`madam`

Alhamdulillah,

Setelah sekian lama blog ini sepi tanpa `update` dan memang kuhilangkan semuanya. Waktu terakhir saya bertemu madam hari tu, saya katakan pada madam 

"madam, saya tak pasti, saya ada kekuatan pada bercakap atau menulis"

spontan madam menjawab 

"menulis"

maka, saya cuba asah balik penulisan saya untuk cuti ini, supaya andai kata saya perlu berkhidmat di pedalaman nanti saya akan berbahagia dengan membaca dengan seronok dan menulis dengan lebih kritikal. Bagi permulaan penulisan ini, saya cuba menulis secara ringan-ringan sahaja. 


kenapa tajuk entri kali ini "Madam"?

kerana, saya dah mulakan rindukan kampus saya, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu. 
Saya dah mula rindukan madam, rindukan pensyarah Jabatan Matematik, rindukan kawan-kawan, rindukan warden macam Ustazah Sofiah dan Puan Zaima dan semuanya yang berkaitan. 

Madam,
entri ini memang saya nak spesifikkan pada Madam sebab saya tak dapat jumpa madam balik tadi. 
Siapa madam?

Puan Norhaiza Hamdan, pensyarah di kampus saya yang ramai gila peminat dan saya pun kena beratur kalau nak jumpa dia. alahai! 



Sejak melalui pelajar praktikum, masa tu madam ajar semester 5 dan semester 6. Kemudian, madam jadi pensyarah praktikum untuk semester 7, dan peneman tidak rasmi di Pusat Sumber Puteri bagi semester 8. 








ni madam


ini lepas kena `bakar` dengan madam pasal abstract english yang madam umpamakan
"telur mata mak masak lagi sedap dari masakan kat kedai"


Banyak yang saya lalui dengan madam, kadang-kadang kami habiskan masa sehari suntuk sama-sama. 
Kalau saya tertidur, kadang-kadang madam kejutkan, sungguh dan memang sungguh banyak cerita kalau saya nak tulis pasal saya dan madam. 

Satu yang paling mengharukan saya, madam sentiasa menerima kelemahan saya. 


Pada pertemuan terakhir hari tu, kami naik kereta sama-sama. Dia pujuk saya buat sesuatu, 
sesuatu yang saya pernah bagitahu dia, saya tak mampu buat. 


dia cakap 


" tolong ******* "


"ala.. tak pandai"


"please.."


"Baik,saya cuba"


keadaan itu sangatlah mengharukan bagi saya, madam menerima seorang pelajar yang lemah ini seadanya. 
ralat tak bertemu hari ini,
tapi saya sentiasa berdoa,
moga saya dan madam dapat bergembira dan berkasih sayang lagi di syurga.


Wahai Allah, dengarkan dariku,
sungguh aku akui,
guruku ini banyak mengajarkan tentang kehidupan,
maka ya Allah,
bantu guruku ini,
jadikan dia hamba Mu yang berbahagia di dunia dan diakhirat.


serius saya malu kalau orang yang kenal saya baca ni.
jadi, kalau dah baca.
diam sudah.

cukuplah saya menulis sendiri.
Andai ada terbaca.
Saya anggap itu kebetulan. 



love you madam!





Kembali Tulis.

Fuhhhhh
Fuhhhhh
Fuhhhhh

Selepas beberapa tahun, ingatan blog ni dah di `delete`, rupanya kita boleh repost apa yang telah kita delete.

Alhamdulillah, hari ini macam semangat nak menulis balik,
ececece ;p

InsyaAllah,
dari sehari ke sehari,
saya akan mula menulis balik.


Ok. stop dulu untuk malam ni ;)




Jawapan yang pasti


kadang-kadang
ada perkara yang kita rasa
kita perlukan jawapan.
Namun, dalam memaksa kita sendiri takut menghadapi kenyataan.
Namun..
ketegasan yang telah ditunjukkan 
dan pelbagai peristiwa membawa aku kepada sebuah jawapan
jawapan yang membuatkan aku kian pasti
apa langkah ku yang seterusnya
menghadapi hidup dengan lebih tenang tampa persoalan yang cukup meragukan.

Ya Tuhan..
elakkan aku dari berasa sedih kerana hambaMu,
cukuplah aku menangis kerana merasa berdosa kepadaMu,
Ya Rahman..
hati kotor ini,
hati kotor ini,
hati kotor ini..

hajat untuk dibersihkan.
Kau `cuci`kanlah ia Ya Allah.

jangan biarkan hati ini semata-mata tunduk dengan dunia Ya Allah..


hadiah seterusnya untuk hari lahir umur ke 21 tahun =)


nim..selamat menjadi orang yang baru ^^v


Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Memang mengharapkan cinta dari Sang Pencipta
Umpama tiada rahsia
Kau sinar hati ini
Ku ingin setiap saat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tangan kala hilang arah
Masih Kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatMu ada di jiwa
Harapan Kau beri cintaMu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati
malas nak modified lagu orang lagi ;p
Buat assigment pula. heheheh..


Ya Allah.. peliharakan diriku. =)

Selamat Hari Jadi Hanim


Alhamdulillah.
Sekarang dah 21 =D
Satu permulaan dengan satu semangat baru.
Entry ni sekadar menghargai mereka2 yang meraikan saya =,D 
Subhanallah, terima kasih semua.
Mula2 semalam kak zahidah dan kak na.. nyanyi lagu besday, banyak meseg masuk. InsyaAllah.. kat Hp saya balas.
Erm kat FB.. sebelum magrib semalam, FB dah di deactive. Memang berada dalam to do list umur 21. X mampu menjawab kenapa.

Ada juga berharap orang yang sedang belajar melupakan, dia mendoakan, tapi dia diam.tak pe lah. Mungkin memang benar dia dah melupakan.
21 is the time to be someone new for me.
Kak ilah, maryam, che, antara orang yang rasa x expect dorang ingat lagi =)
Kawan2.. macam biasa. Terima kasih atas ingatan.
Adik2 yang comel. Yang duduk kat PBS, hehehe..

Petang tadi keluar makan dengan si kakak.
Naik motor. Sian dia. Si kakak tu mukanya terlalu baik la. Kalau naik motor, pakai helmet.jadi makin nerd je. ..psssssssssttt.. dia baru belajar pakai helmet hari ni ;p


with kakak ;)



Tapi sayang,xdapat daftar mengundi lagi harini.
Pejabat pos terlalu ramai orang.
Balik outing dengan si kakak,
Call si farati. Rindunya kat dia.. gayut3…
Tiba2 call lain masuk, 2 kali dah.akhirnya letak..
Rupanya si adik kat UPM.
Dia call lagi..
Bila angkat.. diam je..
Selang 4 5 saat..
Tiba2 dorang menyanyi lagu besday =D sedih + malu.
Lepas tu buat rotate bagi ucapan..
Semua cakap gaya bahasa sarawakians dan sabahan
Nasib baik akak faham ;p
koir merdeka. ngeh3

boleh letak gambar ni je.
tapi ada lagi mereka yang lain sebenarnya ..
Mekasih adik2 sayang. Awak semua terlalu baik buat akak,bersyukur bertemu kamu2 =)



Sis nani minta pergi bilik dia,ambil hadiah katanya.
Honestly,malu dan xkan pergi kalau semata-mata nak ambil hadiah.
Dia macam makin segan dengan saya sekarang ni.
Salam nak cium pipi pun, macam makin x nak.
Kenapa ye kakak?something wrong?
Sorry kakak, im too busy. Duduk dalam bilik je hadap kerja.
Maaf kalau part2 mana ada yang terluka,
Moga2 x ada.

Si kakak zahid, bagi tudung,
Tapi bila pakai si roommate kata macam mak cik
Dah tu~rasa x nak pakai dah. Hahaha~cepat sangat merajuk =)

Terima kasih kepada semua yang mengingati
;D


pssst: kak nani pun bagi tudung tadi.
Allahuakhbar.. 
nikmat Allah mana lagi yang mahu kamu dustakan.

nim..selamat menjadi orang baru ;)



Dia Berbeza

Assalamualaikum wbt 
Mood agak baik malam ni.
sebab semua yang berlaku
rasa sweet sangat..




hmm..
sejak kebelakangan ini,
hidup saya memang macam agak bestttttttt la.. ;p

ok.
mungkin lepas lepas ni.
saya akan tulis post
tentang seseorang
siapa-siapa je
yang saya suka.
yang ada kena mengena dengan kehidupan saya..

cumanya.
hari ni rasa macam nak cerita pasal dia..

adik yang saya tak tahu bila saya rapat dengan dia
bila yang saya rasa
bila saya `lost` saya perlukan pendengar macam dia..

kenapa saya perlukan pendengar macam dia.
sebab..

dia kalau bagi pendapat
tak selindung-selindung,
insurans mulut dia mahal sikit
jadi dia tak kisah kalau kena pun.. kan adik? ;p




in real life,
tak tahu la baru berapa kali saya panggil dia adik..


tadi saya meseg dia 

tak tahu la
tiba-tiba gatal nak meseg 
`akak sayang awak kerana Allah,sayang sangat`

dia balas
`alhamdulillah syukran~tido cni ke depan malam ni?`


cetttttt..

dia memang tak romantik sikit.
katanya nak simpan romantik untuk bakal suami dia.
hahahaha ;p (ada auta di sini)



dari kejauhan
kita akan nampak dia seorang yang tegas
bila tak setuju
tak ada sembunyi-bunyi
cakap je terus dengan sebab kenapa tak setuju.

orang kata,panas tak boleh jumpa panas
bila selisih pendapat,
boleh terbakorrrr...





tapi tak tahu la
kerana pemilik hati ini adalah Allah, 
telah tautkan hati kami.

sebagai seorang kakak
saya banyak belajar dari dia,
saya perlukan pendengar macam dia
saya perlukan sahabat yang beradab macam dia
dia bukan pemaksa,
dia diam, diam menunggu saya bercerita..

ppeerrrgghhhhh..
macam bagus sangat je dia tu kan?

mestilah untuk saya dia sangat bagus.
hujung minggu,
dia akan lapangkan kehidupan dia untuk mendengar kuliah agama dari ulama
semangat yang amat saya kagumi,
kadang-kadang malu dengan sikap pemalas ni =(



sebagai seorang wakil pelajar kat kampus ni
mestilah dia pun orang yang sibuk
tapi
jarang dengar dia mengeluh


bila diberi sebarang tugasan
jarang dia merungut
-setakat ni rasa tak pernah kot dengar dia merungut-
dia mesti fikir
walaupun payah
itu peluang untuk dia

sebab cita-cita dia besar
semangat dia nak bawa Islam tinggi

oooowwwhhhh my adik garang

Demi Allah
dia salah seorang adik yang saya sangat sayang kerana Allah ;,)
Dia punya adab yang saya suka
Dia punya ketegasan

Allah,Allah ,Allah
banyak benda yang membuatkan saya rasa serasi dengan dia

walaupun rasanya TAK PERNAH OUTING SEKALI

HAHAHAHA


TAK PERNAH AMBIL GAMBAR BERDUA


............



ermmmm


tak sweet kan kami?


tapi...



Sweet kan friendship kami?? ;p



siapa dia???



_ _ _ _ binti _ _ _ _ _ _ _ _ 



dia pernah cakap.

`akak,nama ha macam kurang best je.. nanti waktu suami ha akad nikah.. aku terima nikahnya
 ADHA BINTI SULAIMAN.. macam tak best je kak, nama pendek sangat`




saya jawab..
`awak ni... adei... (lupa dialog seterusnya,tapi rasanya dia kena kondem ;p )`



the next bidadari... aamiinn ;,)



sekali lagi.

kitorang tak pernah bergambar sekali.

hehehehehehehe..




ni lagu febret dia
saya dah berjangkit dengan dia

erm..ke dia berjangkit dengan saya???


hehehehehe



aamiinnnnn ;)

Saat Si Celik Mencari Tongkatnya

Allahuakhbar.. Allahuakhbar..Allahuakhbar..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

sejujurnya, takut nak menulis sebegini.
takut.
takut segala ini hanya meniti dibibir!
takut kalau semua ini sekadar untuk menampakkan diri ini hebat
baik hubungannya dengan Allah..
Nauzubillahiminzalik..
Ya Allah..
peliharalah hati hamba Mu yang memang sedia ada sakit ini Ya Allah..

Hamba yang dulu buta ini..
Kau lemparkan cahaya..

;,(
namun ku tak mensyukurinya Ya Allah..
hingga kini ku rasa..
hati ku telah buta Ya Allah..





Ya Allah..
si celik mata ini, 
mencari tongkat Mu ya Allah..
Tongkat yang mampu memimpin aku ke syurga Ya Allah..


seinfiniti dosa telah ku lakukan...
seinfiniti dosa telah ku lakukan..
seinfiniti dosa telah ku lakukan... 

Ramadhan yang berkat ini,
kau janjikan keampunanMu buat fasa pertama ini ya Allah.
namun,

layakkan insan sehina ku,
yang sombong,ego, tidak bersyukur, pelaku maksiat, pendosa, ini menerima keampunan Mu Ya Allah ;,(



seringkali aku melaksanakan sunat taubat.
Namun, jarang sekali ku merasakan nikmat sunat taubat itu..

busuknya hatiku

Bagaimana untuk aku kembali membina hati ini.
agar cinta Allah kembali berputik.

Saat aku berdolak dalih dalam menerima cintaNya
saat aku gagal dalam ujian yang dihantarNya..

masihkan ada ruang dan peluang buat ku Ya Allah...


Aku bukan siapa-siapa untuk agama Mu Ya Allah..
aku hanya seorang manusia,
yang asalnya dari tanah yang kotor dan busuk itu,
mengharapkan SEGALA BANTUAN DARIMU YA ALLAH



hanya Engkau yang aku ada Ya Allah..
pimpinlah diri ini Ya Allah ;,(

Aku mohon dipimpinMu buat si pendosa ini Ya Allah..
Tunjukkan aku jalan agar aku mampu pulang kembali Ya Allah...



Ya Allah..
yang aku sayang
yang aku cinta
yang menjadi tempat ku berharap.

si celik ini masih buta,
si celik ini perlukan tongkat,

si celik ini perlukan clorox
si celik ini perlukaMu ya Allah..



Si celik yang Buta.