang dinyatakan oleh statistik bahawa GOLONGAN GURU PALING RAMAI!!! nauzubillahiminzalik...



kita bertanggungjawab membentuk mereka..ini AMANAH!!!bukan dari kpm je..tapi dari Allah!

cuba pandang hikmah disetiap kejadian..
jangan cepat melatah
lu ada otak ma.. lu pikir la..

cuba jadi cikgu yang RASIONAL
kalau tak...
nanti bila kita buat apa2..
macam tu la anak murid buat kat kita
dah cikgu tak rasional
anak murid
berganda2 lah tak rasionalnya


erkkkk--saya bukan melancarkan kempen saya sayang maktab :p
saya cuma menegur diri saya supaya jadi orang yang cakap guna akal,bukan emosi dan hanya pentingkan diri sendiri
tak yah duk kutuk orang...
tengok diri kita ja..cukup



melawak sat ;p

=)


kAsih sEorAnG kAkak.



Allahu akhbar..
hanya Allah yang tahu,betapa hati ini merindukan mu
adik..
akak tak sempat nak hidup dengan adik
seumur hidup akak
akak cuma lihat jenazah adik je
akak tak pernah merasa dipanggil akak oleh seorang adik kandung
saat yang akak ingat dan takkan pernah lupa
saat adik dilahirkan
ada suara adik menangis
namun hanya sekejap
kemudian..
adik pergi..
akak lihat waktu adik dimandikan..
adik cantik..
putih..
sihat2 je..
tapi Allah lebih sayangkan adik
didunia ni
akak pernah membenarkan beberapa insan
yang akak cuba sayangi seperti adik akak sendiri
namun..
akak tak pasti...
rasa cinta itu datang dariNya
Allah tahu apa yang terbaik buat akak
kerana adik tiada
akaklah yang menjadi adik dalam keluarga kita
kalau adik masih ada
pasti adik gembira waktu akak balik dari maktab kan
mesti adik la orang yang akak akan call tiap2 hari waktu kat maktab
pasti adiklah tempat akak kongsi cerita
pasti akak nak adik pergi sekolah agama..ha3..
adik..
adik bertuah..
Allah ambil adik sebelum sempat ada sedikit noda pun dihati adik
adik jadi bidadari di syurga
dik..
nanti..
cari mak.. cari ayah ye..
selamatkan mereka dari azab api neraka..
doakan selalu untuk mereka dik
untuk kak na,bangcop,bangsir,bangwi,bangha,kak mek,kak ra, kak mas.. da akak.. kak ila :p
doakan kami sentiasa..
adik mesti tak nampak akak
tapi..
akak yakin.. ikatan darah antara kita
pasti buat adik rasa.. apa yang akak rasa...
adik..
doakan akak kat dunia ni..
terus menerus berbuat kebaikan hanya kerana mencari redha Allah
doakan akak
dapat berbakti pada mak ayah
adik jangan bimbang
adik berbakti kat dorang kat akhirat nanti ye


malam ni..akak betul2 rindukan adik
siti fatimah binti mamat
bidadari syurga
akak sentiasa merinduimu dik.


dEmi `P`


Assalamualaikum wbt
hari ini... saya nak cerita pasal apa yang saya dah lakukan semalam,dan kemarin..

kemarin..
saya teman sahabat saya-- cik nurul faratihah ke JPJ untuk jumpa pengarah dia..buat rayuan.. perjalanan agak panjang..panjang ke.. biasa je
ujian pertama-- saya nak ke jalan utama untuk dapatkan basa, farati tunggu kat pondok bas..pasal saya x de lesen..tak ada orang nak hantaq.. saya terpaksa jalan kaki...
jaraknyer.. mungkin dari maktab kita ke trafic ligth Mr potato kat MC tu.. penat jugak..
tapi cakap lam hati--tak pa2... Allah mudahkan aku.. time ni la aku nak rasa kesusahan.. --dalam purse lak..ada 10ringgit ja.. aish :p
sampai kat bus stop-- dah 2 bas terlepas-- sabar menunggu =)
sampai kat mydin... kami terus pergi library (kalau x silap la)
ujian ke 2--untuk print surat rasmi tu- alamak!! kad library tak bawak.. aieshhhh :p
sebelum tu--- melepak kat expo buku jap, farati beli tafsir warna pink untuk kawan lama dia.. serius!!! cantik =)
kisah dengan pak cik penjual buku = anak ni belajar kat mana? kat utm.. disiplin apa? ha???? disiplin? saya amik kejurteraan geomatik pak cik.. pak cik tu pun cakap... disiplin tu kira kejuruteraan la anak... kami pun cakap....o0o0o0o00 :p
dapat satu ilmu..
then, naik atas,ruang multimedia...
merayu kat akak tu..datang slow... bagi salam
then akak tu bagi la =) print sehelai je pun...
ujian 3= alamak!! sampul surat tak ade!!
kami pun.. jalan la pergi kat TTC lak..ada expo buka sekolah..
jalan2.. cari benda lain.. benda lain yang di jumpa... ha3.....
sampul surat tak berjaya di kesan...

dah tu... berjalan ke JPJ
lintas jalan besaq,lalu taman......
semua jalan kaki... aish...... =)

pergi la masuk JPJ
first time...
tanya tuh..tanya ni..
sampai la kami di bilik PENGARAH JPJ TERENGGANU
kemudian pembantu dia cakap..adik.. jumpa orang bawah boleh?
adik jumpa encik ni atau encik ni......
kami menurut perintah...............
sampai tingkat 1........
dah tanya..
he.........
tak bawa skrip lak :p
MAKNENYE ESOK AKAN KE JPJ LAGI ---urusan ke JPJ terhenti seketika



jalan balik pi mydin..
lalu terowong suram tuh.. kali pertama dan mungkin terakhir kot

pergi mydin...lapaq..
makan dulu.......
kisah di kedai makan----------
seekor ikan keli,dan nasi putih.. hargenya 5 ringgit!!!!!!!
sabaq2...
teringat kisah borak dengan sorang budak ni
dia nak join makan dengan kitorang
dia ingat kami budak sekolah
kami ingat dia budak form5..upenye baru form1!!!!!!! aish........
kelakaq je kalau ingat budak tu =)
jumpa mak cik2 saya jugak
cikgu akma dan cikgu rozita :p



memandangkan masa masih banyak..
wat keputusan.. pergi beli tudung kat bandar..
tengah tunggu bas-- kebosanan...
cik farati buat macAM2 LAWAK sampai saya dah tak tahan nak gelak
tiba2 ada teksi behenti
dia tunjuk 1... saya pun pi la
pak cik.. bandaq singgit ka??
dia cakap.. ye.. jom nak
apelagi... naik la..
mane nak dapat teksi singgit.
YANG JARAK ANTARA MYDIN DAN BANDAR, MACAM MAKTAB KE MC KOT
kalau kat sane!! confirm 10 ringgit!!!

dalam kerete.. borak lah dengan pak cik teksi tu... macam2 borak nyer..
i memang suka layan pak cik
dorang cakap ikut fact!! ada isi!! bukan ikut emosi =)

last sekali pak cik pesan
anak nak jadi cikgu.. jangan garang sangat ye :p
saya buat lawak... saya garang pak cik eh??
dia cakap x..
saya kata lagi..
dalam ramai2.. kena ada gak hak garang pak cik..biaq depa takut..
ha3
pak cik pesan gak
jangan sombong dengan masyarakat..
jangan sombong dengan cikgu lain
amik hati depa semua
baik dengan semua orang tak kira sapa kita
macam tu lah lebih kurang
---terima kasih pak cik teksi yang macho :p------
-pak cik tu dah nak expired..dia cakap.. hu3..saya ingat nak pencen,tapi dia cakap.. bukan.. kan orang islam expired 63 tahun.. pak cik dah dekat expired la ni-he3....--------
dah sampai kat stesen bas terengganu..jalan menuju pasar payang
beli kain tudung labuh
a,ah..untuk saya =)
untuk saya punye kawan,punye kawan :p
dah beli kat depan pasar payang
jalan lagi.. gi kampung cina..
beli kat situ lak
tiba2 kaki saya krem tak boleh jalan =(
berdiri jap.. sob3....
alhamdulillah
akhirya semua selesai walaupun saya jalan hincut2..--kaki masih sakit ;p


naik bas..dah penuh.......
kemudian.. ada 1 seat kosong..
alhamdulillah..farati izinkan saya duduk
dah tak larat nak berdiri
kaki sakit sangat.. tertarik macam daging kena tarik.. nak putus..........


sampai kat manir..pisah kat simpang 3.......
balik.call akak... mintak amik ngan moto =)
alhamdulillah.....
malam tu tidur awal........




hari ke dua...semalam.........
dah elok2 bersiap..
tiba dengar ayah nak kuar.jerit panggil ayah2!!!!!! nak tumpag..
ayah pun pi hantaq..
jumpa farati kat bus stop...
ujian 4= anim... surat semalam farati lupa nak bawa..
nak amik..jauh..macam mana ye..
kami pun jalan la..pi cc depan...nasib buka..
dah taip semua..
ujian 5=cc tu x boleh print...
ujian 6=alhamdulillah..ada pendrive.. tapi... computer tu x boleh masuk usb... jadi kena pindah komputer lain.
ujian 7= dah share dokumen kat ym...masuk komputer lain.... pendrive tak berfungsi
kemudian.. Allah bagi jalan lagi..
amik broadband... kebetulan bawa.. am\mik memori card hp..kebetulan ada..kami pun ke mydin.
ujian 8=1 jam lebih tunggu bas :p

sampai kat mydin=selipar saya nak putus lak
pi shopping..beli beg..beli selipar tu-asih...lain lak arah tuju :p
kemudian... makan...
MAHAL WOO0O0O0....

lepas zohor... pergi ke library..
tapi kali ni orang lain jaga kaunter
ujian 9= kena cari sape2 ada kad lib..untuk pinjam..nak guna pc library
dah jumpa
ujian 10= x dapat guna gak (kad cik zahidah ..kawan sekolah dulu)

merayu la kat seorang `kakak ` ni... akhirya boleh print =)
dah print sembang jap
aiks..bukan kakak la...adik :p baru habis form5... sorry dik.. thanks
Moga Allah balas segala bantuan mu..amin

kelaq tu.. jumpa kak faridah,kak zahidah,kak munirah-tu satu batch dengan farati. senior2 saya.. ps: farati tak nak saya panggil dia kakak.. ha3


turun....pi lah JPJ
dalam pukul 2 kat JPJ kot..
alhamdulillah
segala urusan dipermudahkan
farati boleh repeat cepat...

tapi---borang kelulusan tu kena hantaq kat BITARA
tempat farati belajar... jadi... kena hantar hari ni jugak

ujian 11=kami pun jalan ke mydin balik..masa tengah jalan.. nak pi kat tunggu bas..nak naik jejantas tu.
farati kata..
anim... ntah2 kita pusing belakang tengok ada bas. mesti x sempat nak kejar..
saya cakap.. a.ah..jom cepat..
tapi kami tengok belakang
ha3!!! betul2 bas ada kat belakang...
da betul.. x sempat nak kejar :p

farati nak naik bas ni..ta[i x de rezeki lagi.. lain kali la.. kot ada rezeki. insyaAllah =)
bas ni ada kat Terengganu je ye.......... ngeh3


dah tu..tunggu..tiba2 ada teski-- dia cakap 3 ringgti seorang
ok lah..kesian farati... muka dia dah la penat--kurang sihat--
dalam kereta..borak dengan sorang pak cik penumpang,dan pak cik teksi..
lama jugak den borak..
macam2.. sampai la ke politik
ha3..
dah minat... semalam politik.arini pun politik-- pak cik tu pun minat.. layan la

sebelum turun..pak cik mintak maaf..banyak sangat cakap..takut ganggu
saya cakap..x eh pak cik..saya suka... :p
depa pesan gak.. anak..nanti didik anak bangsa betul2- ye pak cik.insyaAllah..moga Allah redha (tu dalam hati la) :p

bitara kat bukit payunf--jauh gak..kat kampung kak aisyah lau tak silap :p



kemudian.selesai urusan di sana......
tunggu bas lagi..
sambil tunggu..
sambil cik farati buat lawak... hadoi.............
akhirnya bas sampai...
berhenti kat mydin balik.pajat jejantas.. tunggu bas kat tempat tadi balik....


sedih tengok budak2 sekarang
saya ngan farati.. diam ja..........
ada seorang lelaki tegur saya..
dia cakap..banyak duit--masa tu pegang duit 2 rgt.untuk tambang bas
saya diam ja.
kemudian dia cakap
hanim belajar kat mana sekarang?
saya tengok muka dia..
larh...... budak tu--- budak 5 tekun,jiran kelas sebelah..dornng kelas MPV.. duduk tepi kelas kami.. kelas tu semua lelaki.. --saya cakap la..melaka... awak budak sekolah manir ye?? dia cakap.. a.ah... kemudian.. 2 2 diam... saya mintak maaf.. bukan nak sombong :p
tapi................. ntah la................



bas pun sampai.. penuh... berdirilah kami
sampai la kat manir...jalan
tengok sekolah manir...
sk manir
tiba2 loceng bunyi
pelik gak.bukan waktu sekolah
farati cakap--depa dah set kot
saya cakap-- dulu kan farati... tugas tekan loceng waktu rehat dan naik rehat... saya la :p
pengawa selalu lambat bertugas.. saya selalu tekan loceng... suis tu kat tepi pintu guru besar.. dalam pejabat..semua dalam tu tahu kot saya budak tekan loceng.. he3..........

tapi.. dia dah tukar kot sekarang.. 7tahun lepas kot :p


pi beli jagung, roti.. nak kangkung..
he3
berpisah di simpang 3 =)

segalanya selesai
penat+seronok+seronok =)

maaf farati..anim ada tersasul cakap..tapi betul2 x de niat :p


jumpa lagi mak cik saya
cikgu akma n cikgu rozita.. ha3
depa pi klinik..anak kak ma demam =)

sabtu ni kak ta dah pi tumpat dah..kena pi jumpa dia esok ni..

alhamdulillah
segalanya selesai...
farati akan test lesen P hari isnin minggu depan..27.12.2020
Moga Allah permudahkan segala urusan awak.. amin..

tu perjalanan pergi buat rayuan untuk amik ujian lesen P kereta
moga dia lulus...

lulus bawa kereta,tapi buka bawa macam ni :p

chaiyyok!!!!!!!!!!!!!!!
buat betul2 ep :P



UnTuK aWaKkkkkk



Sukar untuk saya tafsirkan
apa sebenarnya keinginan hati ini
ok.. masalah antara saya dan awak
memang saya silap
terlalu banyak ambil tahu pasal awak
sebab tu awak mengamuk

:p

tak semena2.. saya kena marah dengan awk hari ni
awak... menggigil saya baca meseg awak..
macam mana saya nak cakap ep???

pertama.
saya mintak maaf banyak2... (dah berapa kali dah saya mintak maaf)

kedua
elakkan daripada kita jumpa ep?? saya tak mampu berhadapan dengan awak lagi

ke tiga
InsyaAllah.. hanya Allah,awak dan saya je yang tahu --tapi memang ada orang yang tahu..
dia suruh saya jangan putus asa
TAPI SAYA DAH PUTUS ADA DAH

segalanya dah dipadam
no phone, emel, fb,ym... semuanya (demi kebaikan awak)

kalau kita jumpa cam ne???

awak dengan hidup awak

saya dengan hidup saya


SAYA DAH BENCI AWAK KE???




saya tak kan pernah benci awak
tapi selagi dekat saya dengan awak.. lagi benci awak nanti pada saya
(saya tak rasa awak akan baca semua ni)


MUNGKIN KITA BUKAN DI LANDASAN YANG SAMA

awak dengan kawan2 awak

saya dengan kawan2 saya


tapi saya tak pernah putus asa berharap agar satu hari nanti

awak,kawan2 awk,kawan2 saya,saya... satu geng =)




macam mana saya nak berhadapan dengan awak ni????




MOGA ALLAH SWT MEMBERI KEKUATAN KEPADA SAYA
BERHADAPAN DENGAN AWAK


takut saya masih lagi berbaki baca meseg awak tadi-- aisshhhh



monolog saya...


KALAU KITA TAK JUMPA LAGI TAHUN DEPAN...

JANGAN BIMBANG
SAYA DAH MAAFKAN AWAK..
DAN AWAK
MAAFKAN SAYA GAK EP =)





ASSALAMUALAIKUM WBT


iJaZah uNtuK Mak

Aisyah, seorang gadis kampung yang kini menuntut di Institut Perguruan tertua di Malaysia. Gadis yang sentiasa dahagakan ilmu dan cuba sedaya upaya untuk terus mendidik dirinya menjadi insane solehah, taat pada agama, membahagiakan ibu bapa, baik pergaulannya dengan para masyarakat. Gadis pendiam ini, penuh dengan cita-cita walaupun agak pendiam dikalangan rakan-rakan. Walaupun berada dibidang pendidikan khas,itu tidak menghalang untuk dia bersama-sama sahabat yang cintakan kebenaran terus mencari ilmu agama bersama-sama. Keluarga usrahnya yang diketuai Kak Farhana,bersama-sama terus berkongsi ilmu dan pengalaman kehidupan dengan ahli usrah yang lain. Siti,Naimah, Husna, Nadia,Hidayah, Atikah ialah insan-insan yang sangat disayangi Aisyah ditempat dia menuntut ilmu itu.
Aisyah merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Abangnya tidak menyambung pelajaran ke mana-mana. Bagi Aisyah, abangnya itu ujian buatnya kerana abangnya adalah seorang penagih. Melihat ibunya yang sering bersedih dengan perangai abangnya, Aisyah bercita-cita untuk menebus semua kedukaan itu dengan kejayaannya. Kakaknya pula,seorang doctor. Walaubagaimanapun, kerana makan hati dengan perangai abang. Sejak berkerja,kakaknya iaitu Aini jarang pulang ke rumah.Ibu tetap bersedih dan makan hati meskipun kakaknya itu telah berjaya. Ayah Aisyah sudah lama meninggal kerana kemalangan. Ayahnya hanya bekerja sebagai tukang kayu,jadi tiada apa-apa yang ditinggalkan kepada anak-anak kecuali sebuah rumah buruk itu.

`Mak.. Syah nak jadi cikgu nanti boleh?` tanya Aisyah ketika sedang berbual dengan ibunya selepas habis peperiksaan sijil Malaysia.
`cikgu?bukan Syah nak jadi Doktor macam kak Ita ke? Dulu Syah cakap nak jadi doctor?` duga ibunya kembali.
`Syah dah tukar cita-cita..Syah rasa Syah nak jadi cikgu.. Nanti, malam-malam Syah boleh jaga mak.. kalau jadi doctor.. Syar takut sibuk sangat,tak sempat nak lawat mak` kata Aisyah sambil menundukkan kepala, hatinya sebenarnya rindu pada kakaknya.
`Syah jadi la ape yang Syah nak jadi, Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mak`ibunya bangun dan berlalu ke dapur.

Ketika pengambilan pelajar perguruan dikeluarkan,Aisyah telah mendapat tempat untuk belajar di Kampus.
`Mak!!! Alhamdulillah mak.. Syah dapat masuk maktab.dekat je la dengan mak nanti.. Syah kat Melaka, Mak kat Johor.. senang Syah nak balik tengok mak.` luah hati Aisyah gembira.
`Alhamdulillah.. baguslah Syah.. Syah.. berlajar betul-betul ye.. sambil Syah belajar ilmu dunia, jangan lupa cari ilmu akhirat.. ye.. jangan lupa diri bila dah berjaya nanti` pesan ibu Aisyah pada anak bongsunya itu.
`Ye mak..Syah akan jaga diri baik-baik.. Syah akan dapatkan ijazah untuk mak!! Syah nak mak gembira.Syah nak jaga mak.. Mak kalau Syah kena pergi jauh nanti pun.Syah nak bawa mak.. mak nak ikut??`
`amboi.. jauhnya awak berangan, daftar pun belum.. dah.. jangan berangan lagi.. pergi belakang, ambik buku bank mak dalam bilik, boleh?`
Aisyah berlalu dan terus menuju ke bilik ibunya, dicari-cari buku bank ibunya.
`Ha!!!!!!!!jumpa pun... Mak.. kejap ye..` jerit Aisyah dari dalam.. Aisyah berlari menuju kembali pada ibunya,tak sabar apa tujuan ibunya menyuruhnya mengambil buku bank tersebut.
`Syah.. duit ni.. memang mak simpan untuk Syah.. ada 3000 ringgit je. Ini je yang mak mampu Syah,agak-agak cukup tak untuk buat Syah beli laptop dan daftar nanti?`
Aisyah terkejut dengan penjelasan ibunya.. Dia melihat buku bank tersebut dan menyerahkan kembali pada ibunya.
`Mak.. duduk maktab nanti ada elaun,Syah boleh kumpul duit sikit-sikit untuk beli laptop.. Mak simpan la duit ni.Syah tahu,duit ni mak kumpul nak pergi Mekah kan? Lagipun Syah ada simpanan. Biasiswa yang Syah dapat dari tingkatan satu tu,Syah dapat simpan dalam 1500. Cukup la tu untuk Syah sementara ni.`
`tu duit Syah, Syah simpan untuk kepentingan lain nanti. Ambil duit ni ye, beli laptop dan barang-barang masuk asrama nanti` desak ibunya.
`hm.. ok.. Syah pegang buku ni ye ibu..ibu.. terima kasih.. tapi..kalau ibu tak de duit,ibu kena bagitahu Syah...` mereka berpelukan diruang tamu sambil menitiskan air mata.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang Aisyah lalui sepanjang menuntut di IPG. Kini dia berada di tahun 2. Bersama rakan-rakan sefiqrah dia cuba mendidik diri dengan ilmu Allah.
`Syah, petang ni ada usrah.. Syah pergi tak?` tanya Atikah,rakan sebiliknya merangkap usrati nya.
`mestilah pergi.. jumpa ka kana kat mana?kat Bisa ep?` tanya Aisyah kembali.
`tak.. hari ni kita jumpa kat stadium. Kak Ana suruh sampaikan pada Syah,dia cakap nak kita bersenam-senam sikit petang ni. `
`hm.. ok jugak tu.. Tikah,dah masuk Asar ni.. kita solat dulu ep, lepas baca mathurat, kita pergi sama-sama kat stadium. Ok?`
`bisa aja buk.. Syah imam.. cop!!`
`Syah imam??ok.. harini la...esok tikah ep`
`yela2.. he3.. jom.. asyik borak je kita ni`.
Mereka bersama-sama menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk, Aisyah sangat rapat dengan Atikah kerana mereka rakan sebilik. Atikah orang yang paling mengenali Aisyah berbanding sahabat-sahabat yang lain.
Kumpulan usrah tersebut begitu gembira menghabiskan masa bersama-sama, namun Aisyah sedikit pemalu berbanding dengan rakan-rakan lain. Dia lebih suka mengurus daripada menyertai. Jika bersuka, dia lebih suka jadi pengadil,buat air. Atau apa-apa.. Jika dipaksa, barulah dia akan menerima.

Cuti semester pertama bermula, Aisyah pulang ke kampung untuk menghabiskan masa bersama ibunya, segala pengurusan rumah dilaksanakan olehnya. Dari mengemas,memasak, dan segalanya dia lakukan dengan rela hati. Dia lebih gembira jika dapat melihat ibunya tenang dan berehat. Kak Zita, hingga kini, masih belum muncul. Sudah 3 tahun Aisyah tidak bertemu dengan kakaknya. Mungkin kakaknya juga tidak tahu di mana dia belajar kini,dia sendiri pun tidak tahu di mana kakaknya berkhidmat.Abangnya pula, kini makin parah. Ketagihnya pada dadah menjadi-jadi. Pulang ke rumah, hanya untuk meminta wang.
`aduh!!!!sakitnya..la.. tu la aku ni..banyak sangat khayal.. dah tangan kena pisau` omel Aisyah di dapur.
`Mak Ngah!!! Mak Ngah!! Ni.. Ahmad kemalangan ni.. dia merempit tadi.. kaki dia luka.. tak de orang nak angkat dia.. Ni kami je yang tolong angkat` tiba-tiba kedengaran dari luar rumah...
Aisyah terkejut dan berlari ke depan..
`Abang!!!!kenapa ni abang!! Tak pe, Abang buat naik boleh?? Mak tunggu je kat atas.. nanti syah tolong cucikan luka ni`
Aisyah memeluk abangnya dengan erat.. Bajunya berlumuran darah. Kaki abangnya parah.. Tangan Aisyah penuh dengan darah abangnya .Namun semua orang pelik kerana Ahmad menjerit-jerit meminta orang untuk tidak mendekatinya. Ketika Aisyah memeluknya pun dia cuba mengelak. Namun tidak berdaya.
`Bodoh!!!!!!pergi!!!!!! biarkan aku mati!!! Jangan dekat dengan aku.. jangan dekat!!!!!`
`Abang,Syah nak lap luka abang tu.. kenapa abang tak nak pergi hospital??`
`aku dah nak mati bodoh!!! Biarkan aku macam ni!!`
`Aisyah tidak mempedulikan herdikan abangnya itu.. dia terus mengelap hingga selesai.. membalut semampunya dan menalifon pak ciknya untuk membawa abang ke hospital..`

Ketika bersiap untuk pergi hospital bersama.. Aisyah bermonolog sendirian
`kenapa abang marah aku dekat dengan dia ep... ouuuhhhhcchh.. Allahuakhbar.. luka aku sendiri pun aku tak sempat balut.. dalam jugak ni..`

Sampai di hospital, Aisyah terkejut dengan penjelasan doktor.Namun dia hanya mendiamkan diri. Berita yang dimaklumkan hanyalah abangnya telah menghidapi HIV. Sedih amat membanhang dirinya. Namun,dia lebih selesa diam dan mengadu pada cintanya yang Satu.
Apabila buka semester baru, Aisyah kian berubah. Amalnya bertambah-tambah. Membuatkan naqibahnya pelik apabila Aisyah tidak ingin lagi makan bersuap dengan sahabat usrah yang lain. Di bilik, Atikah memberitahu bahawa Aisyah ada mengambil ubat, namun kata Aisyah ubat itu hanya supplement untuk menguatkan badan.
Satu malam,kak farhana dan Atikah merancang untuk bersemuka dengan Aisyah. Mereka mengambil ikhtiar ini kerana melihat Aisyah yang kian berubah dan bersendiri.

`Syah,,Syah adik akak. Syah ada masalah..kongsilah dengan akak.` pujuk kak farhana. Atikah hanya memerhati.
`dah hampir 4 tahun kita duduk sama-sama, lalui kehidupan kat sini.. kenapa Syah.. cuba terus terang..mana tahu akak boleh bantu.. Syah jarang sangat cerita pasal Syah.. Syah anggap akak kakak Syah kak?` pujuk kak farhana.

Aisyah bangun dan menuju ke alamarinya, diambil sekeping sampul. Dan diberikan kepada Kak farhana, Atikah duduk bersama memerhatikan surat tersebut.
`Astagrfirullahalazim!!! Syah... macam mana boleh jadi macam ni??? Mana Syah dapat ni???` soal kak farhana terkejut sambil menitiskan airmata. Atikah terpinga-pinga,merampas surat tersebut dan membacanya.
`Mungkin Syah kena dari abang. Tapi Syah bukan buat jahat kak.Allah tahu segala-galanya. Kak, tolong rahsiakan benda ni.. tolong sangat. Atikah..tolong jugak ye..tolong faham keadaan Syah..Syah nak dapatkan ijzah untuk mak` rayu Aisyah pada dua sahabatnya itu.
Atikah pula sudah menangis teresak-esak.. mereka bertiga berpelukan. Cuba menelan kepahitan yang dihadapi..
Aisyah kembali ceria,namun banyak batas yang di jaga. Tidak ingin berkongsi apa-apa bersifat peribadi termasuk cawan.pinggan, ataupun makan bersuap. Tidak dapat dipaksa kerana dia merupakan wanita yang tegas.
Hari-hari yang di lalui Aisyah berlalu dengan baik,hanya mereka bertiga yang tahu rahsia tersebut.
Kini, Aisyah telah menamatkan peperiksaan akhir sebagai seorang pelajar di kampus. Kini dia bersiap untuk pulang ke Johor, namun sebelum pulang, dia ingin membelikan hadiah buat ibunya. Sebagai cenderehati terakhir dari Melaka.
Malang tidak berbau, Aisyah dilanggar ketika motornya tiba-tiba rosak di tengah jalan,belum sempat turun dari motor dan mengalihnya ke tepi jalan, dia dirempuh lori yang dipandu laju.
Aisyah dikerjarkan ke hospital Melaka,
Dalam keadaan separuh sedar, Aisyah melihat kelibat seorang wanita seperti kakaknya,, dia menjerit.. `kak Ita`.. Doktor yang merawatnya ialah Rozita binti Harun. Doktor tersebut hanya diam, walaupun hatinya tersentak. Dia tahu siapa gadis yang kemalangan itu,tetapi apabila diberitahu pesakit itu menghadapi HIV. Dia terus menjalankan tugas tampa apa-apa perasaan.
Umur Aisyah tidak panjang, dia meninggal kerana kehilangan banyak darah.Darah yang sudah rosak itu memang patut hilang dari tubuhnya,namun ketika hilang darah itu,maka hilanglah nyawa Aisyah.
Mayat Aisyah diuruskan pihak kampus, ibunya menangis teresak-esak, mengenangkan pemergian anaknya.
Farhana selaku kakak Aisyah di kampus, menyerahkan sepucuk surat kepada ibu Aisyah. Ibu Aisyah membacanya bersama linangan air mata.

`Assalamualaikum ibu, Syah rasa nak tulis surat kat mak.Tapi, saya rasa Syah tak bagi pun surat ni kat mak.he3.. jap lagi Syah nak keluar beli hadiah kat mak.. erm..mak.. terima kasih sebab jaga Syah selama ni..Syah sayang sangat mak... Syah nak bahagiakan mak.. mak berhak hidup bahagia.. Mak, mak ingat tak duit 3000 mak bagi kat Syah dulu?syah tak guna duit tu.. dan ni... ada lagi 8000.. duit yang Syah simpan setiap kali dapat elaun masa belajar dulu.. Syah nak bagi kat mak.. Mak pergi Mekah ye..mungkin duit ni tak cukup..tapi.. simpan dulu..Syah dah kerja nanti,,Syah tambah lagi ye..Mak.. maafkan segala salah silap Syah..Syah gembira sangat,,Syah dah tamatkan pelajaran untuk dapatkan ijazah untuk mak.. Ijazah ni..mak punya... tampa doa mak, Syah takkna jadi ape2.. Syah bersyukur dapat mak macam mak............Syah sayang mak.........`
Ibu Aisyah menangis teresak-esak... dilihat dalam buku bank tabung hajinya wang berjumlah 11000 ringgit. Begitu dia menyanyangi anaknya itu.
`abang Ahmad..ni surat Aisyah untuk abang` serah farhana kepada Ahmad yang kelihatan makin berubah itu sejak kemalangan.
`Abang..alhamdulillah..sejak kemalangan haritu,,abang makin berubah.. Syah sayang abang.. Abang jaga mak betul-betul.. pilih kawan yang betul-betul..abang sakit..jangan lupa makan ubat.. Syah tak pernah marah abang.. ni ujian untuk Syah.. Syah terima.. abang.. dekatkan diri abang pada dia ye... tolong jaga mak juga..kalau Syah dah tak de..mana tahu kot2 mak tak nak ikut Syah ke bila Syah posting jauh nanti.Syah mintak diri.. Abang.. Syah sayang abang`. Ahmad menangis,tidak menyangka bahawa adiknya itu masih mengingati dirinya.

Tiba-tiba sebuah kerata Gen 2 muncul didepan rumah, Rozita keluar dengan muka yang agak cuak.
`Assalamualaikum mak... dah tanam ke mayat Aisyah tu?? Seekor lagi manusia yang buat masalah.bagus gak mati cepat-cepat..Ahmad..ko duduk sorang-sorang kat rumah, mak biar aku hantar rumah orang tua.Senang sikit dia kat sana` tiba-tiba Zita menjerit di dalam rumah.
Farhana hanya memerhatikan.. mendekati dan menghulurkan salam.
`kau, tudug je labuh, kau sama macam Aisyah jugak ke?? Kononya insaf la ni? Penyakit dah kena baru insaf..nasib mati kemalangan, tak mati menderita sakit.`
`apa yang kamu cakap ni Zita?kamu balik,kemudian menjerit jerit macam ni`
`mak!!!!Aisyah tu ada HIV.. ntah dari mana dia dapat.. lag bagus dia mampos sekarang`
`apa,Aisyah ada HIV?` jerit Ahmad.. `dik..maafkan abang..pasti abang puncanya`
Farhana cuba mengurangkan ketegangan..
Diceritakan kepada ibu Aisyah, Ahmad dan Rozita. Mereka menangis kerana tidak menyangkan banyak yang Aisyah tanggung selaman ini. Rozita dan Ahmad memohon ampun kepada ibunya. Ibunya tidak dapat melakukan apa-apa selain menangis.
Malam itu,farhana,Atikah dan Rozita tidur sebilik, Farhana menghulurkan sekeping surat kepada Rozita.
`Akak..ni tulisan Aisyah`
`Assalamualaikum kak Ita,adik tak tahu kenapa rasa nak menulias gak pada akak.Dah lama adik tak jumpa akak.. Akak mesti dah jadi doktor hebat kan. Adik lak..nak jadi cikgu.Alhamdulillah.cita-cita kita nak dapatkan ijazah untuk mak dah berjaya. Adik harap sangat akak akan kembali pada keluarga, kita sama-sama jaga mak.. Adik tak pernah berdendam dengan akak.. Akak,bila la adik akan jumpa akak,adik tak tahu pun akak kat mana.. Akak, adik rindu sangat akak..kak... Sabar ye.,.semua kesusahan ni,tanda Allah sayangkan kita..akak.. balik lah... hm.. `

Kini sekali lagi Rozita mengalirkan air mata,sedar dia ada banyak kesilapan, dia berazam untuk mengabil segala tanggungjawab yang selama ini ditinggalkan itu.